Pokoknya Akidah!



1)“Wah, cantiknya baba, ibu” spontan keluar dari mulut Fateh.

“A’ah cantikkan Fateh, Ibu cantik tak? Saya menyoal kembali.

“Cantiknya ibu” pantas dijawab Fateh.


“Ibu kenapa kaki ibu dekat situ?” Fateh bersuara tatkala melihat gambar saya dalam keadaan posisi kaki seolah tergantung.”

“Tu kaki baba dekat situ”..

Semua tu reaksi Fateh apabila melihat koleksi gambar hari saya dan suami disatukan sebagai suami isteri empat tahun lepas.

Masa tu Fateh masih belum hadir dalam hidup ibu dan baba.


2) “ Ibu cantiknya rumah tu ibu, cantiknya”

Sebenarnya saya agak terkesima apabila Fateh mengeluarkan penyataan ini.

Sebab rumah yang dikatakan cantik tu sememangnya sebuah rumah yang besar,dan boleh dikategorikan agak mewah.


Cantik pada penilaian anak kecil.

Anak yang berumur dalam lingkungan 2 tahun lebih sudah mampu untuk memberikan penilaian mereka sendiri.

Justeru, amat bahaya sekiranya pada awal usia mereka didedahkan dengan perkara-perkara yang negatif.

Takut seandainya mereka beranggapan perkara tersebut boleh diterima pakai dalam kehidupan.

Seandainya tidak dapat dielakkan, maka dianjurkan diterangkan keburukan perkara tersebut.

Lantaran itulah, penting untuk mengawal apa yang dilihat oleh anak-anak.

Sepanjang pemerhatian saya, apa yang dinilai oleh Fateh itu, objek yang cantik itu sememangnya cantik. Manakala objek yang buruk itu sememangnya buruk. Subhanallah wal hamdulillah!

Ya, itu penilaian mata pancaindera. Belum lagi sampai kepada penilaian mata hati. Penilaian mata hati inilah yang penting.

Sistem nilai yang akarnya akidah yang benar dan mantap yang akan memandu penilaiannya terhadap sesuatu perkara dan seterusnya digambarkan melalui perbuatan.

Seorang perempuan yang cantik tetapi tidak menutup aurat, ya, dia cantik pada penilaian mata.

Namun sebenarnya tidak cantik pada penilaian mata hati. Tidak cantik kerana derhakanya dan angkuhnya dia dalam menentang hukum Allah.

Melihat dan menilai dengan mata hati perlu dilatih seawal mungkin. Melatih dengan melalui memasakkan akidah yang utuh.

Perkara akidah. Akar yang kukuh mana mungkin pokok akan tumbang.

Ianya amat penting. Fasa dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah lebih lama dari fasa dakwah baginda di Madinah.

Lamanya tumpuan yang Rasulullah s.a.w berikan untuk memantapkan akidah.

Kerana itu, perkara akidah perlu diberikan fokus utama ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Apabila akidah sudah mantap, maka perkara-perkara taklifan yang lain akan mudah dipimpin untuk dilaksanakan, seperti solat, puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Kemanisan Iman

Sekiranya saya tidak silap, setiap hari khamis dalam pukul 5.00 petang ada rancangan bersama muallaf di radio ikim.

Adakalanya saya berkesempatan untuk mengikutinya, adakalanya tidak. Namun rumusan yang boleh saya simpulkan, mereka kembali kepada Islam (masuk Islam), dan pengamalan mereka dengan Islam lebih baik jika nak dibandingkan dengan kita yang Islam disebabkan keturunan, mereka jauh dan jauh lebih baik. Semua ini natijah daripada kemanisan iman yang mereka kecapi, juga akidah mereka yang utuh.

Bagitu juga dengan para sahabat zaman Rasulullah s.a.w, mereka amat hebat, hebat dari segala segi.

Hasil daripada mantapnya akidah yang Rasulullah s.a.w pasakkan kepada mereka. Akidah inilah yang membawa mereka berjihad di jalan Allah, akidah inilah yang membuatkan mereka patuh dan taat kepada perintah Allah dalam apa jua keadaan.

Kegelojohan dalam dakwah

Sengaja saya selitkan sedikit topik ini di sini, kerana situasi kita di Malaysia Alhamdulillah, aktiviti dakwah berjalan dengan rancak. Cuma sedikit terkilan, kerana kita lebih suka untuk melihat hasil dalam jangka waktu yang cepat.

Apa yang saya perhatikan, dakwah dilaksanakan dengan baik. Cuma sedikit lompong pada usaha memantapkan akidah. Saya mengambil contoh dakwah di perkampungan orang asli. Selepas kaum orang asli ini di islamkan, mereka diajar terus dengan perkara-perkara tuntutan sebagai seorang Islam.

