Al Fateh 1

Saja, suka-suka, imbau kenangan juga perkembangan al Fateh.

Kerana ianya masih belum diabadikan secara rasmi dalam blog ini… sebabnya, blog ini boleh dikategorikan masih baru, kulitnya masih halus dan terlalu lembut kalau nak ibaratkan seperti bayi.

Usia aktifnya blog ini baru kira-kira dalam enam tujuh bulan..kiranya dah merangkak lah kalau bayi kan…

Jadi entri ini didedikasikan buat anak ibu dan baba Muhammad al fateh..segala-galanya tentang perkembangan dan pembesaranmu..

Beberapa detik sejurus selepas kelahiran al fateh. Pengalaman melahirkan al Fateh boleh dibaca di sini.



Muhammad al Fateh
Ibnu Mohammad Fuad



Lahir berat: 3.3kg jangkamasa kandungan 40 minggu 1 hari

Hospital Kuala Kangsar jam 8.05 malam

Panjang 52.0

Lilitan kepala: 34.0

Suhu badan 36.5

Kadar denyutan jantung: 150

Kadar respiratori : 42

Buang air besar dan air kecil dlm masa 24 jam

Ibu melihat dari jauh, sebaik sahaja selepas dibersihkan, al Fateh menguap dan bersin. Subhanallah wal hamdulillah, interaksi awal al Fateh dengan alam baru.

Pengawasan Allah vs Pengawasan manusia

Nampak di atas seolah-olah tidak layak digandingkan bersama, pastinya pengawasan dari Allah itu tidak ada tandingannya, dan tinggi darjatnya, namun realitinya kita sendiri, adakalanya merendahkan martabat itu. Bagaimana?

Kita lebih suka diri kita diikat dengan peraturan-peraturan yang dibuat oleh manusia. Tidak ada peraturan, maka kita merasa bebas untuk melakukan apa sahaja.

Waktu kerja kita banyak dihabiskan pada bukan perkara yang berkaitan dengan kerja. Makan melebihi waktu yang ditetapkan, bersembang, keluar jumpa kawan dan apa-apa sahaja yang tidak sepatutnya dilakukan dalam tempoh tersebut.




Tatkala peraturan dibuat, kita merasa seakan kita dikongkong, kebebasan kita disekat.

Sedangkan hakikatnya, peraturan itu dicipta atas tindakan kita, atas perbuatan kita yang jarang mengikut etika kerja dalam Islam.

Kita sendiri yang menurunkan martabat diri kita daripada pengawasan Allah kepada pengawasan manusia, walaupun hakikatnya Allah swt, sedikit pun tidak terlepas dari pengetahuanNya, dari pandanganNya segala tindak tanduk kita.

Contoh taqwa Saidina Omar

Bukan sekadar bait kalam yang indah apabila Allah swt menjanjikan Syurga buat hamba-hambaNya yang bertaqwa. Kerana jiwa taqwa itu amat-amat sukar dipraktikkan dan dijiwai melainkan bagi hamba-hambaNya yang kenal akan Khaliqnya, yang benar-benar mengimani akan adanya hari pembalasan.

Betapa besarnya impak hasil daripada beriman dengan hari pembalasan. Selitan dan iringan bersama keimanan kepada Allah.

Teladan silam yang dijelmakan oleh Khalifah kedua umat islam amat wajar dicontohi. Saidina Umar al Khattab, sanggup berbicara dalam gelap bersama anaknya, lantaran lampu yang digunakan ketika itu adalah milik kerajaan, dan hal yang dibincangkan adalah berkaitan peribadi.

Subhanallah! Hebatnya tarbiyyah yang nabi serapkan pada jiwa sahabat-sahabat baginda.

Bittaufiq wannajah !!



Buat adinda-adindaku di bumi anbiya’

Hurriyyah Binti Abdul Mokti

Nurul Ashfa Bt Abdul Mokti


K inah rasa masih belum terlambat untuk k Inah kentalkan jiwa kalian untuk menghadapi Imtihan.

Jawab dengan tenang dan tenang, seindah nama kekanda kalian ini

Jangan lupa bingkisan al fatihah buat Semua murabbi-murabbi kalian
Maniskan wajah kalian bagi mereda debaran di dalam hati

Juga, tanggungjawab sesama sahabat sama sekali jangan diabaikan
Perasaan, hak-hak yang mesti dilangsaikan

Restu ayahanda dan bonda
Paling penting, hubungan dengan al Khaliq, Pemilik Kejayaan
Sentiasalah berbicara denganNya, dalam setiap derap langkah kalian

Kak Inah tahu, kalian lagi arif tentang ini,
Namun,ingin juga kekanda kalian ini menumpang secebis pahala
Atas kesungguhan kalian.

