Antara emosi dan ilmu


Salam….pagi tadi sampai di pejabat, saya terus membuka laman motivasi, hajatnya ingin mencari sesuatu yang baru…menaikkan semangat, tiba-tiba muncul di skrin ym dari seorang sahabat…yang saya anggap sebagai adik, mengkhabarkan satu berita, rupa-rupanya Allah bagi motivasi dengan cara lain. Terima Kasih Allah!

Adik itu saya panggil deqla, mendapat tawaran dari KUIS, bererti dia akan meninggalkan saya juga sahabat-sahabat yang lain. Hati saya langsung terasa sebak, sebak kerana saya kehilangan seorang sahabat yang punya potensi tinggi, sahabat yang saya suka berlawak gaya adik dan kakak….

Itu emosi…tapi bila difikir-fikirkan dari sudut ilmiah….hati saya berkata..pergilah…timba pengalaman di tempat baru…kita tetap berada dalam bidang yang sama, perjuangan yang sama, walaupun sudah tidak sekantor… Sedih usah dicerita, kerana saya memang seorang yang mudah terusik hatinya..Lantaran itulah Islam mengajar supaya dalam apa jua keadaan, bertindaklah atas timbangan ilmu….bukan mengikut emosi..

Buat deqla, walaupun keputusan muktamad masih belum diputuskan, tahniah kak inah ucapkan, tahniah dari seorang kakak kepada seorang adik, tahniah dari seorang sahabat kepada sahabatnya dalam medan yang sama. Pesan kak inah :

1- Kutip pengalaman di tempat baru, dengan jiwa hamba, kerana kita adalah hamba.

2- Jangan biarkan persekitaran yang tidak elok mempengaruhi kita, dan manfaatkan semua yang baik

3- Jangan biarkan dalam apa-apa jua keadaan sifat takabbur wujud, kerana sifat itu layak hanya pada al-Khaliq

4- Jaga peribadi, juga keizzahan(kemuliaan) sebagai seorang wanita, Pastinya Allah akan memelihara kita!



Motivasi apa yang saya dapat? Motivasi untuk terus bersemangat dalam bidang ilmu. Wujud satu keazaman yang jitu jauh dalam diri, terpasak dalam dada, moga Allah mudahkan dan lorongkan jalan untuk saya, dalam usaha menyebarluaskan ilmu-ilmuNya. Ameen.

Carilah motivasi di mana-mana pun, dalam bentuk apa-apa sekalipun, kerana kita adalah hamba yang Allah kurniakan akal, untuk kita berfikir juga merenung dengan sedalam-dalamnya. Bagi menghasilkan natijah (keputusan) yang terbaik, buat diri kita, untuk manfaat sejagat!

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in