Aksi pahlawan ibu dan baba..

Saya ingin berkongsi aksi al fateh, putera cilik saya,bila dah besar, pemerhatian dah semakin banyak, banyak perkara yang mahu ditiru dan diaksikan...tapi yang pastinya aksi ini tak tahu ikut siapa..fateh punggah baju-baju fateh, dan masuk dalam raga tu...aduhai anakku...




Ini pula aksi fateh yang membuatkan ibu berfikir banyak kali andai mahu buat kerja di rumah...offkan laptop ibu..


dan on kan balik...



juga punya impian untuk memakai songkok baba....



Dan paling-paling menunjukkan kerajinannya..mula membantu ibu mengemas buku-buku dan majalah-majalah ibu..



Fateh melakukannya dengan tekun sekali tanpa menghiraukan sekeliling..


juga ini..


Dan ini...betul-betul menunjukkan ketekunannya...alahai anak ibu..


Fateh pun mahu juga bergelumang dengan ilmu..




dan hasilnya...rak yang dikosongkan...pandai tolong ibu kemas...hmmm..



Terima kasih fateh, 'pertolongan' fateh tadi menyedarkan ibu bahawa,majalah tidak boleh disusun aturkan bersama kitab-kitab :) Ya..sememangnya elok diasingkan bukan...bakul majalah dah ada, tapi simpan ikut sempat...


Dan inilah al fateh ibu dan baba yang semakin membesar. Fateh suka sangat tengok kipas, ibu ajar fateh sebut kipas dalam bahasa arab "mirwahatun", jadi bila fateh tengok kipas fateh akan sebut 'miwah, miwah'. Pandai anak ibu.



Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk menjadi qudwah terbaik buat putera kami. ameen!

Aura ilmu



Perwatakannya bersahaja, tenang menyerlah pada wajahnya, bagaikan tiada masalah yang bertamu, walaupun berjauhan dengan keluarga tercinta, namun atas dasar tanggungjawab ilmu, beliau abaikan runtunan-runtunan sampingan itu. Beliau seorang yang sentiasa menyelitkan galakkan, motivasi dalam kuliah yang disampaikan. Prof. Madya Dr. Ahmad Hasyim. Sifatnya yang ke’bapa’an membuatkan saya juga pelajar-pelajar yang lain tenggelam dalam dakapan asuhan dan tarbiyyah ilmu-ilmunya.

Masih saya ingat awal-awal pengajian dahulu, betapa beliau bersungguh-sungguh menasihatkan kami supaya memaksimumkan kesungguhan dalam menuntut ilmu. Beliau faham, sebahagian daripada kami ada yang bekerja, faktor penyumbang kepada kurangnya perhatian pada pembelajaran, namun beliau menyuntik kata-kata semangat, bahawa Allah s.w.t akan membuka jalan dan memudahkan hamba-hambaNya yang berusaha dan tulus niatnya. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk kita abaikan ilmu, juga abaikan menghafaz ayat-ayat al Quran. Semakin sibuk seseorang itu, semakin bertambah kecekapannya membahagikan masa. Benar…saya merasainya!

Ibarat budak baru belajar

Kuliah sabtu baru-baru ini berjalan dalam bentuk perbincangan dan soal jawab lisan bersama. Beliau menekankan, jangan malu untuk menjawab, jawapan betul atau salah bukan ukuran, yang penting kita mencuba, ibarat anak kecil yang memakai selipar… terus fikiran saya melayang kepada al fateh yang selalu memakai selipar saya dan babanya, selipar kaki kanan dipakai disebelah kiri, begitu juga sebaliknya, kadang-kadang sarungan selipar itu juga tidak kena pada tempatnya. Namun itu semua hakikatnya merupakan satu proses pembelajaran yang mesti dilalui sebelum menggapai fasa-fasa kejayaan. Sampai begitu sekali beliau mengingatkan kami. Terima kasih Dr. Hasyim, moga Allah rahmati dirimu dunia akhirat. Amen. Juga doa saya buat semua guru-guru, pensyarah-pensyarah yang telah dan akan menabur ilmu kepada saya, juga buat semua mereka yang berjuang dalam menyerapi ilmu-ilmuNya yang tidak akan habis sampai bila-bila. Selepas kelas dalam pukul 5.30 petang, saya dan suami bergegas untuk pulang, kerana di sana ada satu lagi majlis ilmu yang menanti….