Program pemantapan akidah kurang diberi perhatian. Sehingga saya pernah diberitahu melalui perbualan dengan mereka yang mungkin pada saya berpengalaman berdakwah di perkampungan orang asli, saya diberitakan bahawa ada mereka yang pada ketika itu sudah kali ke sekian-sekian masuk Islam. Atau dalam erti kata yang lain, sudah banyak kali masuk Islam, kemudian keluar, apabila datang pendakyah kristian, dan masuk semula Islam apabila datang pula pendakwah Islam.

Kesimpulannya, dalam apa keadaan sekalipun, perkara yang mesti diutamakan ialah akidah. Nabi s.a.w mengajar kita melalui sirah baginda. Moga kita tergolong di dalam kelompok yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah baginda s.a.w.


Ya Allah, Bantulah kami dalam memanfaatkan masa kecil anak-anak anugerahMu ini dengan mengisi hati dan minda mereka yang suci dengan pengisian yang mengikut acuanMu. Amen.

Jangkitan Paru-paru




Pagi tadi, ketika asyik mengumpul bahan untuk menyiapkan modul subjek, telefon saya memberi isyarat mesej masuk


Maaf xdpt dtg usrah hr ni coz nafish kena thn wad kt hospital Kuala..kena jangktn paru..”


Ya Allah…moga Alah mudahkan semua urusan beliau dan sembuhkan anaknya. Ameen.


Dan saya terus mendapatkan maklumat tentang sakit jangkitan paru-paru, mudah-mudahan saya lebih berhati-hati dalam memantau kesihatan anak-anak.

Info yang saya dapat mengenai penyakit ini saya ambil dari sini.

Moga-moga dapat manfaat bersama.

Jangkitan Kuman Di Paru-paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri

daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan

(bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia.

Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau

bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang

merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada

keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala





Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya,

kanak-kanak akan mengalami :

Demam panas

Batuk dengan atau tanpa kahak

Sakit dada

Tiada selera makan, tidak mahu makan

Rasa tidak sihat, sering merengek

Pernafasan laju atau susah bernafas

Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut

perlu dimasukkan ke hospital:

Pernafasan laju

Sukar untuk bernafas

Bibir menjadi biru

Batuk berdarah

Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing


Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem

pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria,

antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

Paracetamol

Rehat yang secukupnya

Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk

mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.


Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil

immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)

Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)

Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat dokto


Ya Allah Anugerahkanlah kami kekuatan dalam menerima semua ujianMu ...Ameen.

Kisah Pahlawan al Fateh al Fuady

Kisah 1

Fateh: Ibu, tepi sikit, Fateh nak baring..

Ibu: Apa Fateh, Fateh nak apa?

Fateh: Fateh nak baringgg…

Ibu: Apa, Fateh nak apa?

Fateh: Fateh nak baring…nak baring..

Ibu: Fateh nak apa?

Fateh: Fateh nak tido..

Ibu: ok..


Alhamdulillah…sebenarnya ibu faham dah Fateh nak apa…saja suka usik dia, huhu…dan dia dah boleh terangkan dengan kata lain untuk nak fahamkan kita

Apa la ibu ni kan Fateh…









Kisah 2


Dalam perjalanan ke tempat kerja, menjadi kebiasaan saya untuk bersembang-sembang dengan Fateh dan dalam masa yang sama cuba untuk memanfaatkan masa sebaiknya tika itu.

Pagi tadi, secara tiba-tiba Fateh yang memulakan perbualan, bertanya kepada saya perkara yang sepatutnya saya tanyakan kepada dia


Fateh: Ha ibu, siapa yang jadikan pokok? Ha siapa?

Ibu: (kenalah jawab) Allah….

Fateh: ibu siapa yang jadikan langit?

Ibu: Allah…

Fateh: Siapa yang jadikan Ibu?

Ibu & Fateh : Allah..

Fateh: Siapa jadikan jawwad?

Ibu & Fateh: Allah..

Fateh: Ibu siapa yang jadikan lori? (waktu tu memang ada lori lalu dari lorong yang bertentangan.)

Fateh : (terus menjawab) Allah..

Ibu: Senyum


Luculah Fateh ni…


Ya Allah, bantulah kami dalam mengenalkanMu pencipta segalanya kepada anak-anak kami amanahMu ini. Ameen.

Alhamdulillah!






Alhamdulillah…


Sukar nak digambarkan perasaan, tatkala selesai ujian syafawi(lisan) dan tahriri(bertulis) al-Quran.

Jujurnya, seperti mahu menangguhkan ujian ke semester hadapan, namun saya tidak dapat menolak fitrah diri yang mahukan saya tetap dengan jalan yang diambil dari awal, ya, saya telah daftar untuk ambil ujian pada semester ini, mengapa mahu ditangguhkan lagi kepada semester berikutnya?

Saya mesti cuba. Ya, mesti.

