Teringat kuliah aqidah sabtu lepas, Dr. Jamil menerangkan bahawa semua manusia itu dilahirkan dalam fitrah, iaitu Islam. Ya, dalam hadis ada menyebutkan bahawa semua makhluk itu dilahirkan dalam fitrah, kedua ibu bapanyalah yang menyahudikan atau menasranikan ia atau memajusikan ia. Kalimah mengislamkan tidak disebut..mengapa? ya sudah tentu jawapannya kerana ISLAM itu adalah FITRAH. Indah amat ...benar Islam adalah agama fitrah.
Dalam bulan syawal yang masih muda ini, hani ingin melahirkan ucapan selamat menyambut I'dul Fitri..dengan harapan dan doa moga-moga syawal ini benar-benar kemenangan yang selayaknya untuk kita, juga harapan.....semoga kita diundang lagi olehNya untuk bernafas di bulan Ramadhan akan datang. Ameen.
Ziarah: petang raya pertama di jelutong, Fateh ngan baba..