Doakan kami...

Assalammualaikum

Ini Fateh



Ini pula Jawwad



Sekarang kedua-dua anak ibu sedang diuji Allah dengan sakit. Fateh demam dah sembuh, cuma masih batuk dan selesema, Jawwad pula batuk yang bersangatan.

Kalau dengar Jawwad batuk rasa sayu sangat. Kesian Jawwad sebab masih kecil.

Ibu ada baca petua kalau anak yang masih kecil (bayi) batuk, ambil kunyit hidup, asah belakang lesung batu, dan gaulkan dengan minyak. Kemudian sapu atas dada dan perut anak.

Pagi tadi sebelum mandikan jawwad baru ibu buat.

Semalam tak sempat nak buat petua ni. Pagi tadi sempat la dalam sejam Jawwad dilumurkan dengan kunyit.

Walaupun sejam je, tapi bernilai....ibu buat juga. Malam ni kita sambung lagi ye sayang.


Lagi satu petua, ambil bawang putih, bakar dan jangan sampai hangit, gaulkan dengan minyak dan sapu di dada dan perut anak.

Yang ini ibu belum cuba lagi. Kita cuba stu-satu dulu ye.

Fateh pula bila makan ubat Fateh doa " Ya Allah...sembuhkanlah Fateh...ameen ya Allah.

Pandai Fateh ibu. Fateh kena kuat tau. Tak boleh menangis dan mahukan ibu sepanjang masa. Fateh dah jadi abang. Abang yang kuat.kan..

Ibu pun terkena tempias demam fateh. Moga Ibu kuat untuk anak-anak dan baba.

Sekali sekala kita kena sakit, supaya kita tahu betapa nikmatnya sihat itu..kan

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami nikmat kesihatan yang berpanjangan. Dan bantulah kami dalam mensyukuri dan memanfaatkan nikmat-nikmat anugerahMu

Salam buat pahlawan cilik al Fateh dan al Jawwad…

Ibu dan baba sejak akhir-akhir ini diuji dengan kesibukan yang amat sangat..

InsyaAllah, jika Allah izinkan, ibu akan coretkan sesuatu dalam masa yang terdekat ini.

Doakan ibu ya!


Ya Allah….semoga kesibukan ini adalah kesibukan yang ada pahala di sisiMu.. Ameen!

Ya..ibu mesti kuat...!

“Terima kasih ibu…sedapnya ibu masak” …




Laju kata-kata itu meluncur dari mulut Fateh tanpa pelat. Terima kasih sayang….ibu hargai pujianmu itu.

Walaupun ibu tidak pasti sejauhmana pemahaman Fateh tentang ungkapan itu, namun ibu rasa amat terharu.

Betul kan, kita pulang dari kerja, penat, letih, lesu, tapi bila jumpa anak-anak, kelesuan itu berubah watak.

Ibu kena ambil pemakanan tambahan, supaya ibu kekal cergas, boleh tumpu pada anak-anak sekembalinya dari kerja.

InsyaAllah, selagi termampu ibu akan lakukan yeng terbaik.

Kadang-kadang ibu rasa ibu ni teruk sangat…cepat sangat rasa letih…

Ibu kena yakin, ibu mampu lakukan perubahan, ibu kena buat yang terbaik ..untuk baba, Fateh juga Jawwad.

Ibu kena dan mesti kuat untuk kalian, juga untuk Islam. Ya..ibu berazam!
Doakan ibu ya!

Salam sayang dari ibu buat kalian!

Kisah

Petang Jumaat tempohari, selepas balik kerja..

Ibu :“ Abang, inah cadang nak buat pembentangan kertas kerja, dekat usim bulan 9 ni, abang ada apa-apa tak masa tu?”

Baba: “ emmm…masa tu kan baru buka sekolah lepas raya..”

Ibu: “ Tapi kan bang, nak bentang tu kena bayar RM500 tau, mahal…”

Baba:” uish, mahalnya…baik bentang dekat sekolah abang, percuma , dapat saguhati lagi..”

