AL FATIHAH..

Hari itu dan tarikh itu Sabtu 27 Disember 2008, saya dan suami menghadiri dan meraikan hari bersejarahnya, menunaikan salah satu hak sesama muslim. Wajahnya ceria. Ceria dengan gelaran raja sehari. Bergelar suami kepada seorang isteri.

Dan pada tarikh 25 April 2010, sekali lagi saya dan suami datang menziarahinya, juga menunaikan antara hak terakhir ke atas seorang muslim, Ziarah tanda kami bersimpati dan mendoakan akan musibah yang menimpa. Pemergian isteri beliau menghadap Sang Pencipta setelah dua tahun menikmati ujian sakit.

Wajahnya tetap ceria. Walau ada sendu di wajahnya, namun masih boleh berlawak dengan suami juga ucapan penghargaan atas kunjungan kami.

Beliau adalah sahabat suami semasa sekolah dahulu, juga sahabat kami di KUIN. Tabahnya beliau. Semoga Allah swt menggolongkan dan menempatkan arwah isterinya bersama dengan para nabi dan syuhada’. Ameen.

Itu giliran dia, giliran dan masa kita dalam ilmuNya dan akan tiba. Semoga Allah swt mengakhirkan kehidupan kita dengan sebaik-baik pengakhiran. Ameen.





Sahabat(Syauqi) semoga engkau tabah dan sabar dengan ujian ini.Gambar di hari perkahwinan beliau.

al Fateh lagi..

Gambar-gambar di bawah ni, semuanya gambar ketika al Fateh berusia 4 bulan.

Anak ibu al Fateh...semua di sampingmu menyayangimu...bersama mak tok..yang tidak jemu menjaga al Fateh di hujung minggu tika ibu dan baba menghadiri kelas.



Baba dengan Fateh



Tok nah yang sabar melayan karenah fateh, juga di hujung minggu..bergilir dengan mak tok,



Bersama tok che




Bersama tok wan


Lagi bersama mak tok....(ibu suka sangat gambar nie!)



opps....ibu kena baca buku....periksa tak habis lagi! Doakan ibu ye sayang!

Beratnya Tanggungjawab itu


Usai imtihan final subjek perbandingan agama tempohari, sedikit lega bertandang di hati, namun lega bukan untuk selamanya, kerana amanah ilmu yang dipikul itu terlalu berat untuk diterjemahkan dalam konteks kehidupan sebenar.


Saya dan suami singgah sebentar di Radix Chicken House (RCH)di kota alor star itu untuk mengisi perut yang sejak tadi berkeroncong. Selalunya kami bertandang diRadix Fried Chicken (RFC). Petang itu suami ingin mengubah angin dan rasa " jom ke RCH, asyik RFC jer" ajak suami. "jom" laju ajakan bersambut. Otak yang penat menambahkan lagi rasa lapar. Emmm... sedap dan puas hati sangat-sangat di sini. Makanan di sini dijamin kehalalannya!




dan ini antara menunya..


Subjek Muqaranah Adyan

Subjek ini terlalu indah dan amat-amat menarik, semakin mendalam syarahan Dr Gamel semakin dalam hanyutan saya juga pelajar-pelajar yang lain dalam keindahan Islam. semakin terserlah kebatilan agama-agama lain. sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam. Saya menafikan infiniti peratus aliran fahaman pluralism dan liberalism yang sudah wujud di negara ini! Moga-moga Allah ,menampakkan yang benar itu sebagai yang benar di mata kita, yang batil itu sebagai batil di mata kita. Ameen.

Persoalan

Hati saya selalu berfikir, apabila seseorang itu matinya dalam kafir, apakah kita akan dipertanggungjawabkan atas kekafirannya itu?
Adakah dakwah Islam sampai padanya? Atau mereka menganggap agama mereka benar dan agama kita juga benar, dan apabila matinya, masing-masing melalui sebagaimana yang diyakini dan diiktiqadkan sewaktu di dunia?
Adalah jiran-jiran kita tahu akan kebenaran agama Islam?