Saya teringat petikan mafhum ayat al-Quran, apabila kamu telah berazam, maka serahkanlah urusan kepada Allah.

Adakalanya hati berbisik, tak payah ambil lah, tangguhlah semester depan, boleh kemaskini dan mantapkan hafalan. Betul juga. Hati mengiyakan.

Namun alhamdulillah, Allah anugerahkan kekuatan untuk meneruskan azam awal saya untuk mengambil ujian semester ini.

Dan alhamdulillah, lega rasanya apabila selesai melaluinya. Walaupun tidak semantap dan sehebat hafalan sahabat-sahabat yang lain.

Saya juga menanamkan satu keazaman yang baru, untuk terus menghafaz kalam-kalam sucinya. Mudah-mudahan saya dianugerahkan peluang untuk bergelar hafizah suatu hari nanti. InsyaAllah. Ameen ya Allah.

Terima kasih yang tiada akhirnya buat mak dan abah yang sentiasa menitipkan doa buat anak-anak. Nikmat yang amat berharga.

InsyaAllah, proses menghafaz al-Quran untuk al-Quran dua akan dimulakan dari sekarang.






Jom abang!

Indahnya dan tenang rasanya tatkala kalam suci lancar di lidah dan dihayati kandunganNya.
Ya Allah jadikanlah kami ahli al-Quran, da rezekikanlah kami membacanya sentiasa. Ameen ya Allah.
Fateh, Jawwad, jom ikut sama-samaibu dan baba hafaz al-Quran !

Hutang




Saya berazam

Berazam untuk tidak lagi melakukan pinjaman bank.

Untuk apa-apa pembelian pun

Mudah-mudahan Allah perkenankan dan memudahkan segala urusan saya.

Saya mahu membebaskan diri daripada segala hutang dengan pihak bank. Atau dengan institusi yang memberikan pinjaman dan mengenakan faedah untuk bayaran balik.

pengalaman

Pengalaman saya..

Bila saya mahu memohon pinjaman, manisnya muka insan-insan yang menguruskan pinjaman ini,

Dan apabila kita mahu melangsaikan pinjaman kita (full settlement), layanan yang diberikan bersifat ala kadar, dan seandainya saya diberi peluang untuk menilai dengan peratus, saya akan berikan sebanyak 20%.

Saya faham mengapa mereka bersikap seperti itu, kerana keuntungan yang disasarkan tidak tercapai apabila saya melangsaikan pinjaman dengan kadar yang cepat.
Namun begitu, pihak bank tetap mengaut untung.

Pihak bank, tiap-tiap bulan dapat duit kita bagi percuma tanpa mereka bekerja. Apabila fikirkan semua ni, saya rasa tak sanggup, lebih baik duit tersebut saya salurkan kepada yang lebih berhak. Kita tiap-tiap bulan bekerja bagi duit pada bank.

Benar, pihak bank bagi kita pinjaman, namun kita membayar balik pinjaman dengan kadar yang tinggi berdasarkan kadar faedah yang dikenakan.

Bahaya kan berhutang.

Setelah membaca buku-buku serta laman-laman web berkaitan dengan pengurusan kewangan, riba, hutang…Alhamdulillah, saya benci untuk berhutang.

Saya berusaha untuk tidak berhutang. Mohon moga Allah permudahkan urusan saya. Bebas hutang!

Dan saya berharap saya bertemu dengan Allah dalam keadaan saya tidak berhutang, dengan Allah mahupun manusia. Ameen Ya Allah.

Ayuh....

Assalammualaikum..

Sudah lama tidak menulis..

Kenapa ya?

Tiada masa?

Tidak, masa yang Allah anugerahkan cukup..sangat cukup, tinggal saya mengaturnya sahaja.


Bosan?


Ya Allah, mohon Allah pelihara saya daripada rasa itu…


Habis apa?

Malas?


Ohh..sifat inilah yang saya amat gerun….tidak..sama sekali tidak..saya tidak mahu kalah dengan Iblis, makhluk derhaka ini amat rajin dan kreatif!

Malunya saya kalau saya malas, walaupun adakalanya muncul juga malas itu secara segan-segan.


Alasan lain….?

Tiada?

Apa ya?


Ohh…saya rupanya punya senarai tugas yang sedang menunggu giliran untuk dilaksanakan.

Justeru, nak menulis pun kena tunggulah giliran ya? Begitu?

Emmm…mungkin.

Sebentar….!Fikir dulu…

Bukankah menulis juga Ibadat?


Saya bukannya seorang Ketua Kampung yang mesti merancang pembangunan sesebuah kampung, memikirkan masalah rakyat.


Saya bukan juga seorang Ulama yang hebat, yang perlu meneliti setiap permasalahan baru untuk dikeluarkan hukum.
Saya juga tidak memegang sebarang jawatan yang penting.


Saya hanya seorang hamba Allah yang dituntut untuk melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya.