Nikmatnya Ilmu

Roh yang paling awal diciptakan ialah roh Rasulullah s.a.w. Manakala jasad terawal diciptakan ialah jasad nabi Allah Adam a.s. Jasad Rasulullah pula merupakan jasad dari kalangan Nabi yang terakhir sekali diciptakan. Lantaran itulah Rasulullah digelar sebagai penghulu orang-orang beriman awal dan akhir. SubhanaLLah!

Ini merupakan antara isi muqaddimah yang dikupas oleh Syeikh Mohammad Fuad Kamaluddin al Maliki. Alhamdulillah, saya dan suami juga putera lincah kami al Fateh berkesempatan menghadiri ceramah beliau di Manong, Kuala Kangsar. Walaupun saya dan suami dari Alor Setar kerana menghadiri kelas, namun alhamdulillah….Allah ,masih beri kesempatan dan peluang untuk kami menghadiri satu lagi majlis Ilmu. Tambahan pula syeikh tersebut merupakan Tok Guru suami semasa beliau belajar di Rembau suatu ketika dahulu.

Dahulu, semasa bermusafir di bumi anbiya’ itu, saya berkesempatan bertalaqqi ilmu-ilmu daripada para ulama’ di sana. Nikmatnya masa itu. Nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Sungguh, menuntut ilmu, berada dalam majlis-majlis ilmu, bertalaqqi, semuanya mempunyai zuuq ilmu. Merasai akan zuuq ilmu itu juga merupakan anugerah. Semoga Allah akan sentiasa sibukkan saya, suami juga anak kami dengan ilmu-ilmuNya yang tidak terhitung itu. Amen.

Indahnya bergelar ibu



Hari ini sekadar mahu berkongsi rasa...berkisah tentang nikmatnya anugerah 'ibu' buat saya..

Putera sulung al Fateh semakin membesar, kadang-kadang saya rasakan bagai bermimpi, punya anak yang berlari ke sana sini.Cuma saya masih menunggu, menunggu panggilan ‘ibu’ dilafazkan dari lidah si kecil ini.

Sudah menjangkau satu tahun satu bulan Allah pinjamkan anugerah ibu buat saya. Satu nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang mengecapinya sahaja yang tahu ‘nikmat’nya. Juga, sejak saya bergelar seorang ibu, saya dianugerahkan satu perasaan yang sejujurnya saya tidak pernah ada perasaan itu sebelumnya. Saya membenarkan penyataan ini “ seseorang itu tidak akan merasa bagaimana kasihnya seorang ibu kepada anaknya selagi dia tidak bergelar ibu”. Benar, kalau dahulu saya menidakkan, juga agak-agak ragu untuk menerima penyataan ini, namun, setelah saya menjadi ibu, saya membenarkannya! Juga mengakuinya.

Harapan

Saya berdoa, bermunajat, berharap, supaya Allah mengekalkan dan memanjangkan nikmat ini, supaya saya dapat terus mendidik anak-anak saya (anak-anak? ), mengenali Pencipta, mengenali kekasih-kekasihNya, mengenali pejuang-pejuangNya, mengenali segala-galanya, untuk akhiratnya. Supaya saya dapat mengingatkan mereka bahawa dari mana asalnya mereka, realiti persinggahan yang sementara ini, juga tujuan yang pasti di akhirnya. Saya berdoa dan terus berdoa. Dan saya juga yakin ini juga harapan semua ibu.

Boikot

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Nestlé-Free Zone



Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang boikot. Sememangnya saya seorang yang tegas dalam bab-bab berkaitan pemboikotan. Dan sememangnya ianya merupakan satu bentuk jihad yang saya mampu lakukan setakat ini. Alhamdulillah. Cuma dalam situasi yang tertentu tidak dapat dielakkan.