Hati saya selalu merasa sayu apabila memandang mereka yang berusia dan beragama selain Islam. Bersaksilah kalian bahawa Tuhan (Allah) itu Esa, sungguh kalian tidak akan rugi buat selama-lamanya!

" aunty agama apa yer?" saya bertanya sebagai langkah untuk mengenalkannya dengan Islam. " aku budhha punya" dalam dialek cina beliau menjawab." oo.. aunty berminat tak nak tahu pasal Islam?" saya cuba masuk lagi." Ish..aku sudah tua maa...ini kaki pun sudah tak larat jalan. Macamana mahu belajar?".Keluhan aunty ini seolah-olah mengadu pada saya.
" Aunty tinggal sama siapa?" Saya semakin berminat ingin tahu.
" itu sama suami di rumah." jelasnya
"aunty kalau aunty berminat saya boleh ajarkan." sambung saya.
" aunty sudah tua, tak mau belajar-belajar lagi".jawabnya dengan alasan yang sama.

Perbualan kami terhenti setakat itu, lantaran saya mengejar masa ke pejabat. Aunty yang saya maksudkan di atas ialah seorang warga emas yang kerjanya setiap pagi ialah mengutip botol-botol terbuang untuk dijual. Dan dia selalu lalu di hadapan rumah saya mencari botol. Muka saya ceria apabila melihat aunty tersebut pagi-pagi, kerana dia membantu saya secara tidak langsung membersihkan rumah daripada botol-botol(apa-apa barang yang boleh dijual, kotak etc) tersebut.

Dalam hati saya berkata" alangkah untungnya kalau aunty ni Islam, Ganjarannya pasti atas tiap titik peluhnya itu!" dan dalam diam saya berharap semoga hidayah Allah singgah dan menetap di hatinya sebelum dia menutup mata.

Doakan ibu dan baba..




Saya dan suami akan menduduki peperiksaan akhir sarjana sem 2. Doakan. Kadang-kadang terasa risau, kadang-kadang terasa biasa, kadang-kadang terasa gentar, kadang-kadang terasa cemas. Perasaan yang silih berganti hadir tanpa diundang.

Ini imtihan (ujian) dunia. Berjaya atau gagal bukannya sesuatu yang muktamad. Kerana kejayaan hakiki adalah di akhirat nanti. Apabila kita di anugerahkan syurgaNya setelah kita melalui pelbagai tapisan.

Ya Allah anugerahkan kami syurgaMu, Peliharalah kami daripada nerakaMu. Kurniakan kami kejayaan dunia dan akhirat! Ameen Ya Rabbbal alamin!

Buat anak ibu dan baba, doakan kami, juga maafkan kami andainya layanan kami tidak dapat memuaskan emosimu. Namun kami cuba yang terbaik. Rabbi yassir wala tua’ssir.

Yang terbaik



H1: Perlukah?
Atau tidak perlu dan abaikan saja?
Atau bagaimana?
Rungsing dan pening!
Mesti fikirkan perasaan banyak pihak.

H2: Tapi ini yang berkaitan dengan pembentukkan peribadi fateh!
Tidak ada tolak ansur!

H1: Begitu?

H2: Kalau nasihatkan dalam bentuk memberikan pandangan?
Cakap baik-baik.


H1: Nanti mereka fikir kita cuba campuri kehidupan mereka
H2: Tapi fateh bagaimana? Dia anak saya
Darah daging saya…sanggup terus-terusan begitu?
Mahu menyesal di kemudian hari?
Tidak!
Jadi..
Mulakan bertindak!
Jangan disebabkan kita membiarkannya,
Anak itu terbentuk dengan acuan yang kita sendiri tidak merelakannya!



Fitrah anak kecil itu masih suci jiwanya
Seharian engkau bekerja..lapan jam tinggalkan dia
Nilai 9 jam itu amat berharga
Usahakan untuk mencari persekitaran terbaik untuknya
Usaha dan usaha
Alangkah rugi kalau dibiarkan berterusan di persekitaran yang kita tidak mahu dia begitu
Persekitaran yang akan membentuk jiwanya, akhlaknya, tingkah lakunya, sikapnya, pembelajarannya sehari-hari
Binalah peribadinya seindah peribadi agung Rasulullah saw dan para sahabat R.a
Agar akhlaknya, semangatnya, tindakannya meneladani Pahlawan hebat itu
Sultan Muhammad al Fateh!