Saya juga seorang Isteri kepada Suami yang amat memahami dan ianya anugerah Allah yang amat berharga buat saya.


Saya juga diberi peluang oleh Allah untuk menikmati rasa dan hati seorang ibu tatkala dianugerahkan dua orang pahlawan cilik.


Saya juga dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik fizikal, mental juga emosi.


Maka dengan itu…wahai insan yang bernama Sakinah….


Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Ayuh bangun….Pasakkan tekad dan azam yang jitu..




Moga Allah sentiasa memberkati dan meredhai setiap derap langkah dalam kehidupanmu sebagai isteri,menantu, anak, ibu dan hambaNya!


Teruskan menulis ya!


Coretan rasa

Hani,

Suri di laman Fuady,

Ummu Fateh & Jawwad,

Rabu

2 November 2011

12.20 a.m


Buat Kekanda Shakiroh...


Saya hanya punya seorang kakak dalam hidup ini..

Kanda Shakiroh Binti abdul Mokti

Alhamdulillah…Syukur, merasa menjadi seorang adik

Beza antara kami hanyalah tiga tahun,

Panggilan mesra Kak Irah(kak Ighah)..

Kak irah seorang kakak yang sangat baik….

Masih saya ingat, ketika saya masih menuntut,dalam tahun 1999 tak silap, masa tu belum lagi ke Mesir, Kak Irah dapat duit biasiswa JPA, terus belikan saya walkman.

Masa tu, memang teringin sangat. Terima kasih Kak irah. Jujurnya waktu itu rasa sangat seronok!

Kak Irah seorang pelajar yang cemerlang dan menjadi contoh yang baik buat adik-adiknya.

Seingat saya, masa kami bersama amat terbatas, kerana masing –masing menuntut di asrama semasa sekolah, dan selepas itu, masing-masing ke universiti. Kak Irah ke UIA di Kuantan dan saya ke Mesir.

Namun perhubungan tetap terjalin erat. Semasa saya menuntut di Mesir, Kak Irah telah mengirim kuih raya, secara pos, hati saat itu, hanya Allah yang tahu.

Yelah kan, tinggal di negara orang, jauh dari keluarga, dapat kuih raya dari Malaysia, suatu nikmat yang amat besar rasanya.

Terima Kasih kak Irah!

Dan kini, Walaupun sibuk dengan kerja, kak Irah tetap tidak lupakan kami adik-adiknya seramai lapan orang ini.

Sumbangan buat ayahbonda memang tidak boleh dikira, amat banyak!

Doa saya moga Allah rahmati dan pelihara kakak dunia akhirat.

Semoga kak Irah bahagia bersama suami dan anak-anak(ameen)!

Dan buat kakak, Shakiroh Binti Abdul Mokti


Selamat Hari Lahir ke-32


2 November 2011

Moga Allah rahmati dan berkati umur yang telah berlalu, dan moga Allah anugerahkan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan buat umurmu yang akan datang.

Semoga bahagia dan baik-baik selalu!


Saya juga dilahirkan bulan november.

Kisah 1



Bulan lepas tak silap, saya dan suami ke KUIN, angkut dengan anak-anak sekali, kebiasaan tinggalkan dengan mak di Parit Buntar, atas sebab-sebab tertentu, al Fateh dan al Jawwad dibawa bersama.


Dalam perjalanan tu, kereta yang berada di hadapan kereta kami tiba-tiba berasap, asap yang sangat banyak,

Kereta kami juga turut diselubungi asap kereta hadapan, dalam hati terdetik, ya Allah janganlah jadi sesuatu yang tidak elok (meletup ke atau terbakar).


Dalam debaran tersebut tiba-tiba al Fateh mencelah “ Ibu, depa fogging ibu, depa fogging..”



Huhu..kelakar la anak ibu ni, mana ada orang sembur asap nyamuk tengah-tengah lebuh raya ni…



Debaran hilang terus dengan celahan al Fateh tadi. Dan Alhamdulillah tidak ada sesuatu yang tidak elok berlaku, kereta yang berasap tadi berhenti di lorong kecemasan.




Kisah 2


Fateh , jangan buat (pukul) adik, adik kecil lagi tau..sakit… sian adik.


Sambil bercakap tangan saya pun agak laju nak pukul Fateh, tapi ianya terhalang dengan bisikan



Bukankah Fateh juga masih kecil, kenapa hendak dipukul dengan tindakannya yang lahir dari fikiran seorang anak kecil…



Ohh..saya turut terpukul dengan bisikan itu…


Saya menasihati Fateh supaya tidak memukul Jawwad, dalam masa yang sama saya ingin memukul Fateh yang jauh lebih kecil berbanding saya. Sungguh Tidak Adil kan..


Terima Kasih Allah. Saya peluk Fateh dan kucup ubun-ubunnya…


Hakikatnya nasihat saya kepada Fateh itu adalah untuk saya.


