Pokoknya Akidah!



1)“Wah, cantiknya baba, ibu” spontan keluar dari mulut Fateh.

“A’ah cantikkan Fateh, Ibu cantik tak? Saya menyoal kembali.

“Cantiknya ibu” pantas dijawab Fateh.


“Ibu kenapa kaki ibu dekat situ?” Fateh bersuara tatkala melihat gambar saya dalam keadaan posisi kaki seolah tergantung.”

“Tu kaki baba dekat situ”..

Semua tu reaksi Fateh apabila melihat koleksi gambar hari saya dan suami disatukan sebagai suami isteri empat tahun lepas.

Masa tu Fateh masih belum hadir dalam hidup ibu dan baba.


2) “ Ibu cantiknya rumah tu ibu, cantiknya”

Sebenarnya saya agak terkesima apabila Fateh mengeluarkan penyataan ini.

Sebab rumah yang dikatakan cantik tu sememangnya sebuah rumah yang besar,dan boleh dikategorikan agak mewah.


Cantik pada penilaian anak kecil.

Anak yang berumur dalam lingkungan 2 tahun lebih sudah mampu untuk memberikan penilaian mereka sendiri.

Justeru, amat bahaya sekiranya pada awal usia mereka didedahkan dengan perkara-perkara yang negatif.

Takut seandainya mereka beranggapan perkara tersebut boleh diterima pakai dalam kehidupan.

Seandainya tidak dapat dielakkan, maka dianjurkan diterangkan keburukan perkara tersebut.

Lantaran itulah, penting untuk mengawal apa yang dilihat oleh anak-anak.

Sepanjang pemerhatian saya, apa yang dinilai oleh Fateh itu, objek yang cantik itu sememangnya cantik. Manakala objek yang buruk itu sememangnya buruk. Subhanallah wal hamdulillah!

Ya, itu penilaian mata pancaindera. Belum lagi sampai kepada penilaian mata hati. Penilaian mata hati inilah yang penting.

Sistem nilai yang akarnya akidah yang benar dan mantap yang akan memandu penilaiannya terhadap sesuatu perkara dan seterusnya digambarkan melalui perbuatan.

Seorang perempuan yang cantik tetapi tidak menutup aurat, ya, dia cantik pada penilaian mata.

Namun sebenarnya tidak cantik pada penilaian mata hati. Tidak cantik kerana derhakanya dan angkuhnya dia dalam menentang hukum Allah.

Melihat dan menilai dengan mata hati perlu dilatih seawal mungkin. Melatih dengan melalui memasakkan akidah yang utuh.

Perkara akidah. Akar yang kukuh mana mungkin pokok akan tumbang.

Ianya amat penting. Fasa dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah lebih lama dari fasa dakwah baginda di Madinah.

Lamanya tumpuan yang Rasulullah s.a.w berikan untuk memantapkan akidah.

Kerana itu, perkara akidah perlu diberikan fokus utama ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

Apabila akidah sudah mantap, maka perkara-perkara taklifan yang lain akan mudah dipimpin untuk dilaksanakan, seperti solat, puasa dan ibadah-ibadah yang lain.

Kemanisan Iman

Sekiranya saya tidak silap, setiap hari khamis dalam pukul 5.00 petang ada rancangan bersama muallaf di radio ikim.

Adakalanya saya berkesempatan untuk mengikutinya, adakalanya tidak. Namun rumusan yang boleh saya simpulkan, mereka kembali kepada Islam (masuk Islam), dan pengamalan mereka dengan Islam lebih baik jika nak dibandingkan dengan kita yang Islam disebabkan keturunan, mereka jauh dan jauh lebih baik. Semua ini natijah daripada kemanisan iman yang mereka kecapi, juga akidah mereka yang utuh.

Bagitu juga dengan para sahabat zaman Rasulullah s.a.w, mereka amat hebat, hebat dari segala segi.

Hasil daripada mantapnya akidah yang Rasulullah s.a.w pasakkan kepada mereka. Akidah inilah yang membawa mereka berjihad di jalan Allah, akidah inilah yang membuatkan mereka patuh dan taat kepada perintah Allah dalam apa jua keadaan.

Kegelojohan dalam dakwah

Sengaja saya selitkan sedikit topik ini di sini, kerana situasi kita di Malaysia Alhamdulillah, aktiviti dakwah berjalan dengan rancak. Cuma sedikit terkilan, kerana kita lebih suka untuk melihat hasil dalam jangka waktu yang cepat.