Saya memboikot semua barang-barang yang ada kaitan dengan USA. Setiap kali nafsu merayu, juga meronta untuk dipuaskan, fikiran terbayang kesengsaraan bayi, kanak-kanak, abang, kakak, pak cik, mak cik nun di bumi Palestin. Walaupun tidak punya apa-apa ikatan, namun ikatan saudara seakidah, ikatan saudara satu ikrar dengan mudah melenyapkan rayuan nafsu itu. Saya masih mampu hidup tanpa menggunakan produk keluaran mereka, saya juga mampu hidup tanpa memakan makanan yang ada kaitan dengan mereka.

Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat saudara-saudara seislam di bumi barakah itu.

Yang terbaru (atau mungkin saya yang baru terbaca), seruan untuk kita memboikot Nestle. Terutama produk untuk bayi. Anak kita sengsara, mereka-mereka itu terus kaya dengan duit yang kita laburkan. Saya ingin kongsikan ini…

As you probably know, I support the boycott of Nestlé products.

According the the World Health Organisation Authority (WHO) 1.5 million babies die every year as a result of inappropriate feeding. Despite this Nestlé continues to push its baby milks in breach of international standards.

Monitoring by groups on the ground around the world shows Nestlé is responsible for more violations than any other company. That's why it is singled out for boycott action.

If you don't boycott Nestlé already, I ask that you consider looking at the evidence and giving up Nestlé products, or at least its principal brand, Nescafé coffee.

The boycott has forced some changes from the company, but it is still a long way from complying. Campaigners are also working for laws. Nestlé can comply when it is given no choice. It is not being asked to do something that is impossible, but without pressure it continues to put its own profits before infant health and mothers' rights.

You can find out more information and look at the evidence yourself on the Baby Milk Action website at:

http://www.babymilkaction.org/resources/boycott/nestlefree.html

You can sign up there to support the boycott.

It is important to tell Nestlé you will be boycotting it until it accepts and acts on the plan put to it by boycott groups for saving infant lives.



Nestle free zone

SUARA HATI..




Hasrat hati mahu jadi seorang penulis
Seorang penyair
Seorang yang pandai bermain bahasa
Seorang yang pandai mengadun setiap butir kalimah
Agar setiap orang yang baca
Akan mengagumi..
Akan terkesan..
Akan menjadikan diri ini idola

Namun..
Aku tahu..
Siapa aku..
Kemampuanku..
Kebolehanku..

Juga..
aku juga tahu
bahawa aku tidak sehebat mereka-mereka itu..
Namun aku juga tahu..
Mereka juga tidak sehebat aku..

Dengan ini..
Aku akui setiap orang
Dikurniakan kebolehan dan kehebatan tersendiri
Apa yang penting
Manfaatkan ia sebaiknya
Untuk agamaNya
Untuk manfaat manusia sejagat
Tidak kira siapa kita
Masing-masing punya peranan
Masing-masing punya tanggungjawab
Masing-masing punya fungsi..

Dan..
Tanggungjawab itu..
Peranan itu…
Juga semua itu…
Akan dipersoalkan kelak.

Oo Allah…please guide me…

Dua perkara yang seiring..




Salam.

Berita baik, berita buruk: dua perkara yang sering suami saya bawakan seandainya beliau ingin menkhabarkan sesuatu berita. Memang tidak pernah lari dari dua perkara ini.
Sehingga saya terdidik dengannya. Bagaimana?
Apabila kita membawakan sesuatu perkara pastinya ada pro dan ada kontra. Begitu amalan suami. Sungguh saya terdidik dengannya. Walaupun dalam situasi bersahaja. Juga sering seiring dengan soalan:”nak dengar yang baik dulu ke atau yang buruk dulu”. Contohnya begini:

Berita baik: abang kena pegi kursus minggu depan
Berita buruk: kena tinggalkan saya

