Pengawasan Allah vs Pengawasan manusia

Nampak di atas seolah-olah tidak layak digandingkan bersama, pastinya pengawasan dari Allah itu tidak ada tandingannya, dan tinggi darjatnya, namun realitinya kita sendiri, adakalanya merendahkan martabat itu. Bagaimana?

Kita lebih suka diri kita diikat dengan peraturan-peraturan yang dibuat oleh manusia. Tidak ada peraturan, maka kita merasa bebas untuk melakukan apa sahaja.

Waktu kerja kita banyak dihabiskan pada bukan perkara yang berkaitan dengan kerja. Makan melebihi waktu yang ditetapkan, bersembang, keluar jumpa kawan dan apa-apa sahaja yang tidak sepatutnya dilakukan dalam tempoh tersebut.




Tatkala peraturan dibuat, kita merasa seakan kita dikongkong, kebebasan kita disekat.

Sedangkan hakikatnya, peraturan itu dicipta atas tindakan kita, atas perbuatan kita yang jarang mengikut etika kerja dalam Islam.

Kita sendiri yang menurunkan martabat diri kita daripada pengawasan Allah kepada pengawasan manusia, walaupun hakikatnya Allah swt, sedikit pun tidak terlepas dari pengetahuanNya, dari pandanganNya segala tindak tanduk kita.

Contoh taqwa Saidina Omar

Bukan sekadar bait kalam yang indah apabila Allah swt menjanjikan Syurga buat hamba-hambaNya yang bertaqwa. Kerana jiwa taqwa itu amat-amat sukar dipraktikkan dan dijiwai melainkan bagi hamba-hambaNya yang kenal akan Khaliqnya, yang benar-benar mengimani akan adanya hari pembalasan.

Betapa besarnya impak hasil daripada beriman dengan hari pembalasan. Selitan dan iringan bersama keimanan kepada Allah.

Teladan silam yang dijelmakan oleh Khalifah kedua umat islam amat wajar dicontohi. Saidina Umar al Khattab, sanggup berbicara dalam gelap bersama anaknya, lantaran lampu yang digunakan ketika itu adalah milik kerajaan, dan hal yang dibincangkan adalah berkaitan peribadi.

Subhanallah! Hebatnya tarbiyyah yang nabi serapkan pada jiwa sahabat-sahabat baginda.

1 comments:

  1. salam..
    MasyAllah...kadang-kadang sememangnya kita leka dan lupa dengan pengawasan Allah dan kita terlalu taksub dengan pengawasan manusia..Sedangkan segala peraturan telah Allah tetapkan segalanya dalam Al-Quran. Hati ini kadang kadang alfa dengan pengawasan-Nya..Semoga Allah sentiasa mengingatkan kita yang selalu terlupa akan peraturan-Nya..

    p/s: Maaf andai saya tertiru dengan perkataan "VS" itu...secara kebetulan dan saya tidak perasan..

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in