Apa yang saya perhatikan, dakwah dilaksanakan dengan baik. Cuma sedikit lompong pada usaha memantapkan akidah. Saya mengambil contoh dakwah di perkampungan orang asli. Selepas kaum orang asli ini di islamkan, mereka diajar terus dengan perkara-perkara tuntutan sebagai seorang Islam.

Program pemantapan akidah kurang diberi perhatian. Sehingga saya pernah diberitahu melalui perbualan dengan mereka yang mungkin pada saya berpengalaman berdakwah di perkampungan orang asli, saya diberitakan bahawa ada mereka yang pada ketika itu sudah kali ke sekian-sekian masuk Islam. Atau dalam erti kata yang lain, sudah banyak kali masuk Islam, kemudian keluar, apabila datang pendakyah kristian, dan masuk semula Islam apabila datang pula pendakwah Islam.

Kesimpulannya, dalam apa keadaan sekalipun, perkara yang mesti diutamakan ialah akidah. Nabi s.a.w mengajar kita melalui sirah baginda. Moga kita tergolong di dalam kelompok yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah baginda s.a.w.


Ya Allah, Bantulah kami dalam memanfaatkan masa kecil anak-anak anugerahMu ini dengan mengisi hati dan minda mereka yang suci dengan pengisian yang mengikut acuanMu. Amen.

Jangkitan Paru-paru




Pagi tadi, ketika asyik mengumpul bahan untuk menyiapkan modul subjek, telefon saya memberi isyarat mesej masuk


Maaf xdpt dtg usrah hr ni coz nafish kena thn wad kt hospital Kuala..kena jangktn paru..”


Ya Allah…moga Alah mudahkan semua urusan beliau dan sembuhkan anaknya. Ameen.


Dan saya terus mendapatkan maklumat tentang sakit jangkitan paru-paru, mudah-mudahan saya lebih berhati-hati dalam memantau kesihatan anak-anak.

Info yang saya dapat mengenai penyakit ini saya ambil dari sini.

Moga-moga dapat manfaat bersama.

Jangkitan Kuman Di Paru-paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri

daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan

(bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia.

Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau

bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang

merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada

keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala





Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya,

kanak-kanak akan mengalami :

Demam panas

Batuk dengan atau tanpa kahak

Sakit dada

Tiada selera makan, tidak mahu makan

Rasa tidak sihat, sering merengek

Pernafasan laju atau susah bernafas

Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut

perlu dimasukkan ke hospital:

Pernafasan laju

Sukar untuk bernafas

Bibir menjadi biru

Batuk berdarah

Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing


Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem

pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria,

antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

Paracetamol

Rehat yang secukupnya

Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk

mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.


Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil

immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)

Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)

Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat dokto


Ya Allah Anugerahkanlah kami kekuatan dalam menerima semua ujianMu ...Ameen.

Kisah Pahlawan al Fateh al Fuady

Kisah 1

Fateh: Ibu, tepi sikit, Fateh nak baring..

Ibu: Apa Fateh, Fateh nak apa?

Fateh: Fateh nak baringgg…

Ibu: Apa, Fateh nak apa?

Fateh: Fateh nak baring…nak baring..

Ibu: Fateh nak apa?

Fateh: Fateh nak tido..

Ibu: ok..


Alhamdulillah…sebenarnya ibu faham dah Fateh nak apa…saja suka usik dia, huhu…dan dia dah boleh terangkan dengan kata lain untuk nak fahamkan kita

Apa la ibu ni kan Fateh…









Kisah 2


Dalam perjalanan ke tempat kerja, menjadi kebiasaan saya untuk bersembang-sembang dengan Fateh dan dalam masa yang sama cuba untuk memanfaatkan masa sebaiknya tika itu.

Pagi tadi, secara tiba-tiba Fateh yang memulakan perbualan, bertanya kepada saya perkara yang sepatutnya saya tanyakan kepada dia


Fateh: Ha ibu, siapa yang jadikan pokok? Ha siapa?

Ibu: (kenalah jawab) Allah….

Fateh: ibu siapa yang jadikan langit?

Ibu: Allah…

Fateh: Siapa yang jadikan Ibu?

Ibu & Fateh : Allah..

Fateh: Siapa jadikan jawwad?

Ibu & Fateh: Allah..

