Kisah semut


Petang itu hujan turun lebat sangat. perancangan saya dan suami asalnya mahu keluar terpaksa dibatalkan. Rupa-rupanya ada sesuatu yang Allah nak ajar kami petang itu. Saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Sekumpulan semut yang tiba-tiba membentuk satu bulatan besar. Dalam keadaan yang kelam kabut. Masing-masing mengangkut telur di mulut masing-masing.

Saya cuba membayangkan yang saya berada dalam suasana mereka. Memang kelam kabut. Mereka meletakkan telur-telur itu di suatu tempat dalam keadaan yang amat cepat. Dan dalam masa yang sama telur-telur yang dikumpulkan itu diangkut semula ke satu tempat yang lain dan habis semua telur-telur diangkut dalam masa kurang satu minit. Juga semut-semut yang berkumpul seakan-akan bulatan tadi menghilang. Juga dalam kadar yang cepat.

Dalam kumpulan semut-semut tadi saya melihat ada seekor semut yang bersaiz agak besar dan dilindungi oleh sekumpulan semut-semut yang lain. Saya begitu asyik dan taajub!






Dan dari sudut yang lain, saya melihat ada segerombolan semut yang bersaiz berganda-ganda besarnya memasuki kawasan keluarnya semut-semut kecil tadi. Saya membuat teori sendiri, mungkin semut-semut besar ini menyerang penempatan semut-semut kecil tadi. mungkin.

Apa yang amat-amat menakjubkan saya ialah ketangkasan dan kecepatan makhluk Allah ini bertindak dalam saat-saat mereka diancam :

1: Masing-masing bekerjasama dalam situasi yang genting. Semut-semut tadi bekerjasa mengangkat telur-telur(aset mereka)

2: Melindungi ketua mereka

3: Apabila mereka diancam, mereka akan lari dam berkumpul di satu tempat sehingggalah arahan diberi mahu kemana,agar tidak berpecah (teori yang saya buat berdasarkan pemerhatian)

4: Cara semut bekerja, amat-amat cepat dan tangkas.

5: Apa yang saya ketahui, semut-semut ini mempunyai kumpulan (jenis masing-masing) yang disebut koloni. Kalau kita perasan apabila semut-semut ini berjalan dan apabila berselisih mereka seolah-olah bersentuhan. Sebenarnya apa yang mereka lakukan adalah untuk mengetahui samada semut itu temasuk koloninya atau tidak. Dan mereka mengetahuinya dengan bau yang keluar dari antena yang ada pada badan mereka.

6: Setiap semut-semut ini mempunyai tanggungjawab mereka dan tugas masing-masing. Dan mereka melaksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah.



Makhluk Allah yang kecil ini amat-amat memelihara tugasannya. Bagaimana pula dengan kita selaku makhluk yang diberi akal olehNya? Makhluk Allah ini juga sentiasa bertasbih memujiNya.Moga kita boleh mencontohi semut, kerana Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in