Buat akhirnya
Salam perjuangan di bumi yang sarat dengan barakah itu, sarat juga dengan tinggalan musuh Allah

Pastinya kalian mampu harunginya dengan tapisan iman
Dan tarbiyyah ayahanda dan bonda


Pesan Fateh, Usaha, doa dan tawakkal mesti seiring dan sentiasa

Sungguh, kak Inah amat merindui bumi itu..
Moga ada rezeki lagi ke sana
Doakan!

Ikhlaskah...?

Walaupun saya belum direzekikan untuk bersua muka dengannya, namun perbualan di alam maya ini mengukuhkan ikatan persahabatan ini. Juga banyak mutiara semangat dan ilmu yang saya manfaatkan dari beliau sepanjang pembacaan di blog juga perbualan melalui ym.

Sangat-sangat bersetuju dengan beliau, menulis, bercakap, berdakwah dan apa-apa sahaja, biarlah kerana Allah. Kalau kita berdakwah, ajak orang buat kebaikan, tegur perlakuan yang mungkar, dan ajakan kita tidak ada orang yang mahu mendengar, teguran kita tiada siapa yang peduli, adakah kita akan berhenti berdakwah?
Penulisan kita, tidak ada orang yang mahu membaca, adakah kita akan berhenti menulis?
Tentunya jawapannya tidak, jika semua dilakukan kerana Allah.
Kerana Allah tidak akan bertanya kepada kita akan kejayaan dan hasil yang kita dapat. Jadi apa yang Allah Tanya?

Allah akan tanya usaha yang kita lakukan..ya usaha, adakah kita berusaha berdakwah, adakah kita berusaha ke arah kebaikan?

Kisah Nabi Yunus

Saya teringat akan kisah nabi Allah Yunus a.s. di mana baginda diamanahkan Allah menyampaikan dakwah di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Ninawa. Baginda berdakwah, namun penduduk perkampungan tersebut tidak menyahut seruan baginda sehingga baginda berputus asa daripada tugasan dakwah tersebut. Apa yang terjadi?

Allah swt menegur baginda dengan cara baginda dibuang ke laut melalui undian tiga kali berturut-turut, di mana nama baginda yang naik ketika dicabut undi, bagi menentukan siapakah yang akan dibuang ke laut, disebabkan kapal yang baginda tumpangi terlebih muatan. Akhirnya baginda ditelan seekor ikan yang besar.
Nabi Yunus tersedar daripada kesalahannya, lalu memohon ampun kepada Allah. Lantas baginda bertekad untuk menyambung semula tugasan dakwah baginda di perkampungan tersebut.

Apa yang Allah nak sampaikan pada kita?
Kesungguhan dan istiqamah kita dalam melakukan apa juga amalan dan perbuatan. Teruskan sekalipun tidak ada yang mahu mendengar, teruskan sekalipun tiada siapa yang mahu menghargai, yang pastinya Allah akan menilai setiap apa yang kita lakukan dan ganjarannya pasti.

Kisah nabi Allah Nuh a.s yang berdakwah beratus-ratus tahun tanpa jemu, juga amat wajar dicontohi, dan diteladani, walaupun baginda berdakwah dalam tempoh yang lama, bilangan yang manyahut dakwah baginda juga sedikit, namun baginda terus istiqamah tanpa jemu, kerana yang penting adalah usaha yang dilakukan, bukannya hasil di sebalik usaha tersebut.



Ya Allah, jadikanlah kami termasuk di kalangan hamba-hambaMu yang istiqamah dalam melakukan apa-apa jua amalan, ikhlas keranaMu, bukan kerana selainMu . Amen ya Rabbal Alamin.

Suara hati II



Banggakah kalian..?
Dengan cara itu?
Dengan gaya itu?
Dengan sikap itu?
Dengan pendirian itu?

Andai kalian tahu hakikat itu..
Sudah pasti kalian akan menjauhi
kalian akan mengutuk
kalian akan merasa jelek
kalian akan marah
Kerana hakikatnya kalian menjadi mangsa rela tanpa sedar??

