Seperti biasa,selepas maghrib adalah waktu untuk Fateh dan Jawwad mengaji.
Kebiasaan Fateh, apabila ibu mengajar patah perkataan, fateh akan bertanya, maka sesi mengaji akan menjadi lama.
Fateh baca : غَ سَ لَ ( Gha sa la), ibu gha sa la tu apa?
Ibu: oh ghasala tu basuh.
Fateh: oh basuh baju, basuh pinggan,basuh kereta ya ibu..?
Ibu: Ya, ok Fateh, cepat baca pula lepas tu apa?
Fateh: Su Ghi Ra , ibu sughira tu apa?
Ibu: Sughira tu kecil..
Fateh: ooo..kecil apa ibu?
Ibu: kecil tu macam Fateh la, Fateh, Jawwad kecil, ibu besar
Fateh:ooooo
Ibu: ok lepas tu apa Fateh
Fateh: Qa Ha Ra (قَ هَ رَ) ibu, Qa Ha Ra tu apa? Eh ibu tak baik cakap kau (merujuk kepada Qa )
Ibu: Oh a’ah..
Tajam ingatan anak-anak kecil,apa yang diajarkan,semua diingat. Sehinggakan yang hampir kepada sebutan pun dianggap tidak boleh.
Anak-anak dalam usia begini sangat suka bertanya. Fateh juga begitu. Jawwad masih belum menunjukkan minat seperti Fateh. Tapi suka duduk tepi abang dan baca buku Furqannya.
Ya Allah, bantulah kami dan kurniakanlah kesabaran kepada kami dalam mendidik amanah anugerahMu ini.
Wah....Kak Inah dah ada Adik Nuha...Namanya Nuha apa ye?
BalasPadamSama juga dgn Abdullah dan Abbudey dulu...kalau baca iqra' tya maknanya....comel je budak2 ni..
Bilalah boleh nak jumpa ZFateh Jawwad dan Nuha ni? Kalau Kak Inah mai KUIN KK, singgah rumah kami ye? Nak jumpa Adik Nuha =)
Salam, aisyah, InsyaAllah,lama dah kan tak jumpa.
PadamTeringin meneladani abang Abbudey dan Abdullah, Fasih lidah dalam melantunkan bacaan ayat0ayat al-Quran!