Taska


Ibu: Fateh, hari ni ibu hantar Fateh ke sekolah tau (Taska), dekat sana ramai kawan, kawan elok-elok, tak nak pukul-pukul, tak nak cubit-cubit ye.. Dekat sekolah seronok, ada banyak mainan, ada warna-warna.

Fateh: ok

Ibu: Fateh nak pergi sekolah tak?

Fateh: Nak, dekat sana best…ada ramai kawan, tak nak cubit-cubit tau..

Dan hari ini, hari pertama Fateh ke Taska. Alhamdulillah Fateh tak menangis saat ditinggalkan, kerana asyik dengan mainan yang pelbagai.

Sebenarnya ibu ambil cuti dua hari untuk carikan taska yang terbaik untuk Fateh.

Fateh sangat suka melakukan aktiviti seperti menulis (conteng), mewarna, melukis, jadi ibu dan baba mengambil keputusan untuk menghantar Fateh ke Taska.






Gambar-gambar ni dah lama, baru nak letak.

Alhamdulillah ibu jumpa. taska Qaseh Athif. Jujurnya ibu selesa suasana dalam taska ni, pembelajaran yang disediakan dan nilai islamik yang cuba diterapkan di sini.


Paling ibu suka, pihak taska sedia berbincang dan menerima sumbangan idea kita untuk pembelajaran dan pentarbiyahan di sini.

InsyaAllah ibu akan carikan CD yang sesuai untuk dititipkan di Taska. Alhamdulillah pihak Taska mengalu-alukan perkara tersebut.

Ibu akan usahakan yang terbaik. Mudah-mudahan masa Fateh dapat dimanfaatkan sebaiknya.Ameen!

Juga hari ini ibu terasa tak sabar nak am,bil Fateh dari Taska, rin du…..tak rasa macam tinggalkan dengan pengasuh…mungkin sebab Fateh merasa pengalaman baru, dapat kawan-kawan ramai.

Ibu yang berdebar.

Ibu sempat ingatkan guru di Taska untuk lebih awasi Fateh sebab Fateh seorang anak yang tidak boleh digugat, kalau terasa dicabar, Fateh akan sedayanya mempertahankan diri. Ibu risau Fateh terkasar dengan anak-anak yang lain.

Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja. Ameen!

Alhamdulillah, Fateh berusia 3 tahun tahun ini!

2 comments:

  1. bagus jika taska sedia terima idea parents. idea yang baik boleh datang dari sesiapa sahaja

    BalasPadam
  2. oohh..cumel betul fateh dah masuk taska, pada sudut pndang m.lang,fateh mmg suka berkawan,bijak belajar,cepat faham,paling m.lang suka bila m.lang pesan sesuatu pd fateh,fateh akan jawab 'OKEY!!!' =)

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in