Dua perkara yang seiring..




Salam.

Berita baik, berita buruk: dua perkara yang sering suami saya bawakan seandainya beliau ingin menkhabarkan sesuatu berita. Memang tidak pernah lari dari dua perkara ini.
Sehingga saya terdidik dengannya. Bagaimana?
Apabila kita membawakan sesuatu perkara pastinya ada pro dan ada kontra. Begitu amalan suami. Sungguh saya terdidik dengannya. Walaupun dalam situasi bersahaja. Juga sering seiring dengan soalan:”nak dengar yang baik dulu ke atau yang buruk dulu”. Contohnya begini:

Berita baik: abang kena pegi kursus minggu depan
Berita buruk: kena tinggalkan saya

Atau begini

Berita buruk: Tuan rumah nak jual rumah ni
Berita baik : Abah(ayah mertua) akan beli

Dan bila diamati dan direnungkan semula, minda saya terdidik supaya sentiasa memikirkan sesuatu yang positif seandainya timbul sesuatu yang negatif. Juga jangan lupa begitu juga saranan al-Quran. Dalam al Quran ada khabar baik juga khabar buruk. Ada targhib ( galakan) ada tarhib (ancaman). Ada wa’du(janji baik) ada wa’id ( janji buruk). Semuanya Allah letakkan berpasangan. Satu didikan Allah buat kita hamba-hambaNya. Didikan supaya akal kita sentiasa berfikir dan merenung apabila ingin melaksanakan sesuatu perkara. Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Minda merancang ingin melaksanakan sesuatu perkara, fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan baik dan buruknya. Perhalusinya sebaik yang mungkin.
Gunakan akal anugerah agung yang Allah kurniakan buat manusia. Anugerah yang membezakan manusia dengan binatang. Dan jika tidak digunakan akan menjadikan manusia itu lebih rendah martabatnya daripada binatang. Itu realiti dan hakikat!

Kerana dengan sebab ada akal, kewajipan solat itu ada. Dan hilangnya kewajipan bilamana akal telah tiada atau dengan istilah yang agak kasar (gila). Jadi hanya orang gila yang tidak solat. Fikir-fikirkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in