AL FATIHAH..

Hari itu dan tarikh itu Sabtu 27 Disember 2008, saya dan suami menghadiri dan meraikan hari bersejarahnya, menunaikan salah satu hak sesama muslim. Wajahnya ceria. Ceria dengan gelaran raja sehari. Bergelar suami kepada seorang isteri.

Dan pada tarikh 25 April 2010, sekali lagi saya dan suami datang menziarahinya, juga menunaikan antara hak terakhir ke atas seorang muslim, Ziarah tanda kami bersimpati dan mendoakan akan musibah yang menimpa. Pemergian isteri beliau menghadap Sang Pencipta setelah dua tahun menikmati ujian sakit.

Wajahnya tetap ceria. Walau ada sendu di wajahnya, namun masih boleh berlawak dengan suami juga ucapan penghargaan atas kunjungan kami.

Beliau adalah sahabat suami semasa sekolah dahulu, juga sahabat kami di KUIN. Tabahnya beliau. Semoga Allah swt menggolongkan dan menempatkan arwah isterinya bersama dengan para nabi dan syuhada’. Ameen.

Itu giliran dia, giliran dan masa kita dalam ilmuNya dan akan tiba. Semoga Allah swt mengakhirkan kehidupan kita dengan sebaik-baik pengakhiran. Ameen.





Sahabat(Syauqi) semoga engkau tabah dan sabar dengan ujian ini.Gambar di hari perkahwinan beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in