M.E.N.U.L.I.S



Teruslah menulis kerana ianya resam dan tradisi para ulama, peruntukkan sedikit dari waktu kalian yang banyak itu untuk menulis.


Menulislah selagi dikurniakan akal yang sempurna, boleh berfikir, boleh menaakul, boleh membuat perbandingan, boleh membuat analisis. Pendek kata akal itu masih ada dan berfungsi.

Menulislah selagi dianugerahkan nikmat bernafas, degupan jantung yang tiada henti, aliran darah yang lancar, mata yang jernih, untuk melihat dan mengambil pengajaran, kerana alam ini, juga diri kita adalah sumber hidayah juga ilham yang tidak akan pernah habis.


Menulis satu cara untuk berkongsi, untuk memberitahu, untuk menyuarakan pendapat, untuk mencadangkan, untuk membangkitkan semangat mencetuskan motivasi, mencambah pemikiran.




Dahulunya saya seorang yang amat-amat malas untuk menulis. Malas berfikir. Kufurnya saya!

Ia, kufur lawannya syukur. Antara syukur dan kufur, mengapa seringkali kufur yang kita pilih?

Terjemahkan Kesyukuran kita melalui perbuatan. Laksanakan selagi kesempatan masih diberikan.

Siapa tahu, dengan penulisan kita, insan lain tergerak hati ke arah kebaikan, siapa tahu dengan penulisan kita, timbul semangat baru mereka.

Apa yang pasti, saya berusaha untuk terus menulis, walaupun sedikit. Walaupun perkara yang ditulis itu entah apa-apa. Walaupun orang melihat tidak ada apa-apa.

Saya akan terus menulis, kerana ianya tradisi para ulama’. Kehidupan mereka terlalu sibuk, namun mereka masih punya waktu untuk menulis.

Mahu dibandingkan dengan diri saya yang tiada apa-apa ini? Saya seharusnya merasa amat malu dengan mereka.

Menulislah dari hati, untuk sampai dan jatuh jua ke hati.

7 comments:

  1. salam Ummu Al Fateh
    terima aksih atas ingatan ini.Benar, menulis dari hati kan jatuh ke hati jua seperti jua berkata dari hati kan jatuh ke hati jua
    namun nak datang dari hati tu yang payah,kan.
    dan selagi nikmat tangan ini Allah pnjamkan,saya kan cuba menulis meski nikmat kaki semakin hilang dari derianya...sesungguhnya ketentuanNya amat indah kan...

    BalasPadam
  2. salam ummu,
    Moga allah anugerahkan yang terbaik buat ummu... saya doakan.

    BalasPadam
  3. Salam...

    Lega hati ini kalau kita dapat meluahkan segalanya secara menulis..tapi lebih lega kalau kita meluahkan segala-galanya dihadapanNya..Semoga kita diberi kudrat untuk terus menulis...InsyAllah..

    BalasPadam
  4. Salam amy.my

    Betul, sememangnya Allah sentiasa menanti rintihan dan aduan hamba-hambaNya. Sentiasa.
    Cuma kita yang kadangkala tak teradu...

    BalasPadam
  5. salam,kak inah..alhamdulillah..seronok dapat bercuti sekeluarga begitu..comel betul aksi fateh..apatah lagi waktu dihalang..=) seronok kan kalau dapat luahkan..tapi bila luahkan denganNya,xde masalah pun yang akan timbul...dan xada rahsia yang akan terbongkar..antara kita dan Dia..tiada siapa yang akan sakit hati..

    BalasPadam
  6. salam umi
    alhamdulillah, bersama keluarga adalah anugerah.
    Amat mudah kan untuk kita mengadu pada Allah, Ruang dan peluang yan Allah sediakan, tanpa syarat, tanpa perantara, tanpa risiko, subhanallah!

    BalasPadam
  7. Salam hani dan farhainiah...

    MasyaAllah...sungguh benar, bila kita mengadu padaNya,mmg tidak terbatas. Saya sekarang berada dalam agak kesedihan, bila dapat tahu adik kepada sahabat mengalami kanser otak, adik kepada bos saya breast cancer...sahabat saya yang lumpuh sebelah..MasyAllah..masalah mereka lagi berat dari masalah yang saya hadapi kini..
    SesungguhNya Allah uji saya dengan akal fikiran, tpi Allah uji mereka dengan kemungkinana kehilangan kudrat mereka yang lebih parah dari saya..
    Ya Allah...sesungguhNya Engkau la maha kuasa...segala galanya dari Mu Ya Allah...Ya Allahhh.....

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in