Rehlah Ilmu (part 2)

Rabu 16 Jun 2010

Subuh di Kelantan, geng-geng lelaki ( abah,abah mertua, suami saya, Rasyid adik ipar, dan adik lelaki saya) solat berjemaah di masjid berhampiran. Sebetulnya mereka berhajat mahu subuh di Pulau Melaka, tapi tak ada rezeki.

Sekembalinya mereka dari masjid bersama juadah pagi. Hasrat hati saya ingin juga menjamah nasi kerabu asli dari Kelantan, tapi tiada rezeki untuk itu. Kami bersarapan bersama-sama.

Alhamdulillah rezeki daripada Allah. Nasi dagang, nasi lemak, nasi lauk ayam kari dan roti telur berkaya. Roti telur berkaya ni memang tak pernah rasa. Orang Kelantan kan, suka manis.

Sejurus selepas itu, kami ke Kampung Pulau Melaka, siapa tahu ada rezeki boleh kami berjumpa dengan Tuan Guru. Walaupun hati mengatakan agak mustahil.
Sampai di sana, kami di sambut oleh seorang pak cik. Amat ramah orangnya. Terima kasih pak cik atas layanan. Saya tidak tahu nama p.cik itu, kerana saya tidak bersama mereka kaum lelaki.








Pasar Siti Khadijah

Kami meneruskan permusafiran singkat kami ke pasar Siti Khadijah. Macam-macam ada. Sampai tak terpilih. Daripada makanan kering, basah, sampai ke pakaian. Ikutkan hati semua mahu disapu, mujur iman menapis semua kehendak ini.




Seterusnya kami ke pantai menjamah sedikit hidangan segar dari laut. Tapi banyaknya tak segar. Sebab kebanyakkannya telah diproses.




Saya dan keluarga di Kelantan Cuma sehari. Tidak ada banyak yang boleh diteroka dan dilawati. Namun syukur atas kesempatan yang singkat ini.

Rehlah Terengganu

Kami kemudiannya meneruskan rehlah ke Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan semua yang bernaung di bawahnya beriman kepada Tuhan yang Esa. Ya, mudah-mudahan, siapa tahu,kan nama tu merupakan doa.

Saya rasa amat-amat bersyukur kerana ayahanda dan bonda menamakan kami anak-anaknya dengan nama yang baik-baik, punya maksud yang baik, seterusnya membentuk akhlak. Terima kasih abah dan mak


sesungguhnya jasa kalian tidak mampu kami hitung, balas apatah lagi. Hanya doa yang mampu kami titipkan di celahan munajat-munajat kami.

Sampai di Jerteh, kami singgah di rumah ibu mertua cikgu Hamdan, guru saya dan suami, juga kenalan abah. Kami di jamu dengan pelbagai hidangan. Alhamdulillah rezeki lagi.




Fateh mengaminkan doa makan





Sebagaimana di Kelantan, kami juga menyewa sebuah homestay di Kuala Terengganu. Cuma homestay di sini rumahnya lebih besar dan bilangan biliknya juga lebih banyak. Padanlah dengan harganya RM250 semalam.. malam itu kami semua tidur dengan angin Terengganu. Pastinya di bumi Allah jua. Mengumpul semula tenaga untuk meneruskan rehlah kami di bumi ini keesokan harinya.

6 comments:

  1. subhanallah kak..seronoknya berjaulah bersama keluarga..Fateh juga sudah besar.dah boleh baca doa sendiri ye..tak sabar tunggu umar besar..

    BalasPadam
  2. Rindunya saya dengan kampung..kelantan. Pulau melaka tu dah dekat dengan kampung saya doh tu. Nasi kerabu kelate ngan ayam percik kuah putih tu..mmmm..rindunya sy, ummu fateh.=)

    BalasPadam
  3. salam ummu umar al fateh,
    alhamdulillah dik rezeki, nanti ada rezeki boleh jaulah bawa al Fateh jumpa umar al Fateh pulak :)
    Mudah-mudahan ada rezeki untuk itu. Ameen!

    BalasPadam
  4. Salam anis radzi,
    loh, kalu bagi tau awal-awal boleh ziarah kg anis :)

    Sejauhmana pun merantau, hati tetap terpaut pada kg halaman sendiri kan..

    BalasPadam
  5. Salam hani...

    Sungguh tenang bila tengok si kecil bila dalam keletihan kan? Tapi sedih bila si kecil ini juga lah dibuang buang seperti sampah...sedih sangat bila manusia bersikap seperti haiwan ini.

    Semoga fateh sentiasa menjadi pahlawan untuk uminya ini ye..:)

    BalasPadam
  6. salam amy,
    terima kasih atas doa. ameen!
    Bila bicara bab-bab buang bayi ni, hati seorang ibu amat2 terasa. Rasa yang amat2 sukar diungkapkan.
    Pembalasan Allah yang selayaknya. kan..

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in