Atau begini

Berita buruk: Tuan rumah nak jual rumah ni
Berita baik : Abah(ayah mertua) akan beli

Dan bila diamati dan direnungkan semula, minda saya terdidik supaya sentiasa memikirkan sesuatu yang positif seandainya timbul sesuatu yang negatif. Juga jangan lupa begitu juga saranan al-Quran. Dalam al Quran ada khabar baik juga khabar buruk. Ada targhib ( galakan) ada tarhib (ancaman). Ada wa’du(janji baik) ada wa’id ( janji buruk). Semuanya Allah letakkan berpasangan. Satu didikan Allah buat kita hamba-hambaNya. Didikan supaya akal kita sentiasa berfikir dan merenung apabila ingin melaksanakan sesuatu perkara. Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Minda merancang ingin melaksanakan sesuatu perkara, fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan baik dan buruknya. Perhalusinya sebaik yang mungkin.
Gunakan akal anugerah agung yang Allah kurniakan buat manusia. Anugerah yang membezakan manusia dengan binatang. Dan jika tidak digunakan akan menjadikan manusia itu lebih rendah martabatnya daripada binatang. Itu realiti dan hakikat!

Kerana dengan sebab ada akal, kewajipan solat itu ada. Dan hilangnya kewajipan bilamana akal telah tiada atau dengan istilah yang agak kasar (gila). Jadi hanya orang gila yang tidak solat. Fikir-fikirkan.

Rezeki juga..



Susu perahan hari ini 6 oz jer....alhamdulillah


Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni susu makin sedikit,kadang-kadang hati saya rasa sedih dan agak bercelaru memikirkan perkara ini.
Saya cuba menanamkan keyakinan ini dalam hati, keyakinan bahawasanya sukatan ini, hasil perahan hari ini cukup untuk putera cilik saya. Apa yang Allah tentukan itu sememangnya cukup untuknya. Tidak ada istilah tak cukup,juga tidak ada istilah pembaziran. Dan dalam masa yang sama saya mesti berusaha untuk memperbanyakkan lagi susu. Pasti.Susu ibu adalah yang terbaik buat anak-anak kita. Anugerah Allah yang tiada tandingan. Boleh dinikmati oleh si anak di mana-mana, setiap masa dan ketika. Saya sendiri selesa dan amat menyukainya.

Juga apabila ke tempat kerja, rutin wajib ialah luangkan sedikit masa untuk mengepam rezeki untuk anak. Terlalu banyak kebaikan menyusukan anak dengan susu ibu. Mungkin akan dikupaskan di lain masa dan ketika. InsyaAllah.

Menjadualkan ibu?



Fateh tolong ibu taip..(di rumah tok che dan tok nah)

Saya seorang ibu yang bekerja. Namun itu bukannya alasan untuk lari daripada memikul galasan tanggungjawab, mendidik juga mentarbiyyah “my little khalifah”. Jangan sampai sibuknya kita sehingga terabainya amanah Allah itu dan anak mendapat akibat disebabkan ketidakcekapan kita membahagikan masa.

Dengan ini ibu berusaha menyusun jadual buat ibu (bukan buat fateh) untuk mula mencipta situasi pembelajaran juga pentarbiyyahan yang menyeronokkan buat fateh.



Minggu pertama: Kenal Alif Ba Ta dan sahabat-sahabatnya
Minggu Kedua: Kenal ABC and the geng
Minggu Ketiga : Mari bercerita ( Para nabi)
Minggu Keempat : Kenali Pencipta

Ini adalah lakaran kasar panduan buat ibu. Semuanya akan berubah mengikut kesesuaian masa. Ibu dan baba akan cuba laksanakan amanah ini sebaiknya. Dan ibu juga baba sama sekali tidak akan memaksa untuk fateh mengikut semua ini (kerana ini panduan buat ibu kan..:). Semua perancangan ini ibu akan laksanakan secara santai. Kerana anak kecil jika dipaksa dan terlalu konsisten dia akan jemu.Biarkan dia menentukan keselesaannya dengan kawalan kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in