Salam buat anak-anak ibu yang soleh
Dua minggu ini ibu amat sibuk. Ibu mengikuti kursus intensif
daripada para pengajar Universiti Madinah.
InsyaAllah ibu akan muatkan serba sedikit perkongsian yang
ibu dapat dalam kursus tersebut. Nanti bila anak anak ibu sudah pandai membaca,
boleh baca apa yang ibu kongsikan di sini InsyaAllah.
Tadi ibu ajar abang Fateh mengira. Fateh sangat suka
aktiviti ini.
Jujurnya ini adalah kali pertama ibu ajar abang fateh
mengira secara fokus. Sebelum ini bersahaja aja.
Tadi, dapat kad laporan markah, matematik Fateh
70%...ohh terus terasa yang ibu memang
tidak dedahkan Fateh dengan nombor berbanding dengan subjek lain.
Ibu : Fateh, 3 + 2 berapa?
Fateh: emm…sambil mengira dan sebut 1 2 3 4 5.
Ibu: berapa Fateh?
Fateh : 5 ibu
Ibu: Pandai anak ibu bagi jawapan, betul, 3 + 2 = 5
Fateh : Ibu, 5 tu banyak ke sikit?
Ibu: Banyak la
Fateh: oo Ibu kalau kita buat baik, Allah bagi pahala
baaanyak kat kita kan?
Ibu : Ohhh…(terharu sebenarnya)Bagus Fateh…..
Ibu ajar Fateh dan Fateh ajar ibu. Pokoknya dalam sesi
pengajaran ibu, sedaya upaya mesti selitkan unsur-unsur akidah, akhlak, ibadah.
Kerana……….suci hati anak-anak kecil, masa yang sangat sesuai
untuk menyemai ilmu-ilmu kebaikan.
Bijaknya fateh.. alhamdulillah... :-)
BalasPadamAlhamdulillah, semua anak-anak bijak kan...
Padamsebab hati mereka sangat bersih.
Terima Kasih Mama lieyna
Salam Ukhuwwah kerana Allah :)
sweet.....
BalasPadam