Indahnya bergelar ibu



Hari ini sekadar mahu berkongsi rasa...berkisah tentang nikmatnya anugerah 'ibu' buat saya..

Putera sulung al Fateh semakin membesar, kadang-kadang saya rasakan bagai bermimpi, punya anak yang berlari ke sana sini.Cuma saya masih menunggu, menunggu panggilan ‘ibu’ dilafazkan dari lidah si kecil ini.

Sudah menjangkau satu tahun satu bulan Allah pinjamkan anugerah ibu buat saya. Satu nikmat yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Hanya orang yang mengecapinya sahaja yang tahu ‘nikmat’nya. Juga, sejak saya bergelar seorang ibu, saya dianugerahkan satu perasaan yang sejujurnya saya tidak pernah ada perasaan itu sebelumnya. Saya membenarkan penyataan ini “ seseorang itu tidak akan merasa bagaimana kasihnya seorang ibu kepada anaknya selagi dia tidak bergelar ibu”. Benar, kalau dahulu saya menidakkan, juga agak-agak ragu untuk menerima penyataan ini, namun, setelah saya menjadi ibu, saya membenarkannya! Juga mengakuinya.

Harapan

Saya berdoa, bermunajat, berharap, supaya Allah mengekalkan dan memanjangkan nikmat ini, supaya saya dapat terus mendidik anak-anak saya (anak-anak? ), mengenali Pencipta, mengenali kekasih-kekasihNya, mengenali pejuang-pejuangNya, mengenali segala-galanya, untuk akhiratnya. Supaya saya dapat mengingatkan mereka bahawa dari mana asalnya mereka, realiti persinggahan yang sementara ini, juga tujuan yang pasti di akhirnya. Saya berdoa dan terus berdoa. Dan saya juga yakin ini juga harapan semua ibu.

Boikot

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Nestlé-Free Zone



Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang boikot. Sememangnya saya seorang yang tegas dalam bab-bab berkaitan pemboikotan. Dan sememangnya ianya merupakan satu bentuk jihad yang saya mampu lakukan setakat ini. Alhamdulillah. Cuma dalam situasi yang tertentu tidak dapat dielakkan.

Saya memboikot semua barang-barang yang ada kaitan dengan USA. Setiap kali nafsu merayu, juga meronta untuk dipuaskan, fikiran terbayang kesengsaraan bayi, kanak-kanak, abang, kakak, pak cik, mak cik nun di bumi Palestin. Walaupun tidak punya apa-apa ikatan, namun ikatan saudara seakidah, ikatan saudara satu ikrar dengan mudah melenyapkan rayuan nafsu itu. Saya masih mampu hidup tanpa menggunakan produk keluaran mereka, saya juga mampu hidup tanpa memakan makanan yang ada kaitan dengan mereka.

Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat saudara-saudara seislam di bumi barakah itu.

Yang terbaru (atau mungkin saya yang baru terbaca), seruan untuk kita memboikot Nestle. Terutama produk untuk bayi. Anak kita sengsara, mereka-mereka itu terus kaya dengan duit yang kita laburkan. Saya ingin kongsikan ini…

As you probably know, I support the boycott of Nestlé products.

According the the World Health Organisation Authority (WHO) 1.5 million babies die every year as a result of inappropriate feeding. Despite this Nestlé continues to push its baby milks in breach of international standards.

Monitoring by groups on the ground around the world shows Nestlé is responsible for more violations than any other company. That's why it is singled out for boycott action.

If you don't boycott Nestlé already, I ask that you consider looking at the evidence and giving up Nestlé products, or at least its principal brand, Nescafé coffee.

The boycott has forced some changes from the company, but it is still a long way from complying. Campaigners are also working for laws. Nestlé can comply when it is given no choice. It is not being asked to do something that is impossible, but without pressure it continues to put its own profits before infant health and mothers' rights.

You can find out more information and look at the evidence yourself on the Baby Milk Action website at:

http://www.babymilkaction.org/resources/boycott/nestlefree.html

You can sign up there to support the boycott.

