Sukarnya...

Bila dah jadui ibu ni, baru terasa susah sebenarnya nak didik anak. Kan..

Senang lagi kalau kita anyam ketupat walaupun saya sendiri sebenarnya tidak tahu anyam.

Tapi nak terjemahkan dan nak beritahu betapa payah nya nak didk anak. Nak didik anak supaya betul-betul jadi hamba Allah.

Didik anak supaya kenal bahawa Allah yang ciptakan kita, Allah itu berkuasa

Didik anak supaya jadi hamba yang tahu erti syukur

Didik anak supaya tahu erti sabar

Didik anak supaya tahu…oo itu tak boleh buat….ya ini boleh buat….o itu salah, Allah marah,….yang ni nabi suka, jadi boleh la buat..

Didik anak supaya cintakan solat….merindui setiap waktu masuknya waktu solat…

Bila fikirkan ini semua…ya Allah…memang benarlah anak itu amanah

Amanah yang amat berat.

Kadang-kadang rasa mahu menangis seperti anak kecil…hati ini mahu berkata…Ya Allah datangkanlah pertolongan…datangkanlah kesabaran yang tinggi, …isk..isk..isk

Titik.

Fateh, Jawwad, tolong ibu ye...ibu sayang kalian berdua! Sayang yang sukar ditafsirkan.

Doakan kami...

Assalammualaikum

Ini Fateh



Ini pula Jawwad



Sekarang kedua-dua anak ibu sedang diuji Allah dengan sakit. Fateh demam dah sembuh, cuma masih batuk dan selesema, Jawwad pula batuk yang bersangatan.

Kalau dengar Jawwad batuk rasa sayu sangat. Kesian Jawwad sebab masih kecil.

Ibu ada baca petua kalau anak yang masih kecil (bayi) batuk, ambil kunyit hidup, asah belakang lesung batu, dan gaulkan dengan minyak. Kemudian sapu atas dada dan perut anak.

Pagi tadi sebelum mandikan jawwad baru ibu buat.

Semalam tak sempat nak buat petua ni. Pagi tadi sempat la dalam sejam Jawwad dilumurkan dengan kunyit.

Walaupun sejam je, tapi bernilai....ibu buat juga. Malam ni kita sambung lagi ye sayang.


Lagi satu petua, ambil bawang putih, bakar dan jangan sampai hangit, gaulkan dengan minyak dan sapu di dada dan perut anak.

Yang ini ibu belum cuba lagi. Kita cuba stu-satu dulu ye.

Fateh pula bila makan ubat Fateh doa " Ya Allah...sembuhkanlah Fateh...ameen ya Allah.

Pandai Fateh ibu. Fateh kena kuat tau. Tak boleh menangis dan mahukan ibu sepanjang masa. Fateh dah jadi abang. Abang yang kuat.kan..

Ibu pun terkena tempias demam fateh. Moga Ibu kuat untuk anak-anak dan baba.

Sekali sekala kita kena sakit, supaya kita tahu betapa nikmatnya sihat itu..kan

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami nikmat kesihatan yang berpanjangan. Dan bantulah kami dalam mensyukuri dan memanfaatkan nikmat-nikmat anugerahMu

Salam buat pahlawan cilik al Fateh dan al Jawwad…

Ibu dan baba sejak akhir-akhir ini diuji dengan kesibukan yang amat sangat..

InsyaAllah, jika Allah izinkan, ibu akan coretkan sesuatu dalam masa yang terdekat ini.

Doakan ibu ya!


Ya Allah….semoga kesibukan ini adalah kesibukan yang ada pahala di sisiMu.. Ameen!

Ya..ibu mesti kuat...!

“Terima kasih ibu…sedapnya ibu masak” …




Laju kata-kata itu meluncur dari mulut Fateh tanpa pelat. Terima kasih sayang….ibu hargai pujianmu itu.

Walaupun ibu tidak pasti sejauhmana pemahaman Fateh tentang ungkapan itu, namun ibu rasa amat terharu.

Betul kan, kita pulang dari kerja, penat, letih, lesu, tapi bila jumpa anak-anak, kelesuan itu berubah watak.

Ibu kena ambil pemakanan tambahan, supaya ibu kekal cergas, boleh tumpu pada anak-anak sekembalinya dari kerja.

InsyaAllah, selagi termampu ibu akan lakukan yeng terbaik.

Kadang-kadang ibu rasa ibu ni teruk sangat…cepat sangat rasa letih…

Ibu kena yakin, ibu mampu lakukan perubahan, ibu kena buat yang terbaik ..untuk baba, Fateh juga Jawwad.