Di sebalik RM50




“ Pak cik, ada tak nampak duit RM 50, kot-kot terjatuh kat sini?” saya bertanya dengan muka penuh harapan. “ Ish….takda la plak, tadi beli kat sini kan? Adik bagi p.cik tadi seringgit kan?”.P.cik tersebut bertanya meminta kepastian dalam nada ingin membantu.
“ a’ah, ermm…kalau macam tu tak apalah p.cik”. saya terus berlalu sambil mata melilau mencari, dalam kesibukan orang di pasar malam, saya masih menaruh harap, untuk mendapatkannya kembali. Kerana nilai RM50 bukannya jumlah yang kecil. Tambahan pula itu duit belanja yang suami berikan untuk membeli barangan dapur petang itu. Saya dan suami biasanya membeli barang-barang masak di pasar malam, kerana jarak yang dekat, pergi satu tempat semua ada dan banyak pilihan, juga kesibukan di hari minggu untuk ke pasar yang terletak kira-kira 5km dari rumah.

Suami saya juga turut mencari, hati saya berkata mustahil untuk mendapatkan kembali duit tersebut. Dalam suasana orang yang ramai, pelbagai ragam dan karenah, sukar ditentukan jujur amanah seseorang. “Kenapalah selalai ini” hati saya mula bertingkah. Syaitan mula membisik sangkaan yang buruk “ entah-entah p.cik tadi ambil, yelah mana tahu kan, depan kita nampak baik jer.”
Saya cepat-cepat beristighfar, begitu cepat menghukum orang lain atas kelalaian sendiri.
Akhirnya, saya redha, andai jumlah itu bukan rezeki kami. “ tu jadi duit zakat la tu” celah suami. Dalam hati saya berdoa semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Dan semestinya saya menghalalkan duit tersebut.


Sekembalinya kami ke kereta, baru saya teringat..” abang, bukan ke inah bagi pada abang duit RM50 tu balik, sebab penjual tadi tak ada ‘pecah’, then abang bagi RM10?” muka saya sedikit ceria. Saya baru teringat, saya tukar dengan suami duit RM50 tersebut dengan RM10, dalam waktu suami tengah sibuk berbual dengan kawannya.” Eh ye ker?”Suami cuba mengingat kembali. Laju tangannya menyeluk poket untuk memastikan benar sebagaimana yang saya katakana. Nah! Adapun RM50. Syukur, masih rezeki kami.

Pengajaran

Peristiwa ini benar-benar mengajar saya supaya lebih berhati-hati di hari-hari yang mendatang. Antara perkara penting yang saya belajar:

1. Jangan berurusan dengan sesiapapun yang tengah sibuk dengan urusan lain, seperti bersembang, berfikir kerana mereka sama sekali tidak akan perasan dan teringat celahan urusan kita dengannya.

2. Elakkan terlalu cepat berburuk sangka, bukan ke Nabi pesan, sebelum berburuk sangka, kita kena bawakan 70 dulu sangkaan baik terhadap seseorang sebelum kita mahu bersangka buruk dengannya. Contoh dalam kes tadi, saya kena bawakan 70 sangka baik pada p.cik tadi. Contohnya; mungkin p.cik ni memang tak perasan kot..atau.. duit saya tercicir di tempat lain. Kan susah tu nak cari sampai 70 sangka baik. Jadi, jangan ada hati nak bersangka buruk dengan orang sebelum cukup 70 sangka baik kita.

3. Jangan terlalu memikirkan tentang perkara-perkara keduniaan. Dalam kes tadi, saya bersungguh-sungguh mencarinya, dan hati cepat sangat sedih (saya memang jenis yang suka memikir, apa-apa pun). Bukan ke ulama’2 dahulu tidak berkisah sangat tentang harta dunia.

Saya tersenyum sendiri mengingati kisah ini. Ada lucu juga ada pengajaran!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in