It is important to tell Nestlé you will be boycotting it until it accepts and acts on the plan put to it by boycott groups for saving infant lives.



Nestle free zone

SUARA HATI..




Hasrat hati mahu jadi seorang penulis
Seorang penyair
Seorang yang pandai bermain bahasa
Seorang yang pandai mengadun setiap butir kalimah
Agar setiap orang yang baca
Akan mengagumi..
Akan terkesan..
Akan menjadikan diri ini idola

Namun..
Aku tahu..
Siapa aku..
Kemampuanku..
Kebolehanku..

Juga..
aku juga tahu
bahawa aku tidak sehebat mereka-mereka itu..
Namun aku juga tahu..
Mereka juga tidak sehebat aku..

Dengan ini..
Aku akui setiap orang
Dikurniakan kebolehan dan kehebatan tersendiri
Apa yang penting
Manfaatkan ia sebaiknya
Untuk agamaNya
Untuk manfaat manusia sejagat
Tidak kira siapa kita
Masing-masing punya peranan
Masing-masing punya tanggungjawab
Masing-masing punya fungsi..

Dan..
Tanggungjawab itu..
Peranan itu…
Juga semua itu…
Akan dipersoalkan kelak.

Oo Allah…please guide me…

Dua perkara yang seiring..




Salam.

Berita baik, berita buruk: dua perkara yang sering suami saya bawakan seandainya beliau ingin menkhabarkan sesuatu berita. Memang tidak pernah lari dari dua perkara ini.
Sehingga saya terdidik dengannya. Bagaimana?
Apabila kita membawakan sesuatu perkara pastinya ada pro dan ada kontra. Begitu amalan suami. Sungguh saya terdidik dengannya. Walaupun dalam situasi bersahaja. Juga sering seiring dengan soalan:”nak dengar yang baik dulu ke atau yang buruk dulu”. Contohnya begini:

Berita baik: abang kena pegi kursus minggu depan
Berita buruk: kena tinggalkan saya

Atau begini

Berita buruk: Tuan rumah nak jual rumah ni
Berita baik : Abah(ayah mertua) akan beli

Dan bila diamati dan direnungkan semula, minda saya terdidik supaya sentiasa memikirkan sesuatu yang positif seandainya timbul sesuatu yang negatif. Juga jangan lupa begitu juga saranan al-Quran. Dalam al Quran ada khabar baik juga khabar buruk. Ada targhib ( galakan) ada tarhib (ancaman). Ada wa’du(janji baik) ada wa’id ( janji buruk). Semuanya Allah letakkan berpasangan. Satu didikan Allah buat kita hamba-hambaNya. Didikan supaya akal kita sentiasa berfikir dan merenung apabila ingin melaksanakan sesuatu perkara. Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Minda merancang ingin melaksanakan sesuatu perkara, fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan baik dan buruknya. Perhalusinya sebaik yang mungkin.
Gunakan akal anugerah agung yang Allah kurniakan buat manusia. Anugerah yang membezakan manusia dengan binatang. Dan jika tidak digunakan akan menjadikan manusia itu lebih rendah martabatnya daripada binatang. Itu realiti dan hakikat!

Kerana dengan sebab ada akal, kewajipan solat itu ada. Dan hilangnya kewajipan bilamana akal telah tiada atau dengan istilah yang agak kasar (gila). Jadi hanya orang gila yang tidak solat. Fikir-fikirkan.

Rezeki juga..



Susu perahan hari ini 6 oz jer....alhamdulillah


Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni susu makin sedikit,kadang-kadang hati saya rasa sedih dan agak bercelaru memikirkan perkara ini.
Saya cuba menanamkan keyakinan ini dalam hati, keyakinan bahawasanya sukatan ini, hasil perahan hari ini cukup untuk putera cilik saya. Apa yang Allah tentukan itu sememangnya cukup untuknya. Tidak ada istilah tak cukup,juga tidak ada istilah pembaziran. Dan dalam masa yang sama saya mesti berusaha untuk memperbanyakkan lagi susu. Pasti.Susu ibu adalah yang terbaik buat anak-anak kita. Anugerah Allah yang tiada tandingan. Boleh dinikmati oleh si anak di mana-mana, setiap masa dan ketika. Saya sendiri selesa dan amat menyukainya.

