Kisah 1



Bulan lepas tak silap, saya dan suami ke KUIN, angkut dengan anak-anak sekali, kebiasaan tinggalkan dengan mak di Parit Buntar, atas sebab-sebab tertentu, al Fateh dan al Jawwad dibawa bersama.


Dalam perjalanan tu, kereta yang berada di hadapan kereta kami tiba-tiba berasap, asap yang sangat banyak,

Kereta kami juga turut diselubungi asap kereta hadapan, dalam hati terdetik, ya Allah janganlah jadi sesuatu yang tidak elok (meletup ke atau terbakar).


Dalam debaran tersebut tiba-tiba al Fateh mencelah “ Ibu, depa fogging ibu, depa fogging..”



Huhu..kelakar la anak ibu ni, mana ada orang sembur asap nyamuk tengah-tengah lebuh raya ni…



Debaran hilang terus dengan celahan al Fateh tadi. Dan Alhamdulillah tidak ada sesuatu yang tidak elok berlaku, kereta yang berasap tadi berhenti di lorong kecemasan.




Kisah 2


Fateh , jangan buat (pukul) adik, adik kecil lagi tau..sakit… sian adik.


Sambil bercakap tangan saya pun agak laju nak pukul Fateh, tapi ianya terhalang dengan bisikan



Bukankah Fateh juga masih kecil, kenapa hendak dipukul dengan tindakannya yang lahir dari fikiran seorang anak kecil…



Ohh..saya turut terpukul dengan bisikan itu…


Saya menasihati Fateh supaya tidak memukul Jawwad, dalam masa yang sama saya ingin memukul Fateh yang jauh lebih kecil berbanding saya. Sungguh Tidak Adil kan..


Terima Kasih Allah. Saya peluk Fateh dan kucup ubun-ubunnya…


Hakikatnya nasihat saya kepada Fateh itu adalah untuk saya.


Ya Allah, Bantulah kami dalam memelihara dan mengawal emosi kami dalam mendidik amanahMu ini.. Ameen.


1 comments:

  1. salam sejahtera.
    memang banyak yang dapat kita belajar dari anak-anak sekiranya kita buat pemerhatian.

    comellah al-fateh dan al- jawwad. Dari muka mereka ,memang kanak-kanak yang cerdik dan pintar. selamat berjaya mendidik pahlawan Allah ini.

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in