Ya Allah, Bantulah kami dalam memelihara dan mengawal emosi kami dalam mendidik amanahMu ini.. Ameen.


Salam 'Idul Fitri :)

Salam buat semua... Bagi memenuhi permintaan m.njang n p.njang, ibu ambil sedikit waktu untuk ini... Sebelum tu tahniah buat k.pa, Jaiyyid dalam imtihan baru-baru ni. Tahun depan dapatkan Jaiyyid Jiddan pula InsyaAllah. Tatap gambar je na.. <

Fateh dan Jawwad yang semakin pandai berinteraksi..sangat menghiburkan ibu dan baba
Jawwad bersama tok wan.
Jawwad dengan moyang saudara (Che Isa)
Fateh, Jawwad dan baba di rumah che dan tok nah
Jawwad yang semakin pandai beraksi apabila gambarnya mahu ditangkap..
Fateh dan baba InsyaAllah, akan menyusul kemudian. Moga Allah anugerahkan kelapangan waktu untuk pengisian di sini.


Kisah 1

Ibu: fateh tolong ibu ambil air untuk adik jap, dalm beg susu tau…

Fateh: ambik air….ibu? jap na ibu, fateh makan sat..

Ibu: Fateh tolong ibu sekarang…


Fateh: Tolong ibu…..ok


Bahagian ni yang saya terasa amat- amat terkena.
Sebab, bila fateh nak sesuatu saya selalu kata “jap na, ibu tengah buat sekian..sekian..”

Rupa-rupanya apa yang saya biasa bualkan dengan fateh, itu yang dia aplikasikan pula.

Pengajaran buat ibu..lepas ni ibu akan cuba pamerkan yang baik-baik saja depan anak-anak…


Kisah 2

Malam itu semasa sedang menunggu suami untuk bersolat jamaah…

Ibu: okey fateh, solat, jadi imam, ibu ikut belakang na.

Fateh: solat? Ok..

Aksi Fateh: Allah…bar(Allahuakbar)…berdiri

Allah…bar(Allahuakbar)…sujud

Allah…bar(Allahuakbar)…berdiri

Allah…bar(Allahuakbar)…sujud

Fateh ulang sampai 8 rakaat, tak dak ruku’…





Huhu…kelakar la anak ibu ni…InsyaAllah nanti kita belajar solat pelan-pelan na….
Tapi ibu rasalah berimam dengan fateh.

Sebenarnya saya nak wujudkan rasa kepimpinan pada anak. Dan mereka sebenarnya seronok bila mereka rasa yang kita percayakan diri mereka.

Iktiraf dan tunjukkan yang kita rasa bangga dengan apa yang anak- anak kita buat.

Tentang kesalahan tu tolak tepi dulu lah…InsyaAllah akan datang kita betulkan dan ajarkan dia cara yang betul.

Cuma peringkat anak-anak dari umur 1-7 tahun, aspek yang amat penting untuk ditekankan adalah akidah. saya kongsikan di sini beberapa fakta penting yang diutarakan oleh us. Pahrol Mohamad Juoi.

Tempoh ini adalah amat baik untuk mengenalkan mereka dengan Allah, Tuhan yang menciptakan mereka. Tempoh masa inilah kita kena manfaatkan sebaik mungkin untuk memasakkan akidah Islam yang mantap.

Ini kerana dalam usia begini anak-anak tidak berfikir mengenai logik.

Semua yang kita beri anak- anak akan terima bulat-bulat.

Kita dianjurkan bercerita pada anak-anak tentang hebatnya Allah.

Allah berkuasa menjadikan manusia, Allah berkuasa menjadikan binatang.

Allah berkuasa menghalang perkara yang tidak elok berlaku ke atas kita.

Allah berkuasa membawa air laut ke darat, Allah berkuasa menerbangkan rumah yang tersergam besar.

Ya Allah berkuasa. Allah maha Hebat Allah berkuasa segala-galanya.

Bercerita tentang kisah para nabi dan mukjizat yang Allah beri kepada mereka.

Bagaimana Allah berkuasa menukarkan tongkat nabi Allah Musa menjadi Ular yang sangat besar.

Allah berkuasa. Dan kuasa manusia amat terbatas.

Anak –anak pada usia begini mereka tidak berfikir mengenai logik.

Kalau seandainya mereka melihat kartun ultramen, batman, superman, mereka akan sangat taksub dengan kartun tersebut, malah mereka bercita-cita untuk menjadi seperti itu.

Walaupun hakikatnya tidak boleh. Kerana apa…kerana mereka tidak pernah memikirkan logik.

Mana ada manusia yang Allah ciptakan boleh terbang, boleh berlari sepantas kilat, sebagaimana yang dipaparkan dalam kartun-kartun tersebut.