Juga apabila ke tempat kerja, rutin wajib ialah luangkan sedikit masa untuk mengepam rezeki untuk anak. Terlalu banyak kebaikan menyusukan anak dengan susu ibu. Mungkin akan dikupaskan di lain masa dan ketika. InsyaAllah.

Menjadualkan ibu?



Fateh tolong ibu taip..(di rumah tok che dan tok nah)

Saya seorang ibu yang bekerja. Namun itu bukannya alasan untuk lari daripada memikul galasan tanggungjawab, mendidik juga mentarbiyyah “my little khalifah”. Jangan sampai sibuknya kita sehingga terabainya amanah Allah itu dan anak mendapat akibat disebabkan ketidakcekapan kita membahagikan masa.

Dengan ini ibu berusaha menyusun jadual buat ibu (bukan buat fateh) untuk mula mencipta situasi pembelajaran juga pentarbiyyahan yang menyeronokkan buat fateh.



Minggu pertama: Kenal Alif Ba Ta dan sahabat-sahabatnya
Minggu Kedua: Kenal ABC and the geng
Minggu Ketiga : Mari bercerita ( Para nabi)
Minggu Keempat : Kenali Pencipta

Ini adalah lakaran kasar panduan buat ibu. Semuanya akan berubah mengikut kesesuaian masa. Ibu dan baba akan cuba laksanakan amanah ini sebaiknya. Dan ibu juga baba sama sekali tidak akan memaksa untuk fateh mengikut semua ini (kerana ini panduan buat ibu kan..:). Semua perancangan ini ibu akan laksanakan secara santai. Kerana anak kecil jika dipaksa dan terlalu konsisten dia akan jemu.Biarkan dia menentukan keselesaannya dengan kawalan kita!

Bertazkirah sebentar..

Salam


Anak kecil ini mula berkomunikasi dengan alam, secara langsung, dengan dirinya. Tergambar keseronokan di wajah kecil ini bila ibu dan baba memberikan sepenuh kebebasan kepadanya untuk dia meneroka alam ini. Tidak lagi dikawal, namun masih dalam perhatian. Bukan dibiarkan, tapi memberikan peluang dan ruang untuknya rasa dipercayai, untuk dia membina keyakinan. Walaupun masih mentah dan tersangat kecil, namun perlu dilatih, agar kelak tidak lagi tertatih.






Benda pertama yang disentuh oleh fateh ialah tanah. Disentuh tatkala terjatuh. Ibu dan baba membiarkan fateh bangun sendiri, hanya melihat, tidak membantu, supaya dia belajar untuk bangun apabila terjatuh. Kerana mereka yang tidak pernah jatuh, tidak akan tahu bagaimana caranya untuk bangun semula.

Tertarik untuk membicarakan tentang tanah. Juga ingin berkongsi kuliah perbandingan agama tempoh hari. Tanah satu unsur penting dalam alam. Juga merupakan asal kejadian adam a.s.. Dan Allah mengingatkan bahawa asal kejadian bukan menjadi ukuran untuk meletakkan diri lebih mulia dari yang lain. Sebagaimana murkanya Allah pada Iblis laknatullah, kerana teganya dia mengambil sifat yang layak hanya pada al Khaliq. Sifat takabbur, merasa diri besar, merasa diri mulia, hanya kerana api asal kejadiannya.

