Alhamdulillah!






Alhamdulillah…


Sukar nak digambarkan perasaan, tatkala selesai ujian syafawi(lisan) dan tahriri(bertulis) al-Quran.

Jujurnya, seperti mahu menangguhkan ujian ke semester hadapan, namun saya tidak dapat menolak fitrah diri yang mahukan saya tetap dengan jalan yang diambil dari awal, ya, saya telah daftar untuk ambil ujian pada semester ini, mengapa mahu ditangguhkan lagi kepada semester berikutnya?

Saya mesti cuba. Ya, mesti.

Saya teringat petikan mafhum ayat al-Quran, apabila kamu telah berazam, maka serahkanlah urusan kepada Allah.

Adakalanya hati berbisik, tak payah ambil lah, tangguhlah semester depan, boleh kemaskini dan mantapkan hafalan. Betul juga. Hati mengiyakan.

Namun alhamdulillah, Allah anugerahkan kekuatan untuk meneruskan azam awal saya untuk mengambil ujian semester ini.

Dan alhamdulillah, lega rasanya apabila selesai melaluinya. Walaupun tidak semantap dan sehebat hafalan sahabat-sahabat yang lain.

Saya juga menanamkan satu keazaman yang baru, untuk terus menghafaz kalam-kalam sucinya. Mudah-mudahan saya dianugerahkan peluang untuk bergelar hafizah suatu hari nanti. InsyaAllah. Ameen ya Allah.

Terima kasih yang tiada akhirnya buat mak dan abah yang sentiasa menitipkan doa buat anak-anak. Nikmat yang amat berharga.

InsyaAllah, proses menghafaz al-Quran untuk al-Quran dua akan dimulakan dari sekarang.






Jom abang!

Indahnya dan tenang rasanya tatkala kalam suci lancar di lidah dan dihayati kandunganNya.
Ya Allah jadikanlah kami ahli al-Quran, da rezekikanlah kami membacanya sentiasa. Ameen ya Allah.
Fateh, Jawwad, jom ikut sama-samaibu dan baba hafaz al-Quran !

2 comments:

  1. Ya Allah..untungnye fateh dan jawwad..dikurniakan ibu dan baba yang Allah kurniakan kefahaman dan keupayaan untuk mengamalkan dan mnghafal..kurniaan yang bukan calang2..

    semoga membesar dgn berkat name fateh dan jawwad yang begitu tinggi nilainya insyaAllah!

    p/s: ummu fateh, teruskan perjuangan!

    BalasPadam
  2. Buat Ummu Muhammad

    Terima Kasih atas doa ya.

    Moga sama-sama mendapat saham bagi amalan baik yang kita lakukan. Ameen.

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in