Antara kebahagian saya: Cloth Diaper



Alhamdulillah, Cloth diaper (CD) atau lampin kain moden yang saya pesan dari Little Precious Garden telah selamat diterima.

Saya memakaikan al Fateh dengan CD sejak usianya 5 bulan.




Dan semestinya antara rutin harian saya setiap hari adalah membasuh CD. Secara jujurnya saya rasakan ianya adalah suatu perkara yang membahagiakan.

Bahagia berCD?

Ya, bahagia.

Merasa terbeban? Sama sekali tidak. Kerana lampin kain moden ini amat mudah diuruskan. Maklumat tentang kebaikan lampin kain boleh dirujuk di sini dan sini juga sini.

Mengapa saya merasa bahagia?

1. Kerana saya dapat menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Alam adalah anugerah Allah yang amat berharga. Kita berjalan, berlari, berehat, bersenam, beraktiviti dengan alam. Alam yang tidak sihat akan membantutkan segala aktiviti kita.

2. Bajet untuk membeli lampin pakai buang setiap bulan dapat saya manfaatkan kepada yang lain. Sekaligus membantu saya dan suami mengelakkan pembaziran. Saya tidak mengatakan bahawa mereka yang menggunakan lampin pakai buang itu membazir, tetapi kalau ada pilihan yang lebih bijak, mengapa tidak kita menggunakannya.

3. Semua ibu mahu yang terbaik buat anak mereka. Begitu juga saya. Saya merasakan bahawa pemakaian lampin kain adalah yang terbaik buat al Fateh. Kualiti kesihatannya dapat saya maksimumkan. Anak saya kulitnya amat-amat sensitif. Tiada lagi ruam lampin, risiko jangka panjang pemakaian lampin pakai buang dapat dielakkan.

Saya bahagia kerana dapat menyumbang kepada alam walaupun sedikit. Sedikit daripada saya, sedikit pula daripada yang lain inilah yang akan menjadi besar.

Masing-masing menyumbang. Sumbangan kita walaupun kita anggap remeh, seolah tiada sebarang nilai, namun di sisi Allah kita tidak menduga nilainya bagaimana. Kadang-kadang apa yang kita anggap remah itu besar nilainya di sisi Allah. Kerana amalan kita walaupun sebesar zarah ada ganjarannya di sisi Allah.


Kisah burung.

Saya sering teringat kisah burung yang berusaha membantu memadamkan api yang membakar nabi Allah Ibrahim a.s.

Cuba kita amati, dengan paruhnya yang kecil itu, dia berusaha mengangkut air berulang alik. Dengan satu tujuan. Mahu padamkan api yang sedang marak. Kerana di dalamnya ada nabi Ibrahim khalillullah.

Secara logik akalnya kita akan mengatakan mustahil untuk api itu padam dengan kuantiti air yang dibawa oleh burung itu dengan paruhnya. Saya merasakan barangkali burung itu juga tahu.

Namun burung tersebut tetap mahu berusaha untuk menyumbang. Menyumbang walaupun sedikit. Walaupun kadang-kadang dilihat dengan fikiran yang pesimis memang api itu tidak akan terpadam.

Namun dengan kuasa Allah, Allah perintahkan kepada api itu untuk sejuk. Sama sekali berlawanan dengan sifatnya yang membakar itu. Maka, nabi Allah Ibrahim selamat di dalamnya, malah merasa nyaman tanpa sedikit pun bahang.

Apa yang saya cuba tonjolkan di sini ialah semangat burung tersebut untuk menyumbang. Walaupun sedikit.

Tahniah saya ucapkan buat ibu-ibu yang telah memakaikan anak-anak mereka dengan lampin kain. Percayalah kalian, sumbangan kalian itu, tanpa kalian sedari, ianya antara pemberat timbangan kebaikan kalian di akhirat sana. Ameen.





Teruslah menyumbang. Jangan mengeluh kerana susah dan renyah, kerana susah itulah yang akan membahagiakan.

6 comments:

  1. memang setiap yg kita impikan itu tercapai, kita akan merasa kebahagiaan....seronok tgk fateh ber'cd'.

    BalasPadam
  2. BETUL KAN KAK FIZA, BAHAGIA ADALAH ANUGERAH YANG AMAT-AMAT BERHARGA.

    BalasPadam
  3. seronoknya..umi teringin nak ber'cd'..harap sangat dapat kurangkan sakit bumi ni..sedih bila tgk lampin yg dibuang begitu....

    BalasPadam
  4. Umi, da ada hasrat bagus tu, InsyaAllah Allah permudahkan :)
    Kalaulah manusia ni memiliki kebolehan mendengar yang luarbiasa, nescaya hari-hari kita mendengar rintihan bumi kan..alam ni kan sentiasa bertasbih, sewajarnya kita memelihara dan menghormatinya.

    BalasPadam
  5. kak inah,akak pakai yg jenis butang ke velcro?mane yg bagus?umi ni kalau benda2 baru mcm ni susah sikit,rasa takut2 sikit..tlg tunjuk ajar sikit =)

    BalasPadam
  6. salam, umi, k inah pakaikan fateh kebanyakkannya yang button, yang velcro pun ada, tapi sikit jer. boleh umi InsyaAllah, apa2 nanti ym jer k inah.k

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in