Indahnya bergelar ibu



Hari ini sekadar mahu berkongsi rasa...berkisah tentang nikmatnya anugerah 'ibu' buat saya..

Putera sulung al Fateh semakin membesar, kadang-kadang saya rasakan bagai bermimpi, punya anak yang berlari ke sana sini.Cuma saya masih menunggu, menunggu panggilan ‘ibu’ dilafazkan dari lidah si kecil ini.

Sudah menjangkau satu tahun satu bulan Allah pinjamkan anugerah ibu buat saya. Satu nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang mengecapinya sahaja yang tahu ‘nikmat’nya. Juga, sejak saya bergelar seorang ibu, saya dianugerahkan satu perasaan yang sejujurnya saya tidak pernah ada perasaan itu sebelumnya. Saya membenarkan penyataan ini “ seseorang itu tidak akan merasa bagaimana kasihnya seorang ibu kepada anaknya selagi dia tidak bergelar ibu”. Benar, kalau dahulu saya menidakkan, juga agak-agak ragu untuk menerima penyataan ini, namun, setelah saya menjadi ibu, saya membenarkannya! Juga mengakuinya.

Harapan

Saya berdoa, bermunajat, berharap, supaya Allah mengekalkan dan memanjangkan nikmat ini, supaya saya dapat terus mendidik anak-anak saya (anak-anak? ), mengenali Pencipta, mengenali kekasih-kekasihNya, mengenali pejuang-pejuangNya, mengenali segala-galanya, untuk akhiratnya. Supaya saya dapat mengingatkan mereka bahawa dari mana asalnya mereka, realiti persinggahan yang sementara ini, juga tujuan yang pasti di akhirnya. Saya berdoa dan terus berdoa. Dan saya juga yakin ini juga harapan semua ibu.

0 comments:

Catat Ulasan

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in