Jika saya, kamu, awak dan kita semua mengamati semula peristiwa dan kejadian dalam syurga, kita akan dapat merasakan bahawa apa yang berlaku di syurga merupakan satu latihan dan gambaran awal tentang hakikat kehidupan di dunia. Bagaimana?
Begini, dalam syurga Allah s.w.t memberikan segala macam nikmat, segala bentuk kesenangan, kamu boleh nikmati yang ini, kamu boleh ambil yang itu tapi jangan ambil yang ini, jangan makan buah pohon ini. Kalau langgar larangan ini maka akibatnya begini. Maka apa yang terjadi? Iblis dengan janjinya pada tuhan untuk menyesatkan manusia sampai saat akhirnya dunia mula memainkan peranan. Adam a.s mula dihasut. Dalam pendapat kebanyakan ulama’ adam a.s termakan pohon buah itu kerana terlupa( sebahagian ahli ilmu menamakan pohon itu adalah pohon khuldi, namun jumhur ulama’ menidakkan kerana khuldi itu ialah nama yang diberikan syaitan lantaran sesiapa yang memakan buah itu akan terus kekal dalam syurga Allah. Khuldi dalam bahasa arab bermaksud kekal).

Satu pengajaran buat kita: Jangan sesekali percaya pada hasutan syaitan walaupun sebesar zarah. Buang jauh bisikan-bisikan halus tersebut.
Maka kaitannya dengan realiti kehidupan di dunia begitu juga, Allah s.w.t memberikan segala bentuk kenikmatan kepada kita, Juga jangan lupa Allah s.w.t meletakkan beberapa batasan-batasan yang mana kita tidak boleh melanggarnya. Jika tidak maka tunggu akan janjinya. JanjiNya pasti!

Buatmu al Fateh...

posse istimewa daripada fateh....








juga yang ini: "ibu, fateh masih tidak tahu untuk membuat pilihan" :







dan hasilnya: hadiah buat fateh daripada ibu dan baba. Simboliknya: ibu dan baba bukannya mahu mengajarmu dengan harta, namun ini adalah merupakan satu bentuk latihan untukmu belajar menjadi pemimpin...memandu kereta mini ini, menuju lokasi yang engkau rasakan bermanfaat. Bukankah dalam bahasa arab memandu itu (قاد يقود)dan kita akan kata saya memandu kereta (أقود السيارة). dan (قيادة) itu masdar atau kata terbitan yangb bermaksud kepimpinan. Nah....manfaatkannya sayang. Ibu dan baba yakin engkau akan memahami simboliknya hadiah ini! Juga ,karaktermu yang lasak....maka puzzle abc gaya ini yang sesuai..








dan wajah ceria fateh:


Bingkisan buatmu


Salam…

Buat hari ini ibu nak titipkan bingkisan sms daripada insan2 yang ibu sayangi..

Bingkisan dari mak tok:
“Maaf mak lupa nak ucap hari lhr fath, mak ada beli bj untk alfath. Ok la inah mak doakan alfath chat2 dan jadi anak yg soleh.”

Juga dari mak lang:

“Sanah helwah ya jamil..:) genap setahun dah anak m. lang ni. Didoakan smg umur fateh diberkati dn dirahmati sllu. P.lang ada beli hadiah ni..nak mai la cni..”

Juga dari acik Khalisah sahabat ibu dunia akhirat:

“ Selamat hari lahir yang pertama buat fateh. Mg ibu dan babanya terus bahagia dgn nikmat Allah yang besar nilainya”.