Ibu :” hahaha..idea yang bagus..!

Info: Kebiasaannya pengajar di IPTS atau IPTA digalakkan membuat pembentangann kertas kerja, juga sebagai meningkatkan prestasi kerja. Apabila ada mana-mana institusi yang menganjurkan seminar, maka digalakkan membuat pembentangan, dan kebiasaannya setiap pembentangan ada yuran yang perlu di bayar. Bayaran biasanya sekitar RM 300- RM 500. Mungkin ada yang lebih.

Pahlawan al thani : Muhammad al jawwad

Alhamdulilah…

Syukur dan syukur dan syukur atas anugerahNya.

18 Februari 2011, tarikh yang tidak dijangka….pagi Jumaat yang tenang itu,



adik al Fateh, Muhammad al Jawwad selamat menjengah dunia.



Kehadiran pahlawan ke dua ini sungguh anugerah yang tidak diduga, Allah memberi tanpa sempat ibu dan baba menadah tangan memohon….sungguh, nikmat yang Allah beri, masih banyak yang belum sempat disyukuri, didatangkan lagi dengan nikmat melimpah-limpah.

Dahulunya kelahiran al fateh...

Dan kisah kelahirannya boleh dibaca di sini


Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaMu…amen.

Kelahiran al Jawwad ternyata amat berbeza dengan al fateh, 17 hb Februari, khamis, ibu, baba dan Fateh ke al Ridzuan Ipoh untuk scan Jawwad yang masih di dalam rahim… dan dalam perancangannya, mahu melahirkan al Jawwad di situ.


“kepala masih belum masuk ke laluan, dalam sehari dua ni mungkin belum lagi nak bersalin” komen Dr. Raofah, Dr. pakar di situ.

Emm…tak apa, tapi ibu rasa macam tak sabar nak melahirkan pahlawan ke dua ini…
Malam tu dalam pukul 12 lebih, ibu terasa sakit, rasa seperti sakit nak bersalin….seperti tidak percaya, betul ke ni sakit nak bersalin, sebab dr. kata dalam sehari dua ni belum lagi.

Malam tu ibu memang tak dapat tidur….sakit menyerang dalam selang masa yang singkat.

Dalam pukul 4.30 , ibu kejutkan baba, , baba solat, siapkan apa yang patut… al fateh masih tidur.

Masuk subuh, sakit semakin kerap…selepas subuh, ibu dan baba hantar Fateh ke rumah pengasuh, dan bergegas ke hospital. Baba ajak pergi ipoh, tapi ibu rasa al Jawwad dah nak keluar sangat dah.

Terus ke hospital Kuala Kangsar, terus masuk labour room dan tak sampai sejam ibu selamat melahirkan al Jawwad. Sungguh kelahiran yang tidak dijangka.. Due 26 hb. Tapi keluar seminggu awal.

Ibu teringat gurauan ibu dengan baba sebelum ke ipoh, semasa sarapan, ibu kata “ abang, entah-entah inah bersalin esok..”


Baba “ eh, janganlah..cepat sangat..”
Dan akhirnya gurauan itu jadi kenyataan.

Sekarang Jawwad dah hampir berusia 4 bulan. Dah besar pahlawan ibu ni. Al Fateh pun teruja untuk bermain dengan Jawwad.



Fateh dan jawwad



Jawwad yang persis wajah baba


dan ini..



InsyaAllah, ada masa ibu coretkan lagi. Sungguh, ibu amat-amat ketandusan masa, mungkin ibu yang tidak pandai menguruskan masa, namun ibu akan cuba yang terbaik.
Buat anak-anak ibu dan baba, Kalian adalah pahlawan Islam, aset Islam yang amat bernilai, InsyaAllah ibu dan baba akan berusaha mendidik kalian menjadi hamba-hambaNya yang berpegang teguh dengan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in