Namun , mereka, yahudi dan nasrani amat bijak, mereka merebut peluang untuk memasakkan cerita-cerita begini kepada anak-anak kita. Supaya pengisian tauhid pada waktu begini diabaikan.

Lantaran itulah Islam menggesa ibu bapa mengajarkan anak-anak solat pada usia mereka 7 tahun. Sebelum usia 7 tahun, isilah jiwa mereka dengan akidah yang mantap.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya mengimpikan anakanak yang soleh, beriman dan cemerlang juga Berjaya di dunia dan negara asal kita di Akhirat.


Ya Allah..kurniakan kekuatan kepada kami suami isteri dalam mendidik pahlawan-pahlawan cilik anugerahMu ini, mengikut acuanMu.

Fateh, Jawwad, ibu dan baba impikan dan doakan kalian menjadi pahlawan Islam yang meletakkan dunia di tangan, Akhirat di hati, dan menjadikan negeri Akhirat sebagai matlamat yang tetap.


Ramadhan kareem!

Assalammualaiku...

Masih belum terlambat untuk kami..


Muhammad al Fateh dan Muhammad al-Jawwad juga ibu dan baba mengucapkan

SELAMAT MELAKSANAKAN IBADAH PUASA..RAMADHAN KAREEM!



Sukarnya...

Bila dah jadui ibu ni, baru terasa susah sebenarnya nak didik anak. Kan..

Senang lagi kalau kita anyam ketupat walaupun saya sendiri sebenarnya tidak tahu anyam.

Tapi nak terjemahkan dan nak beritahu betapa payah nya nak didk anak. Nak didik anak supaya betul-betul jadi hamba Allah.

Didik anak supaya kenal bahawa Allah yang ciptakan kita, Allah itu berkuasa

Didik anak supaya jadi hamba yang tahu erti syukur

Didik anak supaya tahu erti sabar

Didik anak supaya tahu…oo itu tak boleh buat….ya ini boleh buat….o itu salah, Allah marah,….yang ni nabi suka, jadi boleh la buat..

Didik anak supaya cintakan solat….merindui setiap waktu masuknya waktu solat…

Bila fikirkan ini semua…ya Allah…memang benarlah anak itu amanah

Amanah yang amat berat.

Kadang-kadang rasa mahu menangis seperti anak kecil…hati ini mahu berkata…Ya Allah datangkanlah pertolongan…datangkanlah kesabaran yang tinggi, …isk..isk..isk

Titik.

Fateh, Jawwad, tolong ibu ye...ibu sayang kalian berdua! Sayang yang sukar ditafsirkan.

Doakan kami...

Assalammualaikum

Ini Fateh



Ini pula Jawwad



Sekarang kedua-dua anak ibu sedang diuji Allah dengan sakit. Fateh demam dah sembuh, cuma masih batuk dan selesema, Jawwad pula batuk yang bersangatan.

Kalau dengar Jawwad batuk rasa sayu sangat. Kesian Jawwad sebab masih kecil.

Ibu ada baca petua kalau anak yang masih kecil (bayi) batuk, ambil kunyit hidup, asah belakang lesung batu, dan gaulkan dengan minyak. Kemudian sapu atas dada dan perut anak.

Pagi tadi sebelum mandikan jawwad baru ibu buat.

Semalam tak sempat nak buat petua ni. Pagi tadi sempat la dalam sejam Jawwad dilumurkan dengan kunyit.

Walaupun sejam je, tapi bernilai....ibu buat juga. Malam ni kita sambung lagi ye sayang.


Lagi satu petua, ambil bawang putih, bakar dan jangan sampai hangit, gaulkan dengan minyak dan sapu di dada dan perut anak.

Yang ini ibu belum cuba lagi. Kita cuba stu-satu dulu ye.

Fateh pula bila makan ubat Fateh doa " Ya Allah...sembuhkanlah Fateh...ameen ya Allah.

Pandai Fateh ibu. Fateh kena kuat tau. Tak boleh menangis dan mahukan ibu sepanjang masa. Fateh dah jadi abang. Abang yang kuat.kan..

Ibu pun terkena tempias demam fateh. Moga Ibu kuat untuk anak-anak dan baba.

Sekali sekala kita kena sakit, supaya kita tahu betapa nikmatnya sihat itu..kan

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami nikmat kesihatan yang berpanjangan. Dan bantulah kami dalam mensyukuri dan memanfaatkan nikmat-nikmat anugerahMu

Salam buat pahlawan cilik al Fateh dan al Jawwad…

Ibu dan baba sejak akhir-akhir ini diuji dengan kesibukan yang amat sangat..

InsyaAllah, jika Allah izinkan, ibu akan coretkan sesuatu dalam masa yang terdekat ini.

Doakan ibu ya!


Ya Allah….semoga kesibukan ini adalah kesibukan yang ada pahala di sisiMu.. Ameen!

Ya..ibu mesti kuat...!