Hati ini sering menangis
sering merintih
sering terseksa
sering memberontak

Wahai Tuhan Pencipta Segalanya
Wahai Tuhan Penguasa alam
Wahai Tuhan Pemberi Rahmat

Bantulah kami
Dalam mengembalikan keizzahan seorang yang bergelar wanita

Antara emosi dan ilmu


Salam….pagi tadi sampai di pejabat, saya terus membuka laman motivasi, hajatnya ingin mencari sesuatu yang baru…menaikkan semangat, tiba-tiba muncul di skrin ym dari seorang sahabat…yang saya anggap sebagai adik, mengkhabarkan satu berita, rupa-rupanya Allah bagi motivasi dengan cara lain. Terima Kasih Allah!

Adik itu saya panggil deqla, mendapat tawaran dari KUIS, bererti dia akan meninggalkan saya juga sahabat-sahabat yang lain. Hati saya langsung terasa sebak, sebak kerana saya kehilangan seorang sahabat yang punya potensi tinggi, sahabat yang saya suka berlawak gaya adik dan kakak….

Itu emosi…tapi bila difikir-fikirkan dari sudut ilmiah….hati saya berkata..pergilah…timba pengalaman di tempat baru…kita tetap berada dalam bidang yang sama, perjuangan yang sama, walaupun sudah tidak sekantor… Sedih usah dicerita, kerana saya memang seorang yang mudah terusik hatinya..Lantaran itulah Islam mengajar supaya dalam apa jua keadaan, bertindaklah atas timbangan ilmu….bukan mengikut emosi..

Buat deqla, walaupun keputusan muktamad masih belum diputuskan, tahniah kak inah ucapkan, tahniah dari seorang kakak kepada seorang adik, tahniah dari seorang sahabat kepada sahabatnya dalam medan yang sama. Pesan kak inah :

1- Kutip pengalaman di tempat baru, dengan jiwa hamba, kerana kita adalah hamba.

2- Jangan biarkan persekitaran yang tidak elok mempengaruhi kita, dan manfaatkan semua yang baik

3- Jangan biarkan dalam apa-apa jua keadaan sifat takabbur wujud, kerana sifat itu layak hanya pada al-Khaliq

4- Jaga peribadi, juga keizzahan(kemuliaan) sebagai seorang wanita, Pastinya Allah akan memelihara kita!



Motivasi apa yang saya dapat? Motivasi untuk terus bersemangat dalam bidang ilmu. Wujud satu keazaman yang jitu jauh dalam diri, terpasak dalam dada, moga Allah mudahkan dan lorongkan jalan untuk saya, dalam usaha menyebarluaskan ilmu-ilmuNya. Ameen.

Carilah motivasi di mana-mana pun, dalam bentuk apa-apa sekalipun, kerana kita adalah hamba yang Allah kurniakan akal, untuk kita berfikir juga merenung dengan sedalam-dalamnya. Bagi menghasilkan natijah (keputusan) yang terbaik, buat diri kita, untuk manfaat sejagat!

BRAINSTORMING AND FUTURE DIRECTION III: PERANCANGAN STRATEGIK II




Minggu lepas saya berkursus tiga hari…alhamdulillah, banyak perkara baru yang saya belajar. Walaupun fokusnya adalah untuk Pusat Kembangan di Kolej, namun saya merasakan amat-amat bermanfaat juga untuk saya aplikasikan dalam kehidupan saya.
Bagaimana untuk kita meletakkan matlamat, membina visi dan misi, merangka strategi, menyusun taktik….banyak dan saya sukakannya!

Selama saya mengikuti kursus-kursus mahupun bengkel, alhamdulillah saya berpeluang untuk membawa bersama pahlawan saya Muhammad al Fateh. Seingat saya hanya sekali saya berkursus tanpa si kecil itu. Kebiasaannya baba fateh yang ikut menemani, tapi kali ini kursus dilaksanakan pada hari kerja, maka peluang buat mak tok ikut sekali. Terima kasih mak tok. Baba juga ikut tapi baba pergi lepas kerja hari berikutnya.

Suhu di sana sejuk, saya membayangkan betapa jimatnya hotel-hotel di sana, kerana tidak perlu memasang aircond...alhamdulillah, fateh boleh suaikan diri dengan suhu di sana.




Dalam perjalanan balik, ternampak satu kawasan yang penuh dengan bunga matahari, Fateh pun bersungguh-sungguh mahu bergambar..



Terima kasih buat suami, berusaha untuk datang walaupun kepenatan.



Buat bonda, terima kasih, kerana engkau sentiasa menghulurkan tanganmu membantu walaupun tidak dipinta.itulah ibu..sungguh tidak terbalas!



Buat ayahanda, terima kasih, kerana sanggup hantar dan ambil bonda ke Kuala Kangsar, juga berdikari sekejap tanpa isteri di sisi.



