Ceria al Fateh (entri selingan)


Wajah ceria al Fateh ketika demam

Nama pun anak kecil, masih tidak faham apa itu sakit.

Tetap masih mahu bermain walaupun daya tenaga tidak seperti biasa.

Semalam saya ambil cuti, temankan Fateh, belai dia, usap dia, bermain mata dengannya. 24 jam bersamanya. Waktu yang saya sentiasa idam-idamkan, setiap hari.
Walaupun hanya dapat sehari, saya amat-amat menghargainya!

Petangnya demam bertambah baik.

Alhamdulillah! Syukur!

Adakalanya kita perlu bersikap seperti anak kecil. Tidak faham diri itu sakit. Maksud saya tidak terlalu layan dan manjakan sangat diri kita. Kita mesti kuat, dan yang paling penting, ceria!

Macam Fateh.

Anak ibu memang seorang pahlawan! Terima kasih kerana mengajar ibu sesuatu. Terima kasih dan terima kasih.

2 comments:

  1. Baguslah mcm tu, hani. Walaupun demam, tapi fateh gagah juga..taklah kita risau sgt tengok dia..=) Mmm..blog address baru saya..www.husnulkhatimah82.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam anis
    kan anis, anak-anak ni sebenarnya anugerah yang punya 1001 macam penawar.
    Dah tukar ejaan nama blog ek .:)
    k Jazakillah!

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in