“Terima kasih ibu…sedapnya ibu masak” …




Laju kata-kata itu meluncur dari mulut Fateh tanpa pelat. Terima kasih sayang….ibu hargai pujianmu itu.

Walaupun ibu tidak pasti sejauhmana pemahaman Fateh tentang ungkapan itu, namun ibu rasa amat terharu.

Betul kan, kita pulang dari kerja, penat, letih, lesu, tapi bila jumpa anak-anak, kelesuan itu berubah watak.

Ibu kena ambil pemakanan tambahan, supaya ibu kekal cergas, boleh tumpu pada anak-anak sekembalinya dari kerja.

InsyaAllah, selagi termampu ibu akan lakukan yeng terbaik.

Kadang-kadang ibu rasa ibu ni teruk sangat…cepat sangat rasa letih…

Ibu kena yakin, ibu mampu lakukan perubahan, ibu kena buat yang terbaik ..untuk baba, Fateh juga Jawwad.

Ibu kena dan mesti kuat untuk kalian, juga untuk Islam. Ya..ibu berazam!
Doakan ibu ya!

Salam sayang dari ibu buat kalian!

Kisah

Petang Jumaat tempohari, selepas balik kerja..

Ibu :“ Abang, inah cadang nak buat pembentangan kertas kerja, dekat usim bulan 9 ni, abang ada apa-apa tak masa tu?”

Baba: “ emmm…masa tu kan baru buka sekolah lepas raya..”

Ibu: “ Tapi kan bang, nak bentang tu kena bayar RM500 tau, mahal…”

Baba:” uish, mahalnya…baik bentang dekat sekolah abang, percuma , dapat saguhati lagi..”

Ibu :” hahaha..idea yang bagus..!

Info: Kebiasaannya pengajar di IPTS atau IPTA digalakkan membuat pembentangann kertas kerja, juga sebagai meningkatkan prestasi kerja. Apabila ada mana-mana institusi yang menganjurkan seminar, maka digalakkan membuat pembentangan, dan kebiasaannya setiap pembentangan ada yuran yang perlu di bayar. Bayaran biasanya sekitar RM 300- RM 500. Mungkin ada yang lebih.

Pahlawan al thani : Muhammad al jawwad

Alhamdulilah…

Syukur dan syukur dan syukur atas anugerahNya.

18 Februari 2011, tarikh yang tidak dijangka….pagi Jumaat yang tenang itu,



adik al Fateh, Muhammad al Jawwad selamat menjengah dunia.



Kehadiran pahlawan ke dua ini sungguh anugerah yang tidak diduga, Allah memberi tanpa sempat ibu dan baba menadah tangan memohon….sungguh, nikmat yang Allah beri, masih banyak yang belum sempat disyukuri, didatangkan lagi dengan nikmat melimpah-limpah.

Dahulunya kelahiran al fateh...

Dan kisah kelahirannya boleh dibaca di sini


Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaMu…amen.

Kelahiran al Jawwad ternyata amat berbeza dengan al fateh, 17 hb Februari, khamis, ibu, baba dan Fateh ke al Ridzuan Ipoh untuk scan Jawwad yang masih di dalam rahim… dan dalam perancangannya, mahu melahirkan al Jawwad di situ.


“kepala masih belum masuk ke laluan, dalam sehari dua ni mungkin belum lagi nak bersalin” komen Dr. Raofah, Dr. pakar di situ.

Emm…tak apa, tapi ibu rasa macam tak sabar nak melahirkan pahlawan ke dua ini…
Malam tu dalam pukul 12 lebih, ibu terasa sakit, rasa seperti sakit nak bersalin….seperti tidak percaya, betul ke ni sakit nak bersalin, sebab dr. kata dalam sehari dua ni belum lagi.

Malam tu ibu memang tak dapat tidur….sakit menyerang dalam selang masa yang singkat.

Dalam pukul 4.30 , ibu kejutkan baba, , baba solat, siapkan apa yang patut… al fateh masih tidur.

Masuk subuh, sakit semakin kerap…selepas subuh, ibu dan baba hantar Fateh ke rumah pengasuh, dan bergegas ke hospital. Baba ajak pergi ipoh, tapi ibu rasa al Jawwad dah nak keluar sangat dah.

Terus ke hospital Kuala Kangsar, terus masuk labour room dan tak sampai sejam ibu selamat melahirkan al Jawwad. Sungguh kelahiran yang tidak dijangka.. Due 26 hb. Tapi keluar seminggu awal.

Ibu teringat gurauan ibu dengan baba sebelum ke ipoh, semasa sarapan, ibu kata “ abang, entah-entah inah bersalin esok..”


Baba “ eh, janganlah..cepat sangat..”
Dan akhirnya gurauan itu jadi kenyataan.

Sekarang Jawwad dah hampir berusia 4 bulan. Dah besar pahlawan ibu ni. Al Fateh pun teruja untuk bermain dengan Jawwad.



