Ceria al Fateh (entri selingan)
Wajah ceria al Fateh ketika demam
Nama pun anak kecil, masih tidak faham apa itu sakit.
Tetap masih mahu bermain walaupun daya tenaga tidak seperti biasa.
Semalam saya ambil cuti, temankan Fateh, belai dia, usap dia, bermain mata dengannya. 24 jam bersamanya. Waktu yang saya sentiasa idam-idamkan, setiap hari.
Walaupun hanya dapat sehari, saya amat-amat menghargainya!
Petangnya demam bertambah baik.
Alhamdulillah! Syukur!
Adakalanya kita perlu bersikap seperti anak kecil. Tidak faham diri itu sakit. Maksud saya tidak terlalu layan dan manjakan sangat diri kita. Kita mesti kuat, dan yang paling penting, ceria!
Macam Fateh.
Anak ibu memang seorang pahlawan! Terima kasih kerana mengajar ibu sesuatu. Terima kasih dan terima kasih.
Baguslah mcm tu, hani. Walaupun demam, tapi fateh gagah juga..taklah kita risau sgt tengok dia..=) Mmm..blog address baru saya..www.husnulkhatimah82.blogspot.com
BalasPadamsalam anis
BalasPadamkan anis, anak-anak ni sebenarnya anugerah yang punya 1001 macam penawar.
Dah tukar ejaan nama blog ek .:)
k Jazakillah!