Perkongsiaan ringkas

“Mengapa tidak kita kenalkan anak-anak kita dengan karamah yang dimiliki oleh para auliya’ juga mukjizat yang dimiliki oleh para nabi? Sedangkan kemampuan yang dimiliki oleh mereka ini jauh lebih hebat dan realiti berbanding kehebatan yang dipaparkan dalam cerita-cerita kartun ultraman, batman, spiderman..”


Begitu antara intipati siri pembentangan imiah dalam temufikir ulama’ nusantara yang diadakan di Kolej tempohari.

Ini antara isi yang sangat-sangat terkesan pada jiwa saya. Ya, sangat terkesan.

Kerana realiti yang saya saksikan kini kebanyakkan anak-anak kita yang masih mentah sangat-sangat taksub dengan kehebatan watak-watak ciptaan ini.

Sedangkan, peranan untuk mendidik anak-anak kita sebenarnya tertanggung ke atas kita. Tidak dinafikan jiwa anak-anak yang masih kecil lebih cenderung kepada sesuatu yang santai dan menarik.

Namun peranan kita sebenarnya untuk mencorakkan amanah Allah ini dengan didikan yang boleh mengukuhkan akidahnya terlebih dahulu, sebelum kita biarkan mereka dengan perkara-perkara tambahan yang lain, supaya mereka boleh membuat perbandingan, supaya mereka boleh membuat pertimbangan, supaya akidah mereka tidak mudah goyah walau berdepan dengan sesuatu yang meragukan.

Nama pun amanah Allah kan..memang berat untuk kita corakkan mereka, tapi ini adalah tanggungjawab kita. Moga Allah mudahkan kita dalam melaksanakan amanah ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in