Muhammad al Fateh Bin Mohammad Fuad:Setahun sudah usiamu sayang


Hari ini 9 Februari 2010 genaplah usia putera Muhammad al fateh setahun. Terasa bagai baru semalam ibu melahirkan mu sayang. Masih terasa kesakitan bila diingat saat itu. Penuh debar, takut, risau dam bermacam2 lagi perasan yang bertandang di hati ibu. Allah sandaran utama ibu. Baba di sisi menenangkan ibu dan meniupkan semangat. Semangat yang ibu tidak boleh beli dari mana2. Ibu takut kalau-kalau ini merupakan yang terakhir ibu melihat dunia. Siapa tahu. Tiada siapa mampu bagi jaminan. Melahirkan merupakan saat di mana seorang ibu bertaruh nyawa. Bagi membolehkan anak dalam kandungan menjengah dunia. Dengan izinNya pasti.
Sakit ibu sedari pagi (4.30) 9hb 2 2009. Ibu tak boleh terlelap. Mata ibu mengantuk amat. Ibu tawaf dalam rumah bagi menghilangkan kesakitan itu yang bertamu tanpa jemu. Kerap. Ibu merasakan 'nikmatnya' sakit ini sayang untuk menyambutmu. Sungguh! Ibu tidak sabar.
9/2/2009 jam 8.15 pagi baba hantar ibu ke hospital. Darah keluar agak banyak dari semalam. Ibu disambut oleh jururawat wad bersalin dengan begitu mesra. Sedikit mengurangkan ketakutan ibu. Terus dibawa masuk ke wad bersalin untuk cek bukaan rahim.. Bukaan 4cm. Ibu terus ditahan dalam labour room. Perut ibu dipasang dengan alat untuk mendengar dengupan jantungmu sayang. Seolah-olah degupan itu bertasbih. Indah amat.
Cek bukaan kali kedua agak menghampakan ibu. Bukaan rahim 3cm. Sedikit menguncup. Allah…kenapa sayang..? Masih tidak puas di alam rahim? Atau mahu menenangkan ibu… Seindah makna nama ibumu ini .. :)
9/2/2009 jam 3.00ptg sakit ibu semakin kerap. Selang seminit. Wad pula menjadi tempat tawaf ibu. Jururawat siap tegur lagi suruh ibu rehat. Dan maklumkan pada mereka kalau-kalau ibu dah nak bersalin.
9/2/2009 jam 5 ptg, sakit yang sukar untuk ibu gambarkan disini. Azan asar baru berkumandang. Ibu mahu gagahkan diri untuk langsaikan tanggungjawab itu,namun ibu x berdaya. Sakit sayang. Ibu terus dibawa ke labour room. Cek bukaan. 6cm. alhamdulillah. Ibu terus ditahan dan langsung tidak dibenarkan keluar. Sakit semakin kerap. Bising wad dengan bunyi loceng kecemasan ibu. Bukaan rahim diperiksa lagi.Dan kini rahim ibu sudah terbuka 9cm. syukur Ya Allah. Bila-bila masa sahaja ibu akan melahirkan mu sayang. Hampir- hampir ibu mahu melahirkan, doktor mengesahkan kedudukan kepala bayi bukan pada tempatnya. “Mesti dibedah dan akan dihantar ke taiping”. Ringkas komen Dr. yang bertugas. Ibu mengiring ke kiri atas nasihat jururawat. Dengan izin Allah, ibu merasakan kepalamu berpusing ke tempat sepatutnya ia…sakit kembali bertandang bersama khabar gembira. Ibu terus meneran dan terus dan terus. Tepat jam 8.05 malam 9/2/2009, ibu selamat melahirkanmu sayang. Putera pahlawan ibu dan baba. Tangisanmu mengiringi sebaik sahaja udara dunia ini kau sedut. Bahagia amat. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini.
Dan hari ini 9/2/2010, usiamu mencecah setahun. Selamat hari Lahir anakku. Semoga dunia ini menjadi lapanganmu untuk menjunjung tinggi syariat Penciptamu. Semoga engkau merupakan pahlawan muhammad al Fateh abad in, kala ini, tika ini, detik ini, waktu ini. Sungguh ia merupakan amanah yang perlu ibu dan baba bentuk dan usahakan. Fitrahmu masih suci sayang, amat suci.. Mudah dibentuk. Mudah dilenturkan. Bantulah ya Allah. Datangkanlah pertolongan itu. Kurniakan kepada kami kekuatan. Sungguh, kami tidak mampu menjadi sehebat pahlawan mu itu yang menawan kota Constantinople, namun izinkan kami melahirkan dan mencorakkan pahlawan sehebat itu!Ameen.

Ahli Fitrahkah dia...?

