Assalammualaikum
Alhamdulillah, daurah
yang ibu sertai telah tamat semalam, InsyaAllah hari ini majlis penutup.
Hari-hari awal ibu mengikuti daurah ini, ibu rasa seperti
mahu berhenti. Kerana ibu memikirkan tugasan ibu yang amat banyak. Ya, sangat
banyak.
Bagaimana ibu nak menguruskan masa ibu? Ibu kena menjalankan
soal selidik, mengumpul data untuk kajian ibu, kena betulkan bab-bab yang sebelumnya
setelah dilihat semula oleh Dr. Umar Fawwaz.
Dalam daurah yang ibu
ikuti, sepuluh subjek yang diajar. Sebahagiannya ada kerja rumah. Dan di akhir
daurah ada ujian.
Daurah berlangsung selama 14 hari. Setiap hari kecuali hari
ahad. Tiga kali sabtu. Ini bermakna hari sabtu pun ibu kena korbankan masa ibu
untuk ke daurah. Ohh….
Kasihan anak-anak ibu…
Ibu hampir rasa nak berhenti daripada melibatkan diri ibu
dengan daurah.
Tapi naluri hati ibu mengatakan , ibu sangat rugi kalau
berhenti. Sangat rugi. Kerana peluang menuntut ilmu dengan Syeikh-syeikh dari
UIM bukan selalu datang.
Seperti biasa, ibu akan menyuarakan kepada baba. Baba
berfikiran sebaliknya. Baba menguatkan ibu untuk terus mengikuti daurah ini.
Malah baba sanggup jaga malaikat-malaikat kecil ibu dan baba pada hari sabtu.
Terima kasih baba. Sangat terharu..
Ibu juga mengambil pengajaran daripada masa silam. Waktu itu
ibu di Mesir, selesai tahun empat, hajat di hati ingin terus menyambung M.A di
al-Azhar. Sebelum diterima masuk para pelajar akan di uji dengan hafazan
al-Quran.
Tak banyak pun
muqararnya, juzu’ 1-8. Tapi oleh kerana di Kaherah semasa ibu tahun satu-tiga,
muqarar hafazan adalah mengikut surah-surah seperti yang ditetapkan pihak
Universiti, manakala pada tahun empat pula muqarar telah diubah. Hafazan adalah
mengikut juzu’.
Jadi ibu kena berusaha untuk menghafaz juzu’-juzu’ yang ibu
tidak hafaz. Iaitu juzu 3-8. Banyak kan..?
Kebetulan, semasa itu, cuti musim panas, ada berlangsungnya
majlis talaqqi ilmu. Ibu sertai, namun ibu berhenti di tengah jalan kerana
ingin fokus dengan hafazan.
Natijahnya…ujian tidak lepas, dan talaqqi pun ibu terlepas.
Sangat rugi kan..???
Kini ibu yakin
bahawa, apa pun perkara yang melibatkan ilmu, jangan lepaskan peluang.
Andainya bertembung dengan perkara lain, usahalah agar tetap dapat sertai
majlis ilmu.
Taman syurga yang
Allah sediakan di dunia ini, rugi andainya tidak bertandang. Perkara lain kita
serahkan kepada Allah setelah berusaha. InsyaAllah, pertolongan Allah itu ada.
InsyaAllah selepas ini ibu akan kongsikan pula sedikit
sebanyak ilmu yang ibu dapat daripada daurah tersebut.
Rasa rindu nak berdaurah lagi…Nikmatnya majlis ilmu..

0 comments:
Catat Ulasan
Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.