Fateh dan jawwad



Jawwad yang persis wajah baba


dan ini..



InsyaAllah, ada masa ibu coretkan lagi. Sungguh, ibu amat-amat ketandusan masa, mungkin ibu yang tidak pandai menguruskan masa, namun ibu akan cuba yang terbaik.
Buat anak-anak ibu dan baba, Kalian adalah pahlawan Islam, aset Islam yang amat bernilai, InsyaAllah ibu dan baba akan berusaha mendidik kalian menjadi hamba-hambaNya yang berpegang teguh dengan Islam.

Perkongsiaan ringkas

“Mengapa tidak kita kenalkan anak-anak kita dengan karamah yang dimiliki oleh para auliya’ juga mukjizat yang dimiliki oleh para nabi? Sedangkan kemampuan yang dimiliki oleh mereka ini jauh lebih hebat dan realiti berbanding kehebatan yang dipaparkan dalam cerita-cerita kartun ultraman, batman, spiderman..”


Begitu antara intipati siri pembentangan imiah dalam temufikir ulama’ nusantara yang diadakan di Kolej tempohari.

Ini antara isi yang sangat-sangat terkesan pada jiwa saya. Ya, sangat terkesan.

Kerana realiti yang saya saksikan kini kebanyakkan anak-anak kita yang masih mentah sangat-sangat taksub dengan kehebatan watak-watak ciptaan ini.

Sedangkan, peranan untuk mendidik anak-anak kita sebenarnya tertanggung ke atas kita. Tidak dinafikan jiwa anak-anak yang masih kecil lebih cenderung kepada sesuatu yang santai dan menarik.

Namun peranan kita sebenarnya untuk mencorakkan amanah Allah ini dengan didikan yang boleh mengukuhkan akidahnya terlebih dahulu, sebelum kita biarkan mereka dengan perkara-perkara tambahan yang lain, supaya mereka boleh membuat perbandingan, supaya mereka boleh membuat pertimbangan, supaya akidah mereka tidak mudah goyah walau berdepan dengan sesuatu yang meragukan.

Nama pun amanah Allah kan..memang berat untuk kita corakkan mereka, tapi ini adalah tanggungjawab kita. Moga Allah mudahkan kita dalam melaksanakan amanah ini.

Spagetti cinta

Kelmarin, sekembali ke rumah, fikiran menerawang , berfikir menu apa nak masak untuk makan malam….fikir punya fikir, Alhamdulillah dapat idea nak masak spagetti Bolognese..(betul ke ejaan). Memandangkan bahan-bahan semua dah ada, saya pun terus memulakan operasi..


Dan hasilnya…




Dalam kesibukan bekerja, saya kalau boleh berusaha untuk menyediakan masakan di rumah. Saya tahu orang lain lagi bagus dalam hal-hal macam ni kan…Ya…saya pun mesti berusaha seperti mereka. Air tangan kita sebenarnya memberi kesan kepada hubungan dalam keluarga.


Saya berusaha untuk belajar dan mencuba pelbagai jenis resepi, yang termampu, spagheti ni saya masak untuk kali ke dua, kali pertama masa jamuan di kolej, Alhamdulillah dapat respon positif daripada rakan-rakan.

Spagetti yang saya gunakan kali ni ialah spagemee, keluaran bumiputera Islam, dan rasanya sangat-sangat sedap.




Saya tahu saya tidak sehebat mereka-mereka yang memang pakar dalam bidang masakan, namun, dengan kemampuan yang saya ada, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Dan baba denganh fateh makan berselera malam itu..seleranya mereka cukup membuatkan saya rasa amat gembira dan berpuas hati!


Dua orang pahlawan yang sentiasa di hati saya!

Istimewa buat B.AB.A.

Baba…

Terima kasih yer….

Baba banyak tolong ibu..

Sejak dari awal kahwin lagi
Sampai sekarang, ibu tak terbilang pertolongan yang baba hulurkan buat ibu, kadang-kadang ibu rasa kerja tu ibu yang patut buat, tapi baba buat….terima kasih sesangat!

Dari mula sebelum dianugerahkan cahayamata, sampai sekarang setelah Allah anugerahkan cahayamata (al-Fateh), baba sentiasa tolong ibu.

Di tempat kerja, komitmen baba sangat banyak, baba mengajar, baba juga terlibat dengan pentadbiran. Kadang-kadang balik rumah sama macam waktu orang pejabat.

Namun perhatian baba pada ibu dan fateh tidak pernah kurang. Baba cuba penuhi kehendak semua orang. Sampai kadang-kadang membuatkan baba sangat penat. Mental dan fizikal. Ibu faham.

Buat baba yang ibu dan Fateh kasihi, terima ini hadiah dari kami:


ditempah khas dari dreamchoc

Kami saaayang baba dunia akhirat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in