Penguin

Kisah ini sudah lama, cuma Ibu baru publishkan sahaja…..

Ibu dalam bilik, barangkali ketika itu Fateh dan Jawwad melihat buku bergambar, dan Fateh ajar Jawwad sebut penguin. Fateh ajar lagak seorang pakar. Ibu mendengar dari dalam.

Fateh: ok Jawwad sebut penguin..

Jawwad: penggween

Fateh:Ish, salah tu, sebut lagi sekali, penguin

Jawwad: dengan sebutan yang menjerit...peeengweenn

Fateh: Ish jawwad ni, sebutla betul- betul. Dah la.

Haha....anak-anak..

Tiba –tiba ibu teringat dekat mak da, masa mak da awe ajar adik sebut frog....mak da, masih ingatkahhh..?Red heartBe right back

Best laa….

 

Alhamdulillah, Jawwad  sudah semakin petah berbicara dan bijak menjawab.

Satu pagi ibu berada di dalam bilik air. Pagi masih awal sebenarnya, sekitar pukul 5. Apabila ibu bangun, Jawwad turut bangun dan mengambil handset ibu.

 

DSC_1038

 

 

 

Jawwad mengetuk pintu bilik air dengan bersungguh-sungguh sambil memanggil ibu…ibu...

Ibu buka, kerana terfikir takut ada sesuatu yang tidak kena dengan Jawwad. Jawwwad dengan bersungguh sungguh berkata:

Jawwad: Ibu, jomla kita pergi tempat ni (sambil tunjuk kepada gambar dalam handset yang kita pergi semalam (sebenarnya bukan semalam, tapi bahasa jawwad)….bestlaaaaa….

Ibu: Oh, ok, nanti ada rezeki kita pergi ya…. I(dalam hati ibu, lahhh ..nak cakap yang ni je pun….) kelakar Jawwad huhu….

Jawwad dan Doa



Menjadi kebiasaan apabila menaiki kereta, ibu akan membaca bersama-sama Fateh, Jawwad dan Nuha doa menaiki kenderaan.

Sedang ibu dan abang Fateh membaca, ibu kedengaran sayup suara Jawwad, dan tiba-tiba Jawwad bersuara:

Jawwad: Ibu nii…!biarlah Jawwad yang baca sendiri!

Ibu: ok, Jawwad baca, ibu nak dengar….

Jawwad merajuk barangkali, dengan nada rajuk yang tinggi, Jawwad bersuara:

Jawwad: Jawwad tak nak baca doa naik kereta dah..! Jawwad nak baca doa naik motor je….

Ibu: ok…..(dalam hati nak gelak dah ni, tapi tahu, kalau ibu gelak, lagi bertambah marah Jawwad dengan ibu,)

Dan tiba-tiba abang Fateh mencelah laju:

Fateh: doa naik kereta dengan motor sama je lah Jawwad…..


Dalam kelam kelibut, terselit ketenangan,melayani karenah anak-anak yang semakin membesar…Bantulah kami ya Allah dalam membentuk mereka menjadi hambaMu yang engkau redhai, dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

Ciptaan Allah dan ciptaan manusia

        
Fateh sebagai abang sangat suka mengusik adik-adik.

Ibu rasa, ni macam ikut perangai ibu je nie….
Kisahnya begini….waktu jawwad bermain-main….

Fateh: Jawwad tu ada rama-rama dalam baju jawwad

Jawwad: tak, jawwad tak takut, Ada Allah , nanti Allah makan rama-rama tu..

Fateh: Hish Jawwad nih, Allah mana makan rama-rama, Allah yang ciptakan rama-0rama tu, Allah ciptakan pokok, ciptakan semua ni, haa, tau tak?

Jawwad: yea…..

Fateh: Ibu, manusia jadikan dinding kan..? Allah tak ciptakan dindingkan…..

Ibu: ya Fateh…

Ibu terus sambung, manusia ciptakan daripada ada kepada ada, Allah ciptakan daripada tiada kepada ada…

Fateh: oooo

Baba: Faham ke Fateh…..haha

Fateh: (buat muka tak faham)

Ibu: Macam ni, Allah ciptakan pokok, asal pokok tak ada, Allah ciptakan, jadi ada, manusia pula bina rumah, ambil kayu dari pokok yang Allah jadikan tu….kayu dah memang ada, buat rumah .

Fateh; oooo

Mudah-mudahan Fateh faham ye…..
Dalam usia Fateh begini, banyak perkara yang Fateh tanya. Pernah suatu hari, masa tu arwah che(datuk) baru meninggal, cerita pada Fateh tentang kehidupan dan kematian, Fateh melontarkan soalan…

Fateh: Ibu, kenapa Allah ciptakan kita atas dunia ni?

Ibu : (dalam hati:boleh tahan juga ayat Fateh ni…huhu)

Ibu pun jelaskan bahawa Allah ciptakan kita atas dunia untuk melakukan ibadah kepada Allah. Seluruh kehidupan kita adalah ibadah.

Kita buat kebaikan, Allah balas pahala, kita buat jahat, kita dapat dosa. Sebab tu Fateh, Jawwad dan Nuha kena rajin solat, mengaji  Quran, tolong ibu dengan baba,dan lain-lain.

Fateh: ooo, ibu, kalau kita buat baik. Masuk syurga, tapi kalau buat jahat masuk neraka…
Ibu: Pandai Fateh

 Perbualan ini berlaku pada 11 MEI 2014   
Rasa ingin tahu anak-anak dalam usia begini amat tinggi, bajai dengan sebaiknya, dan jangan ambil mudah pada pertanyaan mereka. InsyaAllah ibu berusaha untuk menjawab dan mencari jawapan yang sebaiknya.


KISAH ANAK-ANAK

KISAH 1
Mencuri dengar perbualan anak-anak.

1)Fateh: Jawwad, Fateh punya ni besar…(merujuk kepada mainan di tangan)
Jawwad: alaaa….Allah lagi besar.

Hari tu, selepas operasi menghapuskan tikus di rumah mertua,tikus yang terakhir dihapuskan dan bangkainya belum lagi dibuang…

Ibu kata, Ish, mata tikus ni merah macam gergasi jaa….

Selepas itu, Fateh panggil Jawwad untuk melihat bersama tikus tersebut, maka terjadilah perbualan….

Fateh: Jawwad, tengok tikus tu, macam gergasi jaa….

Jawwad: Alaaa….tak lah, Allah lagi gergasi….

Ibu faham, maksud Jawwad nak memberitahu baha Allah itu Maha Besar, tiada satu pun dalam dunia ini yang sehebat dan setanding Allah.

Ibu mahukan jiwa tauhid ini terus subuh dan kukuh dalam jiwa anak-anak ibu.

KISAH 2

Ayat Jawwad apabila minta tolong ibu pakaikan baju,,

1)Jawwad: Ibu tolong pakai bajukan Jawwad….

Hehe…sepatutnya ialah tolong pakaikan

Kemudian ibu mengusik dan menjawab: Jawwad pakailah sendiri, jawwadkan dah besar…

Jawwad: Ibu tolonglah pakai sendiri…..

Maksud Jawwad ialah ibu tolong dia, tapi menggunakan perkataan sendiri….ikut ibu…

Hehe…jawwad yang soleh….



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in