Beratnya Tanggungjawab itu


Usai imtihan final subjek perbandingan agama tempohari, sedikit lega bertandang di hati, namun lega bukan untuk selamanya, kerana amanah ilmu yang dipikul itu terlalu berat untuk diterjemahkan dalam konteks kehidupan sebenar.


Saya dan suami singgah sebentar di Radix Chicken House (RCH)di kota alor star itu untuk mengisi perut yang sejak tadi berkeroncong. Selalunya kami bertandang diRadix Fried Chicken (RFC). Petang itu suami ingin mengubah angin dan rasa " jom ke RCH, asyik RFC jer" ajak suami. "jom" laju ajakan bersambut. Otak yang penat menambahkan lagi rasa lapar. Emmm... sedap dan puas hati sangat-sangat di sini. Makanan di sini dijamin kehalalannya!




dan ini antara menunya..


Subjek Muqaranah Adyan

Subjek ini terlalu indah dan amat-amat menarik, semakin mendalam syarahan Dr Gamel semakin dalam hanyutan saya juga pelajar-pelajar yang lain dalam keindahan Islam. semakin terserlah kebatilan agama-agama lain. sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah adalah Islam. Saya menafikan infiniti peratus aliran fahaman pluralism dan liberalism yang sudah wujud di negara ini! Moga-moga Allah ,menampakkan yang benar itu sebagai yang benar di mata kita, yang batil itu sebagai batil di mata kita. Ameen.

Persoalan

Hati saya selalu berfikir, apabila seseorang itu matinya dalam kafir, apakah kita akan dipertanggungjawabkan atas kekafirannya itu?
Adakah dakwah Islam sampai padanya? Atau mereka menganggap agama mereka benar dan agama kita juga benar, dan apabila matinya, masing-masing melalui sebagaimana yang diyakini dan diiktiqadkan sewaktu di dunia?
Adalah jiran-jiran kita tahu akan kebenaran agama Islam?

Hati saya selalu merasa sayu apabila memandang mereka yang berusia dan beragama selain Islam. Bersaksilah kalian bahawa Tuhan (Allah) itu Esa, sungguh kalian tidak akan rugi buat selama-lamanya!

" aunty agama apa yer?" saya bertanya sebagai langkah untuk mengenalkannya dengan Islam. " aku budhha punya" dalam dialek cina beliau menjawab." oo.. aunty berminat tak nak tahu pasal Islam?" saya cuba masuk lagi." Ish..aku sudah tua maa...ini kaki pun sudah tak larat jalan. Macamana mahu belajar?".Keluhan aunty ini seolah-olah mengadu pada saya.
" Aunty tinggal sama siapa?" Saya semakin berminat ingin tahu.
" itu sama suami di rumah." jelasnya
"aunty kalau aunty berminat saya boleh ajarkan." sambung saya.
" aunty sudah tua, tak mau belajar-belajar lagi".jawabnya dengan alasan yang sama.

Perbualan kami terhenti setakat itu, lantaran saya mengejar masa ke pejabat. Aunty yang saya maksudkan di atas ialah seorang warga emas yang kerjanya setiap pagi ialah mengutip botol-botol terbuang untuk dijual. Dan dia selalu lalu di hadapan rumah saya mencari botol. Muka saya ceria apabila melihat aunty tersebut pagi-pagi, kerana dia membantu saya secara tidak langsung membersihkan rumah daripada botol-botol(apa-apa barang yang boleh dijual, kotak etc) tersebut.

Dalam hati saya berkata" alangkah untungnya kalau aunty ni Islam, Ganjarannya pasti atas tiap titik peluhnya itu!" dan dalam diam saya berharap semoga hidayah Allah singgah dan menetap di hatinya sebelum dia menutup mata.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in