Fateh: Ibu siapa yang jadikan lori? (waktu tu memang ada lori lalu dari lorong yang bertentangan.)

Fateh : (terus menjawab) Allah..

Ibu: Senyum


Luculah Fateh ni…


Ya Allah, bantulah kami dalam mengenalkanMu pencipta segalanya kepada anak-anak kami amanahMu ini. Ameen.

Alhamdulillah!






Alhamdulillah…


Sukar nak digambarkan perasaan, tatkala selesai ujian syafawi(lisan) dan tahriri(bertulis) al-Quran.

Jujurnya, seperti mahu menangguhkan ujian ke semester hadapan, namun saya tidak dapat menolak fitrah diri yang mahukan saya tetap dengan jalan yang diambil dari awal, ya, saya telah daftar untuk ambil ujian pada semester ini, mengapa mahu ditangguhkan lagi kepada semester berikutnya?

Saya mesti cuba. Ya, mesti.

Saya teringat petikan mafhum ayat al-Quran, apabila kamu telah berazam, maka serahkanlah urusan kepada Allah.

Adakalanya hati berbisik, tak payah ambil lah, tangguhlah semester depan, boleh kemaskini dan mantapkan hafalan. Betul juga. Hati mengiyakan.

Namun alhamdulillah, Allah anugerahkan kekuatan untuk meneruskan azam awal saya untuk mengambil ujian semester ini.

Dan alhamdulillah, lega rasanya apabila selesai melaluinya. Walaupun tidak semantap dan sehebat hafalan sahabat-sahabat yang lain.

Saya juga menanamkan satu keazaman yang baru, untuk terus menghafaz kalam-kalam sucinya. Mudah-mudahan saya dianugerahkan peluang untuk bergelar hafizah suatu hari nanti. InsyaAllah. Ameen ya Allah.

Terima kasih yang tiada akhirnya buat mak dan abah yang sentiasa menitipkan doa buat anak-anak. Nikmat yang amat berharga.

InsyaAllah, proses menghafaz al-Quran untuk al-Quran dua akan dimulakan dari sekarang.






Jom abang!

Indahnya dan tenang rasanya tatkala kalam suci lancar di lidah dan dihayati kandunganNya.
Ya Allah jadikanlah kami ahli al-Quran, da rezekikanlah kami membacanya sentiasa. Ameen ya Allah.
Fateh, Jawwad, jom ikut sama-samaibu dan baba hafaz al-Quran !

Hutang




Saya berazam

Berazam untuk tidak lagi melakukan pinjaman bank.

Untuk apa-apa pembelian pun

Mudah-mudahan Allah perkenankan dan memudahkan segala urusan saya.

Saya mahu membebaskan diri daripada segala hutang dengan pihak bank. Atau dengan institusi yang memberikan pinjaman dan mengenakan faedah untuk bayaran balik.

pengalaman

Pengalaman saya..

Bila saya mahu memohon pinjaman, manisnya muka insan-insan yang menguruskan pinjaman ini,

Dan apabila kita mahu melangsaikan pinjaman kita (full settlement), layanan yang diberikan bersifat ala kadar, dan seandainya saya diberi peluang untuk menilai dengan peratus, saya akan berikan sebanyak 20%.

Saya faham mengapa mereka bersikap seperti itu, kerana keuntungan yang disasarkan tidak tercapai apabila saya melangsaikan pinjaman dengan kadar yang cepat.
Namun begitu, pihak bank tetap mengaut untung.

Pihak bank, tiap-tiap bulan dapat duit kita bagi percuma tanpa mereka bekerja. Apabila fikirkan semua ni, saya rasa tak sanggup, lebih baik duit tersebut saya salurkan kepada yang lebih berhak. Kita tiap-tiap bulan bekerja bagi duit pada bank.

Benar, pihak bank bagi kita pinjaman, namun kita membayar balik pinjaman dengan kadar yang tinggi berdasarkan kadar faedah yang dikenakan.

Bahaya kan berhutang.

Setelah membaca buku-buku serta laman-laman web berkaitan dengan pengurusan kewangan, riba, hutang…Alhamdulillah, saya benci untuk berhutang.

Saya berusaha untuk tidak berhutang. Mohon moga Allah permudahkan urusan saya. Bebas hutang!

Dan saya berharap saya bertemu dengan Allah dalam keadaan saya tidak berhutang, dengan Allah mahupun manusia. Ameen Ya Allah.

Ayuh....

Assalammualaikum..

