Ahli Fitrahkah dia...?

Salam semua…

Saya dan suami sentiasa bersama, melakukan aktiviti seperti kerja rumah, membaca apatah lagi dalam mendidik anak. Semestinya. Kami bersama-sama menyambung pengajian peringkat sarjana di KUIN nun jauh di utara. Pergi bersama-sama, satu kereta dan banyak topik yang kami bualkan bersama. Alat bantuan untuk menghilangkan mengantuk sebenarnya :). Sabtu baru-baru ini kuliah subjek falsafah berkisar tentang al farabi. Seorang ahli falsafah Selepas al Kindi. Kalau al Kindi seorang ahli falsafah Islam berketurunan arab, namun farabi sebaliknya. Beliau adalah seorang yang berketurunan Parsi dari sebelah ayahnya manakala ibunya Turki asli. Kehidupan beliau sarat dengan aktiviti keilmuan. Apa yang menarik dalam perbualan kami ialah tentang arastu(Aristotle) seorang ahli falsafah Yunani. Di mana beliau berpandangan bahawa Tuhan itu tidak ada padanya ilmu “juziyyat” atau dengan bahasa mudahnya perkara yang lebih kecil dan khusus. Menurut Pensyarah Falsafah kami al Fadhil Prof. Dato’ Dr. Sayyid Muhammmad Aqil bin Ali al Mahdali, Tuhan bagi Aristotle pada ketika itu adalah raja. Maka adalah logik jika dikatakan bahawa “Tuhan” tidak tahu perkara Juz’iyyat.
Juga beliau berpandangan bahawa Aristotle adalah seorang ahli fitrah. Ahli Fitrah bermaksud seseorang itu tidak akan diazab dengan sebab tiada Nabi atau Rasul yang diutuskan Allah membawa ajaran Tauhid kepada mereka. Benarkah Aristotle seorang ahli Fitrah?
“abang…bukan ke dah ada nabi yang diutuskan sebelum tu, xkanlah ajaran tu x sampai kat dia?” Telahan saya untuk berdebat dengan suami. “Nabi-nabi terdahulu kan hanya diutuskan untuk kaum dia sahaja…bukan macam Rasulullah..” ringkas dan bersahaja jawapan suami yang lebih fokus kepada pemanduan tika itu. “betul juga kan.. x terfikir pulak.”
Baru terfikir betapa beruntungnya menjadi umat Muhammad. Ajaran Rasulullah untuk sekalian alam. Bukan hanya untuk bangsa arab sahaja sekalipun Baginda S.A.W dari keturunan itu. Terima kasih ya Allah atas anugerah ini!
Mengikut pandangan Pensyarah Aqidah dan Muqaranah Adyan( ilmu perbandingan agama) al Fadhil Prof. madya Dr. Gamel Ibrahim, Aristotle hidup sebelum masihi. Antara zaman nabi Allah Musa a.s dan Isa a.s. Beliau hidup dalam zaman yang tidak di utuskan nabi. Beliau seorang ahli fikir yang sentiasa berfikir dan mengeluarkan falsafah-falsafahnya yang kadang-kadang memeningkan kepala untuk difahami. Saya pun mahu berfalsafah juga….
Perbincangan kami terhenti setakat itu. Otak ligat berfikir dan akhirnya….hilang …Zzzz.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in