Ikhlaskah...?

Walaupun saya belum direzekikan untuk bersua muka dengannya, namun perbualan di alam maya ini mengukuhkan ikatan persahabatan ini. Juga banyak mutiara semangat dan ilmu yang saya manfaatkan dari beliau sepanjang pembacaan di blog juga perbualan melalui ym.

Sangat-sangat bersetuju dengan beliau, menulis, bercakap, berdakwah dan apa-apa sahaja, biarlah kerana Allah. Kalau kita berdakwah, ajak orang buat kebaikan, tegur perlakuan yang mungkar, dan ajakan kita tidak ada orang yang mahu mendengar, teguran kita tiada siapa yang peduli, adakah kita akan berhenti berdakwah?
Penulisan kita, tidak ada orang yang mahu membaca, adakah kita akan berhenti menulis?
Tentunya jawapannya tidak, jika semua dilakukan kerana Allah.
Kerana Allah tidak akan bertanya kepada kita akan kejayaan dan hasil yang kita dapat. Jadi apa yang Allah Tanya?

Allah akan tanya usaha yang kita lakukan..ya usaha, adakah kita berusaha berdakwah, adakah kita berusaha ke arah kebaikan?

Kisah Nabi Yunus

Saya teringat akan kisah nabi Allah Yunus a.s. di mana baginda diamanahkan Allah menyampaikan dakwah di sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Ninawa. Baginda berdakwah, namun penduduk perkampungan tersebut tidak menyahut seruan baginda sehingga baginda berputus asa daripada tugasan dakwah tersebut. Apa yang terjadi?

Allah swt menegur baginda dengan cara baginda dibuang ke laut melalui undian tiga kali berturut-turut, di mana nama baginda yang naik ketika dicabut undi, bagi menentukan siapakah yang akan dibuang ke laut, disebabkan kapal yang baginda tumpangi terlebih muatan. Akhirnya baginda ditelan seekor ikan yang besar.
Nabi Yunus tersedar daripada kesalahannya, lalu memohon ampun kepada Allah. Lantas baginda bertekad untuk menyambung semula tugasan dakwah baginda di perkampungan tersebut.

Apa yang Allah nak sampaikan pada kita?
Kesungguhan dan istiqamah kita dalam melakukan apa juga amalan dan perbuatan. Teruskan sekalipun tidak ada yang mahu mendengar, teruskan sekalipun tiada siapa yang mahu menghargai, yang pastinya Allah akan menilai setiap apa yang kita lakukan dan ganjarannya pasti.

Kisah nabi Allah Nuh a.s yang berdakwah beratus-ratus tahun tanpa jemu, juga amat wajar dicontohi, dan diteladani, walaupun baginda berdakwah dalam tempoh yang lama, bilangan yang manyahut dakwah baginda juga sedikit, namun baginda terus istiqamah tanpa jemu, kerana yang penting adalah usaha yang dilakukan, bukannya hasil di sebalik usaha tersebut.



Ya Allah, jadikanlah kami termasuk di kalangan hamba-hambaMu yang istiqamah dalam melakukan apa-apa jua amalan, ikhlas keranaMu, bukan kerana selainMu . Amen ya Rabbal Alamin.

4 comments:

  1. Alhamdulillah...terima kasih atas ziarah...ada YM. Noor Yuslida...add kan ya, ada rezeki boleh kita berukhuwwah.

    -ibunoor-
    http://www.ibunoor.com

    BalasPadam
  2. Oh ye ke tak boleh...jarang benar saya ber YM... Ok cuba alhuda_ny pula...takpun noor yuslida_zz

    Maaf ya menyusahkan.

    -ibunoor-

    BalasPadam
  3. saya sangat bersetuju..buat sesuatu kerana Allah dan tidak terlalu memikirkan soal outputnya yang penting berusaha dan terus berjihad dalam memperjuangkan agama Allah..

    BalasPadam
  4. to anis: semuanya indah bila segalanya kerana Allah kan..

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in