Di sebalik RM50




“ Pak cik, ada tak nampak duit RM 50, kot-kot terjatuh kat sini?” saya bertanya dengan muka penuh harapan. “ Ish….takda la plak, tadi beli kat sini kan? Adik bagi p.cik tadi seringgit kan?”.P.cik tersebut bertanya meminta kepastian dalam nada ingin membantu.
“ a’ah, ermm…kalau macam tu tak apalah p.cik”. saya terus berlalu sambil mata melilau mencari, dalam kesibukan orang di pasar malam, saya masih menaruh harap, untuk mendapatkannya kembali. Kerana nilai RM50 bukannya jumlah yang kecil. Tambahan pula itu duit belanja yang suami berikan untuk membeli barangan dapur petang itu. Saya dan suami biasanya membeli barang-barang masak di pasar malam, kerana jarak yang dekat, pergi satu tempat semua ada dan banyak pilihan, juga kesibukan di hari minggu untuk ke pasar yang terletak kira-kira 5km dari rumah.

Suami saya juga turut mencari, hati saya berkata mustahil untuk mendapatkan kembali duit tersebut. Dalam suasana orang yang ramai, pelbagai ragam dan karenah, sukar ditentukan jujur amanah seseorang. “Kenapalah selalai ini” hati saya mula bertingkah. Syaitan mula membisik sangkaan yang buruk “ entah-entah p.cik tadi ambil, yelah mana tahu kan, depan kita nampak baik jer.”
Saya cepat-cepat beristighfar, begitu cepat menghukum orang lain atas kelalaian sendiri.
Akhirnya, saya redha, andai jumlah itu bukan rezeki kami. “ tu jadi duit zakat la tu” celah suami. Dalam hati saya berdoa semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Dan semestinya saya menghalalkan duit tersebut.


Sekembalinya kami ke kereta, baru saya teringat..” abang, bukan ke inah bagi pada abang duit RM50 tu balik, sebab penjual tadi tak ada ‘pecah’, then abang bagi RM10?” muka saya sedikit ceria. Saya baru teringat, saya tukar dengan suami duit RM50 tersebut dengan RM10, dalam waktu suami tengah sibuk berbual dengan kawannya.” Eh ye ker?”Suami cuba mengingat kembali. Laju tangannya menyeluk poket untuk memastikan benar sebagaimana yang saya katakana. Nah! Adapun RM50. Syukur, masih rezeki kami.

Pengajaran

Peristiwa ini benar-benar mengajar saya supaya lebih berhati-hati di hari-hari yang mendatang. Antara perkara penting yang saya belajar:

1. Jangan berurusan dengan sesiapapun yang tengah sibuk dengan urusan lain, seperti bersembang, berfikir kerana mereka sama sekali tidak akan perasan dan teringat celahan urusan kita dengannya.

2. Elakkan terlalu cepat berburuk sangka, bukan ke Nabi pesan, sebelum berburuk sangka, kita kena bawakan 70 dulu sangkaan baik terhadap seseorang sebelum kita mahu bersangka buruk dengannya. Contoh dalam kes tadi, saya kena bawakan 70 sangka baik pada p.cik tadi. Contohnya; mungkin p.cik ni memang tak perasan kot..atau.. duit saya tercicir di tempat lain. Kan susah tu nak cari sampai 70 sangka baik. Jadi, jangan ada hati nak bersangka buruk dengan orang sebelum cukup 70 sangka baik kita.

3. Jangan terlalu memikirkan tentang perkara-perkara keduniaan. Dalam kes tadi, saya bersungguh-sungguh mencarinya, dan hati cepat sangat sedih (saya memang jenis yang suka memikir, apa-apa pun). Bukan ke ulama’2 dahulu tidak berkisah sangat tentang harta dunia.

Saya tersenyum sendiri mengingati kisah ini. Ada lucu juga ada pengajaran!

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in