Ibu kena dan mesti kuat untuk kalian, juga untuk Islam. Ya..ibu berazam!
Doakan ibu ya!

Salam sayang dari ibu buat kalian!

Kisah

Petang Jumaat tempohari, selepas balik kerja..

Ibu :“ Abang, inah cadang nak buat pembentangan kertas kerja, dekat usim bulan 9 ni, abang ada apa-apa tak masa tu?”

Baba: “ emmm…masa tu kan baru buka sekolah lepas raya..”

Ibu: “ Tapi kan bang, nak bentang tu kena bayar RM500 tau, mahal…”

Baba:” uish, mahalnya…baik bentang dekat sekolah abang, percuma , dapat saguhati lagi..”

Ibu :” hahaha..idea yang bagus..!

Info: Kebiasaannya pengajar di IPTS atau IPTA digalakkan membuat pembentangann kertas kerja, juga sebagai meningkatkan prestasi kerja. Apabila ada mana-mana institusi yang menganjurkan seminar, maka digalakkan membuat pembentangan, dan kebiasaannya setiap pembentangan ada yuran yang perlu di bayar. Bayaran biasanya sekitar RM 300- RM 500. Mungkin ada yang lebih.

Pahlawan al thani : Muhammad al jawwad

Alhamdulilah…

Syukur dan syukur dan syukur atas anugerahNya.

18 Februari 2011, tarikh yang tidak dijangka….pagi Jumaat yang tenang itu,



adik al Fateh, Muhammad al Jawwad selamat menjengah dunia.



Kehadiran pahlawan ke dua ini sungguh anugerah yang tidak diduga, Allah memberi tanpa sempat ibu dan baba menadah tangan memohon….sungguh, nikmat yang Allah beri, masih banyak yang belum sempat disyukuri, didatangkan lagi dengan nikmat melimpah-limpah.

Dahulunya kelahiran al fateh...

Dan kisah kelahirannya boleh dibaca di sini


Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat kurniaMu…amen.

Kelahiran al Jawwad ternyata amat berbeza dengan al fateh, 17 hb Februari, khamis, ibu, baba dan Fateh ke al Ridzuan Ipoh untuk scan Jawwad yang masih di dalam rahim… dan dalam perancangannya, mahu melahirkan al Jawwad di situ.


“kepala masih belum masuk ke laluan, dalam sehari dua ni mungkin belum lagi nak bersalin” komen Dr. Raofah, Dr. pakar di situ.

Emm…tak apa, tapi ibu rasa macam tak sabar nak melahirkan pahlawan ke dua ini…
Malam tu dalam pukul 12 lebih, ibu terasa sakit, rasa seperti sakit nak bersalin….seperti tidak percaya, betul ke ni sakit nak bersalin, sebab dr. kata dalam sehari dua ni belum lagi.

Malam tu ibu memang tak dapat tidur….sakit menyerang dalam selang masa yang singkat.

Dalam pukul 4.30 , ibu kejutkan baba, , baba solat, siapkan apa yang patut… al fateh masih tidur.

Masuk subuh, sakit semakin kerap…selepas subuh, ibu dan baba hantar Fateh ke rumah pengasuh, dan bergegas ke hospital. Baba ajak pergi ipoh, tapi ibu rasa al Jawwad dah nak keluar sangat dah.

Terus ke hospital Kuala Kangsar, terus masuk labour room dan tak sampai sejam ibu selamat melahirkan al Jawwad. Sungguh kelahiran yang tidak dijangka.. Due 26 hb. Tapi keluar seminggu awal.

Ibu teringat gurauan ibu dengan baba sebelum ke ipoh, semasa sarapan, ibu kata “ abang, entah-entah inah bersalin esok..”


Baba “ eh, janganlah..cepat sangat..”
Dan akhirnya gurauan itu jadi kenyataan.

Sekarang Jawwad dah hampir berusia 4 bulan. Dah besar pahlawan ibu ni. Al Fateh pun teruja untuk bermain dengan Jawwad.



Fateh dan jawwad



Jawwad yang persis wajah baba


dan ini..



InsyaAllah, ada masa ibu coretkan lagi. Sungguh, ibu amat-amat ketandusan masa, mungkin ibu yang tidak pandai menguruskan masa, namun ibu akan cuba yang terbaik.
Buat anak-anak ibu dan baba, Kalian adalah pahlawan Islam, aset Islam yang amat bernilai, InsyaAllah ibu dan baba akan berusaha mendidik kalian menjadi hamba-hambaNya yang berpegang teguh dengan Islam.

