Jangkitan Paru-paru




Pagi tadi, ketika asyik mengumpul bahan untuk menyiapkan modul subjek, telefon saya memberi isyarat mesej masuk


Maaf xdpt dtg usrah hr ni coz nafish kena thn wad kt hospital Kuala..kena jangktn paru..”


Ya Allah…moga Alah mudahkan semua urusan beliau dan sembuhkan anaknya. Ameen.


Dan saya terus mendapatkan maklumat tentang sakit jangkitan paru-paru, mudah-mudahan saya lebih berhati-hati dalam memantau kesihatan anak-anak.

Info yang saya dapat mengenai penyakit ini saya ambil dari sini.

Moga-moga dapat manfaat bersama.

Jangkitan Kuman Di Paru-paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri

daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan

(bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia.

Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau

bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang

merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada

keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala





Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya,

kanak-kanak akan mengalami :

Demam panas

Batuk dengan atau tanpa kahak

Sakit dada

Tiada selera makan, tidak mahu makan

Rasa tidak sihat, sering merengek

Pernafasan laju atau susah bernafas

Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut

perlu dimasukkan ke hospital:

Pernafasan laju

Sukar untuk bernafas

Bibir menjadi biru

Batuk berdarah

Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing


Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem

pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria,

antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.

Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

Paracetamol

Rehat yang secukupnya

Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.

Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk

mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.


Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil

immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)

Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)

Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat dokto


Ya Allah Anugerahkanlah kami kekuatan dalam menerima semua ujianMu ...Ameen.

1 comments:

  1. Amin Yarabbal'alamin...

    jemputlah follow blog saya yg tak seberapa ni hatimamaz.blogspot.com

    BalasPadam

Saya sangat suka dan sangat hargai komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in