Salam semua…

Saya dan suami sentiasa bersama, melakukan aktiviti seperti kerja rumah, membaca apatah lagi dalam mendidik anak. Semestinya. Kami bersama-sama menyambung pengajian peringkat sarjana di KUIN nun jauh di utara. Pergi bersama-sama, satu kereta dan banyak topik yang kami bualkan bersama. Alat bantuan untuk menghilangkan mengantuk sebenarnya :). Sabtu baru-baru ini kuliah subjek falsafah berkisar tentang al farabi. Seorang ahli falsafah Selepas al Kindi. Kalau al Kindi seorang ahli falsafah Islam berketurunan arab, namun farabi sebaliknya. Beliau adalah seorang yang berketurunan Parsi dari sebelah ayahnya manakala ibunya Turki asli. Kehidupan beliau sarat dengan aktiviti keilmuan. Apa yang menarik dalam perbualan kami ialah tentang arastu(Aristotle) seorang ahli falsafah Yunani. Di mana beliau berpandangan bahawa Tuhan itu tidak ada padanya ilmu “juziyyat” atau dengan bahasa mudahnya perkara yang lebih kecil dan khusus. Menurut Pensyarah Falsafah kami al Fadhil Prof. Dato’ Dr. Sayyid Muhammmad Aqil bin Ali al Mahdali, Tuhan bagi Aristotle pada ketika itu adalah raja. Maka adalah logik jika dikatakan bahawa “Tuhan” tidak tahu perkara Juz’iyyat.
Juga beliau berpandangan bahawa Aristotle adalah seorang ahli fitrah. Ahli Fitrah bermaksud seseorang itu tidak akan diazab dengan sebab tiada Nabi atau Rasul yang diutuskan Allah membawa ajaran Tauhid kepada mereka. Benarkah Aristotle seorang ahli Fitrah?
“abang…bukan ke dah ada nabi yang diutuskan sebelum tu, xkanlah ajaran tu x sampai kat dia?” Telahan saya untuk berdebat dengan suami. “Nabi-nabi terdahulu kan hanya diutuskan untuk kaum dia sahaja…bukan macam Rasulullah..” ringkas dan bersahaja jawapan suami yang lebih fokus kepada pemanduan tika itu. “betul juga kan.. x terfikir pulak.”
Baru terfikir betapa beruntungnya menjadi umat Muhammad. Ajaran Rasulullah untuk sekalian alam. Bukan hanya untuk bangsa arab sahaja sekalipun Baginda S.A.W dari keturunan itu. Terima kasih ya Allah atas anugerah ini!
Mengikut pandangan Pensyarah Aqidah dan Muqaranah Adyan( ilmu perbandingan agama) al Fadhil Prof. madya Dr. Gamel Ibrahim, Aristotle hidup sebelum masihi. Antara zaman nabi Allah Musa a.s dan Isa a.s. Beliau hidup dalam zaman yang tidak di utuskan nabi. Beliau seorang ahli fikir yang sentiasa berfikir dan mengeluarkan falsafah-falsafahnya yang kadang-kadang memeningkan kepala untuk difahami. Saya pun mahu berfalsafah juga….
Perbincangan kami terhenti setakat itu. Otak ligat berfikir dan akhirnya….hilang …Zzzz.

Amanah itu...

“ Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya” – al Sayid Sabiq

“Ibu, Allah tu apa? Dia ada di mana? Kenapa adik tak nampak pun..?? Ibu selalu cakap buat baik masuk syurga, adik dah selalu buat baik, tapi kenapa tak masuk syurga lagi??”

Pernahkah kita diajukan soalan sebegini rupa? Cukupkah ilmu kita bagi menjawab kesemua soalan ini? Adakalanya soalan –soalan yang akan ditanya oleh anak-anak yang berjiwa suci ini terlalu tulus…tidak terjangkau oleh akal kita. Namun itulah antara perkara penting yang kita mesti tahu, dalam usaha kita untuk mendidik anak-anak kita dalam …..mengenal Khaliqnya (penciptanya).

Benarlah, anak itu amanah Allah. Bicara tentang amanah bukan perkara yang mudah. Perlukan persediaan rohani jasmani. Juga jiwa kita yang celik dalam mengenalNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © Tafakkur, tadabbur... | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in