Perkongsiaan ringkas

“Mengapa tidak kita kenalkan anak-anak kita dengan karamah yang dimiliki oleh para auliya’ juga mukjizat yang dimiliki oleh para nabi? Sedangkan kemampuan yang dimiliki oleh mereka ini jauh lebih hebat dan realiti berbanding kehebatan yang dipaparkan dalam cerita-cerita kartun ultraman, batman, spiderman..”


Begitu antara intipati siri pembentangan imiah dalam temufikir ulama’ nusantara yang diadakan di Kolej tempohari.

Ini antara isi yang sangat-sangat terkesan pada jiwa saya. Ya, sangat terkesan.

Kerana realiti yang saya saksikan kini kebanyakkan anak-anak kita yang masih mentah sangat-sangat taksub dengan kehebatan watak-watak ciptaan ini.

Sedangkan, peranan untuk mendidik anak-anak kita sebenarnya tertanggung ke atas kita. Tidak dinafikan jiwa anak-anak yang masih kecil lebih cenderung kepada sesuatu yang santai dan menarik.

Namun peranan kita sebenarnya untuk mencorakkan amanah Allah ini dengan didikan yang boleh mengukuhkan akidahnya terlebih dahulu, sebelum kita biarkan mereka dengan perkara-perkara tambahan yang lain, supaya mereka boleh membuat perbandingan, supaya mereka boleh membuat pertimbangan, supaya akidah mereka tidak mudah goyah walau berdepan dengan sesuatu yang meragukan.

Nama pun amanah Allah kan..memang berat untuk kita corakkan mereka, tapi ini adalah tanggungjawab kita. Moga Allah mudahkan kita dalam melaksanakan amanah ini.

Spagetti cinta

Kelmarin, sekembali ke rumah, fikiran menerawang , berfikir menu apa nak masak untuk makan malam….fikir punya fikir, Alhamdulillah dapat idea nak masak spagetti Bolognese..(betul ke ejaan). Memandangkan bahan-bahan semua dah ada, saya pun terus memulakan operasi..


Dan hasilnya…




Dalam kesibukan bekerja, saya kalau boleh berusaha untuk menyediakan masakan di rumah. Saya tahu orang lain lagi bagus dalam hal-hal macam ni kan…Ya…saya pun mesti berusaha seperti mereka. Air tangan kita sebenarnya memberi kesan kepada hubungan dalam keluarga.


Saya berusaha untuk belajar dan mencuba pelbagai jenis resepi, yang termampu, spagheti ni saya masak untuk kali ke dua, kali pertama masa jamuan di kolej, Alhamdulillah dapat respon positif daripada rakan-rakan.

Spagetti yang saya gunakan kali ni ialah spagemee, keluaran bumiputera Islam, dan rasanya sangat-sangat sedap.




Saya tahu saya tidak sehebat mereka-mereka yang memang pakar dalam bidang masakan, namun, dengan kemampuan yang saya ada, saya berusaha untuk melakukan yang terbaik.
Dan baba denganh fateh makan berselera malam itu..seleranya mereka cukup membuatkan saya rasa amat gembira dan berpuas hati!


Dua orang pahlawan yang sentiasa di hati saya!

Istimewa buat B.AB.A.

Baba…

Terima kasih yer….

Baba banyak tolong ibu..

Sejak dari awal kahwin lagi
Sampai sekarang, ibu tak terbilang pertolongan yang baba hulurkan buat ibu, kadang-kadang ibu rasa kerja tu ibu yang patut buat, tapi baba buat….terima kasih sesangat!

Dari mula sebelum dianugerahkan cahayamata, sampai sekarang setelah Allah anugerahkan cahayamata (al-Fateh), baba sentiasa tolong ibu.

Di tempat kerja, komitmen baba sangat banyak, baba mengajar, baba juga terlibat dengan pentadbiran. Kadang-kadang balik rumah sama macam waktu orang pejabat.

Namun perhatian baba pada ibu dan fateh tidak pernah kurang. Baba cuba penuhi kehendak semua orang. Sampai kadang-kadang membuatkan baba sangat penat. Mental dan fizikal. Ibu faham.

Buat baba yang ibu dan Fateh kasihi, terima ini hadiah dari kami:


ditempah khas dari dreamchoc

Kami saaayang baba dunia akhirat!

terima kasih abang!

Terima Kasih abang!!
Malam tu suami saya balik lambat,bawa abah(ayah mertua saya) check up ke hospital Columbia asia di taiping.