Sudah lama tidak menulis..

Kenapa ya?

Tiada masa?

Tidak, masa yang Allah anugerahkan cukup..sangat cukup, tinggal saya mengaturnya sahaja.


Bosan?


Ya Allah, mohon Allah pelihara saya daripada rasa itu…


Habis apa?

Malas?


Ohh..sifat inilah yang saya amat gerun….tidak..sama sekali tidak..saya tidak mahu kalah dengan Iblis, makhluk derhaka ini amat rajin dan kreatif!

Malunya saya kalau saya malas, walaupun adakalanya muncul juga malas itu secara segan-segan.


Alasan lain….?

Tiada?

Apa ya?


Ohh…saya rupanya punya senarai tugas yang sedang menunggu giliran untuk dilaksanakan.

Justeru, nak menulis pun kena tunggulah giliran ya? Begitu?

Emmm…mungkin.

Sebentar….!Fikir dulu…

Bukankah menulis juga Ibadat?


Saya bukannya seorang Ketua Kampung yang mesti merancang pembangunan sesebuah kampung, memikirkan masalah rakyat.


Saya bukan juga seorang Ulama yang hebat, yang perlu meneliti setiap permasalahan baru untuk dikeluarkan hukum.
Saya juga tidak memegang sebarang jawatan yang penting.


Saya hanya seorang hamba Allah yang dituntut untuk melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya.


Saya juga seorang Isteri kepada Suami yang amat memahami dan ianya anugerah Allah yang amat berharga buat saya.


Saya juga diberi peluang oleh Allah untuk menikmati rasa dan hati seorang ibu tatkala dianugerahkan dua orang pahlawan cilik.


Saya juga dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik fizikal, mental juga emosi.


Maka dengan itu…wahai insan yang bernama Sakinah….


Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Ayuh bangun….Pasakkan tekad dan azam yang jitu..




Moga Allah sentiasa memberkati dan meredhai setiap derap langkah dalam kehidupanmu sebagai isteri,menantu, anak, ibu dan hambaNya!


Teruskan menulis ya!


Coretan rasa

Hani,

Suri di laman Fuady,

Ummu Fateh & Jawwad,

Rabu

2 November 2011

12.20 a.m


Buat Kekanda Shakiroh...


Saya hanya punya seorang kakak dalam hidup ini..

Kanda Shakiroh Binti abdul Mokti

Alhamdulillah…Syukur, merasa menjadi seorang adik

Beza antara kami hanyalah tiga tahun,

Panggilan mesra Kak Irah(kak Ighah)..

Kak irah seorang kakak yang sangat baik….

Masih saya ingat, ketika saya masih menuntut,dalam tahun 1999 tak silap, masa tu belum lagi ke Mesir, Kak Irah dapat duit biasiswa JPA, terus belikan saya walkman.

Masa tu, memang teringin sangat. Terima kasih Kak irah. Jujurnya waktu itu rasa sangat seronok!

Kak Irah seorang pelajar yang cemerlang dan menjadi contoh yang baik buat adik-adiknya.

Seingat saya, masa kami bersama amat terbatas, kerana masing –masing menuntut di asrama semasa sekolah, dan selepas itu, masing-masing ke universiti. Kak Irah ke UIA di Kuantan dan saya ke Mesir.

Namun perhubungan tetap terjalin erat. Semasa saya menuntut di Mesir, Kak Irah telah mengirim kuih raya, secara pos, hati saat itu, hanya Allah yang tahu.

Yelah kan, tinggal di negara orang, jauh dari keluarga, dapat kuih raya dari Malaysia, suatu nikmat yang amat besar rasanya.

Terima Kasih kak Irah!

Dan kini, Walaupun sibuk dengan kerja, kak Irah tetap tidak lupakan kami adik-adiknya seramai lapan orang ini.

Sumbangan buat ayahbonda memang tidak boleh dikira, amat banyak!

Doa saya moga Allah rahmati dan pelihara kakak dunia akhirat.

Semoga kak Irah bahagia bersama suami dan anak-anak(ameen)!

Dan buat kakak, Shakiroh Binti Abdul Mokti


Selamat Hari Lahir ke-32


2 November 2011

Moga Allah rahmati dan berkati umur yang telah berlalu, dan moga Allah anugerahkan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan buat umurmu yang akan datang.

Semoga bahagia dan baik-baik selalu!


Saya juga dilahirkan bulan november.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in