Jasa al fateh

masyaAllah…

Debaran hati hanya Dia, Maha Pemilik segala hati yang tahu.

Kisahnya begini..

Pagi itu, sewaktu hampir untuk bertolak ke tempat kerja, berlaku suatu peristiwa yang cukup memberikan saya suatu pengajaran.

Sebelum mengunci pintu rumah, saya memasukkan dahulu al fateh ke dalam kereta. Dan Fateh mahu duduk di tempat pemandu, saya membiarkannya buat sementara waktu, dalam keadaan enjin terpasang, dan saya menutup pintu tidak rapat, tapi saya terfikir kalau-kalau Fateh bersandar dipintu dikhuatiri pintu akan terbuka.

Lantas saya mengambil tindakan menutup rapat. Namun saya masih risau kalau-kalau al fateh tertekan punat kunci, maka dia akan terkunci di dalam, sedangkan saya tidak ada kunci pendua, dalam keadaan saya telah memasukkan beg tangan, telefon bimbit, semua barang-barang penting berada di dalam kereta.

Habis sahaja lintasan tersebut di hati saya, dalam kecepatan saya ingin membuka pintu di bahagian sebelah penumpang hadapan….tup!

Ohh…apa yang terlintas tadi benar-benar terjadi. Subhanallah! Hanya Tuhan yang tahu debaran yang bertandang tanpa diundang itu…..
Namun dalam kerisauan itu hati saya masih mampu untuk bertenang. Saya masih waras untuk berfikir tindakan yang perlu diambil. Saya ketika itu 50-50.


Ikhtiar

Saya berusaha menarik perhatian al Fateh. Namun anak sebesar fateh masih tidak tahu situasi ketika itu. Malah al Fateh amat-amat ceria di dalam. Dia ketawa keseronokan. Mahu menenagkan ibunya mungkin.

Saya menayangkan kunci rumah kepadanya. Dalam masa yang sama menunjukkan isyarat ke arah kunci kereta yang terpasang berhampiran stering kereta. Al Fateh masih gelak-gelak di dalam, menekan punat pelbagai, memasang aircond tahap 2.

Ya Allah al fateh. Saya cuba lagi menarik perhatiannya. Mengisyaratkan dengan kunci rumah dan menunjukkan ke arah kunci kereta yang terpasang itu. Saya memberinya isyarat supaya menutup enjin kereta.

Dahulunya saya pernah merungut pada suami, al fateh sekarang dah pandai tutup enjin kereta. Kalau kitab pasang enjin, dia akan menutupnya kembali. Begitu juga dengan motor.



Sekarang saya sedar, saya amat-amat perlukan kepakarannya itu. Kepakaran untuk menutup enjin kereta.

Kali ketiga saya mengisyarat kepadanya, laju tangannya ke arah kunci kereta…dan tup..enjin dimatikan dan automatic kunci terbuka. Syukur ya Allah. Sukar untuk dibayangkan perasaan saya saat itu.

Terima Kasih fateh, fateh telah tolong ibu akibat kelalaian ibu.
Sungguh, ibu amat-amat berterima kasih. Fateh memang pahlawan ibu.

Suatu Pengajaran

Saya akui, tidak sewajarnya kita sebagai ibu bapa selalai ini. Saya cuba bertindak pantas, namun kepantasan anak kita mendahului kita. Jadi elakkan sebarang tindakan yang punya risiko.

Apa sahaja kemahiran dan kebolehan yang dicapai oleh anak kita, sekalipun pada pandangan kita berbahaya, jangan sesekali meluahkannya dalam bentuk rungutan.

Sewajarnya berdoa, semoga kebolehannya itu dapat dimanfaatkan.

Dan, peristiwa pagi itu, benar-benar menyedarkan saya. Kebolehan al fateh benar-benar membantu saya di saat genting.

Peristiwa pagi itu benar-benar mengajar saya!

Hargai dan doakan sentiasa pencapaian anak-anak ketika, setiap detik, setiap degupan jantung.

5 comments:

  1. cemasnya citer k.inah...ana ternnti2 apa pnyelamatnya...

    km pon prnh jd sekali mcm ni dgn abd rahman ms dia kacik...tp enjin tutup...berpeluh dia dlm keta..inyaalah x brulg lg....

    BalasPadam
  2. salam
    aisyah...
    sangat-sangat cemas kan...
    syukur tak ada apa-apa.
    memang kita kena sentiasa beringat.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah hani, semuanya selamat.
    Allah menggerakkan hati fateh untuk menutup enjin kereta. InsyaAllah, apabila menghadapi masalah kita berkomunikasi langsung dengan Allah, pasti Allah akan memberi jalan penyelesaiannya..=)

    BalasPadam
  4. ya Allah..berdebar akak baca kisah ni...syukur berakhir dengan baik...akak pun dulu penah ada pengalaman mcm ni..mmg trauma rasanya

    BalasPadam
  5. Salam,
    jom singgah tengok tungku moden kat blog saya
    http://bintanghatiummi.blogspot.com/2010/08/tungku-panas.html

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in