Seperti biasa selepas pulang dari kerja, saya menyediakan makan malam. Masak yang mudah-mudah.


Masak lemak ikan tenggiri



sayur campur

Sebetulnya hari ahad yang lalu hari ulangtahun kelahiran saya yang ke 29. Tidak ada apa-apa yang istimewa pun. Tambahan pula ayahanda saya masih sakit.

Sekembalinya ke rumah, saya di dapur, tiba-tiba al fateh datang dan bawa pada saya pisau pemotong kek "nah ibu, baba bagi"

saya 'aiks..mana fateh dapat pisau ni...(pisau plastik)?

Fateh " baba" sambil menunjukkan pada baba.

Rupa-rupanya baba belikan kek. Terima kasih baba!






al Fateh al Mujahid

Salam buat semua..

Saya dan suami dalam fatrah(tempoh) peperiksaan. Doakan moga Allah anugerahkan kejayaan buat kami. Moga apa jua yang ditetapkan adalah yang terbaik buat kami. ameen.

Sedikit perkembangan al fateh, dah lama saya tidak menceritakan perkembangan putera sulung seorang ini.

Al Fateh semakin membesar, dan pergerakannya semakin lasak. Anak lelaki kan.
Sebutan patah kata yang keluar dari mulutnya juga semakin lancar alhamdulillah. al fateh boleh dikatakan percakapannya kurang pelat.

Fateh dah boleh menyusun ayat. walaupun ayat yangh dituturkan tidak banyak tapi cukup membuatkan ibu dan baba gembira.

" ibu, qum (bangun)" "baba tido"
Fateh juga semakin mengenali jenis-jenis kenderaan seperti lori, van , bas.
Semakin mengenali gambar siapa yang ditunjukkan padanya. "macik, tok, uwan, masu, baba, ibu"

Juga Fateh semakin menunjukkan minatnya untuk belajar. bagus anak ibu!

Semoga saya dan suami dapat mendidik amanah Allah ini sebaiknya, seperti yang dikehendakiNya.



malam tu masa saya membaca al-Quran Fateh bersungguh mahu membaca, saya ajak dia duduk tepi dengar saya baca, fateh enggan, akhirnya Fateh ambuil sendiri al-Quran ni yang terletak berhampiran.



Semoga semangat ini terus menguasai jiwamu sehingga besar!



"Bila lah Fateh boleh baca al-Quran macam ibu ngan baba ek?"



Masa ni Fateh baru bangun tidur, terus cari buku dengan pensil warna.Tapi sempat lagi bergambar :)

Ibrah suasana

Setiap pagi, setiap hari-hari bekerja saya melalui lorong yang pada saya seakan-akan mati, lorong yang mempunyai deretan rumah-rumah besar, Kereta-kereta mewah.


Mati bukan kerana penghuninya tiada, mati bukan kerana tiada sebarang aktiviti di situ, mati kerana jiwa penghuninya yang tidak kenal kepada Pencipta mereka


Mereka sibuk berurus niaga, berjual beli memenuhkan perut dengan selera tekak masing-masing.
Seringkali anjing-anjing belaan mengiringi tuannya beraktiviti turut kelihatan.


Namun rohani mereka tenyata kosong tidak berisi, dakwah tidak sampai?? Soalan yang sering menduga hati dan sukma saya.

Jalan yang saya lalui ini adalah jalan pintas ke rumah pengasuh,lebih selesa melalui jalan ini kerana tidak sesibuk jalan biasa. Kerana sentiasa melalui jalan ini, ragam manusia-manusia di sini terakam kemas di memori saya tanpa saya sedar. Mungkin menuntut sedikit kesimpulan jua sedikit pengajaran yang boleh saya simpulkan.


Saya tidak pasti matlamat yang mereka lihat, matlamat mengapa mereka dijadikan, matlamat mengapa mereka hidup dengan cara sekian, sekian. Saya juga tidak pasti apa yang mereka nampak akan hakikat sebenar kehidupan ini.


Yang pasti, saya akan berusaha mencorak, membentuk, mengacu jiwa dan peribadi anak-anak saya, agar mereka kenal pada pencipta, tahu dengan pasti matlamat sebuah kehidupan, tahu akan hakikat kehidupan sebenar di akhirat sana.


Allah…
Bantulah kami dalam membentuk jiwa-jiwa kami
Dalam membentuk jiwa anak-anak kami
Agar sentiasa kekal dalam acuan Mu dan RasulMu
Agar kami terpilih menghuni firdausiMu.
Ameen ya Rabbal ‘alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in