Juga terima kasih buat adik...sanggup berenggang dengan mak....dan berdikari sekejap.

Sesungguhnya sumbangan kalian walaupun sedikit, besar nilaiannya di sisi Tuhan.

al Fateh: Kepahlawananmu terserlah!

Masih saya ingat, dahulu waktu mula mula nak letakkan al fateh dalam car seat , dia akan memberontak tanda tidak mahu diletakkan, tapi sekarang amat-amat berlainan.



Setiap kali saya membuka pintu kereta, al Fateh akan menuju laju ke arah saya dan terus memanjat masuk sendiri ke dalam car seat tersebut. Kali pertama al Fateh melakukannya, saya merasa amat terkejut dan seakan tidak percaya. Usia fateh setahun 2 bulan, fateh mampu melakukannya. Alhamdulillah semakin mudah kerja saya setiap pagi sebelum ke tempat kerja. Terima kasih anak ibu dan baba, Muhammad al Fateh.



Sepanjang pembesaran fateh saya melihat putera sulung saya ini amat suka melakukan perkara-perkara yang lasak (lelakikan). Antaranya mengheret penyedut hampagas( vacuum),Fateh mengheret dan melakukan aksi yang sama seperti ibu dan baba lakukan. Lagi hebat bila fateh cuba mengangkatnya.

Juga mengangkat papan congkak yang agak berat, mengangkat beg laptop dan salam serta melambaikan tangan pada ibu dan baba kononnya nak pergi kerja, angkat penimbang berat badan dan…banyak ibu tak terhitung. Cuma tak boleh angkat ibu dengan baba jer.




:)Semoga kekuatan fizikalmu itu nanti dapat disalurkan kepada perjuangan Islam sayang. Ameen!

Kisah semut


Petang itu hujan turun lebat sangat. perancangan saya dan suami asalnya mahu keluar terpaksa dibatalkan. Rupa-rupanya ada sesuatu yang Allah nak ajar kami petang itu. Saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Sekumpulan semut yang tiba-tiba membentuk satu bulatan besar. Dalam keadaan yang kelam kabut. Masing-masing mengangkut telur di mulut masing-masing.

Saya cuba membayangkan yang saya berada dalam suasana mereka. Memang kelam kabut. Mereka meletakkan telur-telur itu di suatu tempat dalam keadaan yang amat cepat. Dan dalam masa yang sama telur-telur yang dikumpulkan itu diangkut semula ke satu tempat yang lain dan habis semua telur-telur diangkut dalam masa kurang satu minit. Juga semut-semut yang berkumpul seakan-akan bulatan tadi menghilang. Juga dalam kadar yang cepat.

Dalam kumpulan semut-semut tadi saya melihat ada seekor semut yang bersaiz agak besar dan dilindungi oleh sekumpulan semut-semut yang lain. Saya begitu asyik dan taajub!






Dan dari sudut yang lain, saya melihat ada segerombolan semut yang bersaiz berganda-ganda besarnya memasuki kawasan keluarnya semut-semut kecil tadi. Saya membuat teori sendiri, mungkin semut-semut besar ini menyerang penempatan semut-semut kecil tadi. mungkin.

Apa yang amat-amat menakjubkan saya ialah ketangkasan dan kecepatan makhluk Allah ini bertindak dalam saat-saat mereka diancam :

1: Masing-masing bekerjasama dalam situasi yang genting. Semut-semut tadi bekerjasa mengangkat telur-telur(aset mereka)

2: Melindungi ketua mereka

3: Apabila mereka diancam, mereka akan lari dam berkumpul di satu tempat sehingggalah arahan diberi mahu kemana,agar tidak berpecah (teori yang saya buat berdasarkan pemerhatian)

4: Cara semut bekerja, amat-amat cepat dan tangkas.

5: Apa yang saya ketahui, semut-semut ini mempunyai kumpulan (jenis masing-masing) yang disebut koloni. Kalau kita perasan apabila semut-semut ini berjalan dan apabila berselisih mereka seolah-olah bersentuhan. Sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah untuk mengetahui samada semut itu temasuk koloninya atau tidak. Dan mereka mengetahuinya dengan bau yang keluar dari antena yang ada pada badan mereka.

6: Setiap semut-semut ini mempunyai tanggungjawab mereka dan tugas masing-masing. Dan mereka melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah.



Makhluk Allah yang kecil ini amat-amat memelihara tugasannya. Bagaimana pula dengan kita selaku makhluk yang diberi akal olehNya? Makhluk Allah ini juga sentiasa bertasbih memujiNya.Moga kita boleh mencontohi semut, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in